━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━
"When we are together, even the desert becomes the sea."
•
•
•
[ Thursday ; 2 June ] [ Bangtan House ]
Sinaran cahaya matahari di waktu tengahari bersinar indah pada hari itu bersama dengan pelangi yang muncul selepas turunnya hujan.
Wajah Jung Hoseok pada ketika itu dengan senyuman lebar tidak lekang di bibir turut bersinar indah seperti indahnya matahari. He's J-Hope and he's also our Hope. Forever Hope.
Rajin sungguh namja [ lelaki ] itu melihat pokok-pokok bunga yang masih segar berbau embun di timba hujan. Maklumlah Hoseok dan juga Taehyung ialah penjual bunga jadi mereka sudah terbiasa dengan bauan segar lagikan wangi itu.
Halaman rumah yang besar itu menjadi tempat tanaman bunga mereka. Subur bunga-bunga yang bakal mekar nanti jikalau ditemani jejaka kacak.
Bosan pula namja [ lelaki ] itu dibuatnya tatkala berseorangan di rumah. Hoseok ditugaskan bagi menjaga gadis yang bernama Helena itu di rumah memandangkan yang lain sedang sibuk.
Tidak perlu risau jika perkara pertama yang menimpa diri Helena dan juga Jimin akan berulang kembali. Itu semua angkara jiran-jiran yang tidak berpuas hati dgn Eunji.
Dicadangkan agar Eunji sendiri yang menanggung malu dengan perbuatannya. Namun lain pula yang terjadi. Eunji terkenal dikalangan jiran-jiran dengan sikap tidak sopannya. Boleh dikatakan juga sebagai biadap.
Nasib lah rumah bangtan ini jauh di sudut hati readers– Eh !
Rumah yang sentiasa bising bingit tidak sesuai hidup berjiran. Biarlah rumah mereka terasing, janji bahagia selalu.
Apabila teringat akan Helena yang masih tidak keluar dari bilik dan juga sarapan. Kerisauan mula terbentuk di lubuk hatinya. Terpaksa lah Hoseok meninggalkan tanamannya itu lalu mengorak masuk.
Sarapan yang ditinggal kan untuk Helena dipanaskan dahulu sebelum menjemput gadis itu turun makan. Nafasnya ditarik lalu dihembus beberapa kali sebelum mengetuk pintu bilik Helena.
Diketuknya sebanyak tiga kali namun tidak bersahut. Hoseok memulas tombol pintu itu sebelum dedaun pintu ditolak. Sunyi sepi tanpa ditemani sebarang cahaya.
YOU ARE READING
Once Again • 박지민
Romance2020 I A Park Jimin Fanfiction "Kau menolak aku dengan seribu kebencian , Membiar ku bangun dengan sejuta ketabahan. Dengan langkah satu kehadapan , Aku raih kejayaan. Aku lah susuk tubuh yang pernah kau hilang." -HelenaKim Once again, just like bef...