71 : Revenge to death

18 7 0
                                    

Jiwa Mizar benar-benar kacau bilau semenjak beberapa hari yang lalu. Sebenarnya dia mengalami depression yang terlalu teruk akibat diberhentikan daripada menjawat jawatan sebagai jurutera. Kebetulan pula masa itu dia ingin mencuba nasib dalam bidang penulisan novel seram.

Dah memang karya dia tu boleh dikatakan agak menarik menyebabkan jualan novel seramnya habis dalam masa beberapa minggu sahaja. Lelaki bertubuh kurus kering itu mendapat durian runtuh hasil daripada jualan tersebut padahal baru menerbitkan karya pertamanya.

Dia pun terfikirlah nak beli laptop baru sebab laptop lama dia dah rosak. Dalam kedai laptop tu, kebetulan dia bertemu dengan kawan satu sekolah yang cukup dengki dengan kejayaan dia yang bernama Syed.

"Amboi, mentang-mentang dapat duit banyak terus riak nak tunjuk yang dia tu mampu nak beli laptop mahal." ujar Syed tanpa mengalihkan pandangannya daripada memilih komputer yang sesuai dengan bajetnya.

"Alhamdulillah, dah rezeki Allah nak bagi sekurang-kurangnya aku tak sibuk jaga tepi kain orang." wajah Mizar yang tadinya ceria bertukar menjadi tegang.

"Huh, siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Lagipun cerita seram kau takdelah menarik sangat. Hampeh jer lebih." lelaki gempal itu berlalu pergi.

Hati Mizar membara. Niatnya hanya satu ingin membalas dendam. Memang Syed sejak zaman sekolah lagi selalu dengki dengan dia. Busybody sangat nak jaga tepi kain orang padahal kain sendiri dah terkoyak.

Malam itu genap pukul 12:00 malam, dia masuk ke sebuah bilik yang gelap lalu memanggil khadam yang selama ini menjadi pendampingnya. Khadam itu diberikan janin yang dia dapat dengan membunuh perempuan muda yang baru sahaja hamil beberapa bulan.

Khadam yang diberi nama Quwog itu tersenyum gembira dengan makanannya pada malam itu. Nampaknya tuannya itu mengotakan janjinya. Janin itu dilahap rakus.

"Bagus kau ni. HAHAHAHAHAHAHA...habis makan kau ke rumah Syed bunuh dia untukku sakit hati ini melihat lelaki bodoh itu masih hidup." tawanya berlanjutan beberapa minit dan kelakuannya terlihat seperti manusia yang sudah tidak dapat mengawal amarah.

* * *

1:30 malam

Lelaki bertubuh gempal itu terbangun daripada tidurnya dengan riak wajah terkejut. Huh, mimpi buruk itu datang lagi.

Syed bermandi dengan peluhnya sendiri. Hatinya berdegup tak sekata dengan tubuh yang menggigil. Angin kuat pada malam itu tidak dapat menyejukkan dirinya.

Entah nasib malang apa yang menunggunya bila dia terlihat seekor makhluk bertubuh gelap yamg berbulu memerhatinya sejak tadi. Bibirnya lintang pukang ingin  membaca surah namun seolah-olah digam dengan kuat.

Makhluk bermata merah dengan lidah panjang terjulur itu mengesot menghampiri dirinya dengan ngilaian yang kuat. Sampai sahaja di depannya. Leher makhluk itu menjadi panjang lalu kepalanya menghadap ke arah telinga Syed.

"Aku datang dengan hajat tuanku. Dia mahu aku membunuhmu dengan tidak menyisakan walau setitik pun darah. Pasti darahmu manis dan berlemak." muka Syed bertukar biru bila dia dicekik dengan tangan berkuku itu.

Kuku panjang itu menembus masuk ke dalam leher Syed dengan lidah terjulurnya menjilat daging yang terkoyak itu. Syed yang tinggal nyawa-nyawa menahan kesakitan yang teramat. Laju tangan makhluk itu bergerak menembus ketulan daging lalu menarik sesuatu keluar. Jantung yang masih berdegup perlahan itu dikunyah laju dengan tangan yang masih menyelongkar isi perut mencari apa yang bisa dimakan. Lelaki bertubuh gempal itu terkulai dengan mata terbelalak. Hidungnya mengeluarkan darah yang banyak.

Guwog tidak berhenti di situ saja mata Syed ditarik keluar lalu dimakannya. Mata sebelah kiri dikeluarkan lalu dikunyah lagi. Inilah nikmat yang tak terkata sedapnya buat khadam itu. Tak sabar rasanya ingin menunggu mangsa yang seterusnya. HAHAHAHAHAHAHA.

ALONE (COMPLETE)Where stories live. Discover now