━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━
"A beautiful fairy tale story with tragic ending."
•
•
•
[ Saturday ; 4 June ] [ 2:40 AM ]
Kawasan gerai-gerai yang telahpun tutup menjadi kawasan persinggahan tetap bagi dua sahabat, iaitu Jungkook dan juga Taehyung.
Hanya mereka berdua sahaja yang mengisi masa yang terluang di situ agar tekanan yang dialami dapat disingkirkan. Taehyung duduk bersandarkan tiang sambil matanya tertumpu pada Itaewon Club yang berada hanya di hadapan mereka.
Tempat yang terlalu bising dan ramai untuk mereka kunjungi. Taehyung memandang wajah Jungkook yang kelihatan agak muram.
Namja [ lelaki ] itu mengeluh perlahan sebelum tangannya hinggap pada bahu Jungkook membuatkan namja [ lelaki ] itu tersentak. Senyuman nipis mula terbentuk.
"Kau OK tak ni Jungkook ?" Tanya Taehyung dengan nada yang agak risau.
"Entah lah."
Taehyung berdecit kecil mendengarkan jawaban yang diberikan oleh sahabatnya itu. Taehyung memeluk bahu kanan Jungkook sebelum berbicara.
"Bagitahu lah aku. Mana tahu aku boleh tolong ke."
Jungkook menggeleng kepalanya bersama segaris senyuman hambar. Taehyung mengeluh kecil apabila melihat keadaan Jungkook pada waktu itu.
"Sejak bila kau pandai berahsia dengan aku hah ? Kau boleh bagitahu aku apa-apa yang kau nak..."
"Even aku pun tak BERAHSIA dengan kau."
"Pasal yeoja [ perempuan ] eh ?" Teka Taehyung. Iris matanya tidak lekang memandang Jungkook dari sisi.
Taehyung tersenyum nakal saat Jungkook mengangguk kecil bagi menjawab persoalannya tadi. Jikalau pasal yeoja, [ perempuan, ] sudah pasti Kim Taehyung lah orang yang paling arif tentangnya.
"Aishh tak pernah-pernah kau nak berahsia dengan aku. Takkan kau lupa ? Rahsia kau aku simpan, rahsia aku kau simpan. Sampai hati kau tak bagitahu yang kau ada crush-" Ujar Taehyung dengan nada yang agak sendu.
"So, macam mana yeoja [ perempuan ] yang telah mencuri hati biskut kita ?"
Jungkook memandang Taehyung lama bersama mata yang dikelipkan beberapa kali. Namja [ lelaki ] itu mengeluh kecil sebelum tersenyum hambar.
YOU ARE READING
Once Again • 박지민
Romance2020 I A Park Jimin Fanfiction "Kau menolak aku dengan seribu kebencian , Membiar ku bangun dengan sejuta ketabahan. Dengan langkah satu kehadapan , Aku raih kejayaan. Aku lah susuk tubuh yang pernah kau hilang." -HelenaKim Once again, just like bef...