Amin Asyhraf, 9 tahun, Naji Qaerul, 8 tahun dan Aiman Haqriz, 11 tahun. Mereka ialah tiga sekawan yang terkenal di Kampung Seri Cempaka dengan kenakalannya.
Sebut sahaja nama THE LEGENDS pasti semua penduduk tahu itu adalah mereka. Bermula dari mencuri motorsikal penduduk kampung sehinggalah mengintai anak dara. Itulah kepakaran mereka.
Tiada angin tiada ribut, secara tiba-tiba pada petang itu mereka berkumpul untuk berbincang tentang sesuatu.
"Weh, ada sorang budak perempuan yang baru pindah tu. Siapa nama dia?" Haqriz menyoal.
"Tak silap aku nama dia Qearan. Budak campuran British Melayu. Pergh, cantik siot." gula-gula mentos itu Naji sumbat ke dalam mulutnya.
"Cantik tapi sombong. Ada ke patut dia tolak aku mentah - mentah dekat depan budak lain. Mana aku nak letak muka aku yang kacak ni." kepala digeleng-geleng perlahan.
"Hahahahahaha, dah nasib. Tidak mengapa, malam ni aku ada plan nak kenakan budak baru tu. Plan dia tu macam ni..."
Mereka bertiga pun berbisik antara satu sama lain dan saling angguk-mengganguk.
* * *"Manalah si Amin dengan Naji ni. Tadi kata nak ganti baju tapi sampai sekarang batang hidung mereka pun tak nampak." keluh Haqriz.
Tangannya bergerak menampar batang tubuh yang dihinggapi nyamuk. Plan yang dirancang oleh Amin untuk menakutkan Qaeren semasa di akan melalui kebun getah itu benar-benar menyenangkan hatinya. Tidak sabar untuk melihat wajah ketakutan budak perempuan itu.
Telinganya menangkap bunyi seseorang sedang melalui semak di hadapannya. Muncul pocong dengan wajah yang hitam berulat dan puntianak yang mengilai secara tiba-tiba.
"Wah, serupa betul muka korang dengan yang asli. Korang ni memang hebatlah." tepukan diberikan oleh Haqriz dengan wajah bangganya.
Namun, tiada jawapan daripada kedua hantu itu. Mereka memandangnya dengan tajam.
"Haqriz, kau kat mana, woi." teriak seseorang.
Haqriz kenal suara itu. Itu suara kawan-kawan dia. Jadi siapa yang berdiri di hadapannya ni. Matanya berpinar-pinar dan dia rebah dengan kepala yang terhantuk di batu. Bukan ini yang aku mahu.
Seminggu telah berlalu, Haqriz masih trauma dengan perkara yang menimpanya sehingga dia tidak mahu keluar atau menjumpai rakan-rakannya. Masih tergiang-ngiang di telinga suara miliknya memuji keburukan hantu yang menjadi ketakutannya saat itu. Sumpah, perkara itu mendidiknya agar tidak lagi berbuat jahat terhadap orang lain lagi.
Done, double update for today.
![](https://img.wattpad.com/cover/236084348-288-k215899.jpg)
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...