015 ; wishing on a star

21 7 2
                                    

━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━

"There's a sad story than a sadness. But our beautiful memories will be ours forever."

[ Wednesday 13 April ] [ 10: AM ]

Jimin menjeling tajam figura yang sedang berdiri di hadapannya lama. Sudah penat rasanya dia mahu menyuruh gadis itu pulang. Namun dia tetap berkeras mahu mengajak Jimin keluar bersamanya.

Jimin cuba untuk melupakan Eunji tapi mengapa, mengapa semua ini perlu berlaku pada masa ini. Hatinya masih bersisa pada gadis itu namun cinta barunya sudah mula berputik.

"I ajak you cari barang baby je takkan tak boleh ?" Tanya Eunji sambil mencebik.

Namja [ lelaki ] itu berdecit kecil kerana dia tahu bahawa gadis itu mahu membeli barang untuk dirinya sendiri. Siapa sahaja tidak mengenali Kang Eunji, pada awalnya cakap lain kesudahannya beli barang lain.

"Malas lah."

"Ke you nak I bagitahu–"

"Jangan nak libatkan benda tu lagi boleh tak ?!"

"So, tunggu apa lagi ? Pergi lah bersiap."

Tangannya di genggam erat sehinggakan urat di tangannya timbul. Mahu saja dia menumbuk muka Eunji sehinggakan gadis itu tidak bernyawa. Rahang nya diketap sebelum kembali memasuki rumah untuk bersiap.

"Eh habistu you nak biar I diri je lah kat sini ? Tak kesian kat baby ?" Eunji dengan berani nya bersuara sambil memegang lengan Jimin.

Namja [ lelaki ] itu tidak mampu bersuara , hanya diam. Jimin hanya menghalakan tangannya sedikit kehadapan memberi keizinan kepada gadis itu supaya memasuki rumah nya. Jimin menggulingkan bebola matanya sebelum kembali berjalan menaiki anak tangga dengan perlahan. Sungguh dia malas mahu keluar bersama gadis itu.

Eunji tersenyum sinis ke arah Jimin kemudian pandangan nya jatuh pada gambar perkahwinan Helena dan namja [ lelaki ] itu. Sungguh hatinya sudah terpaut pada Jimin sejak kali pertama mereka berjumpa.

Namun Jimin tidak layak buat gadis seperti itu. Tuhan hadirkan Helena yang jauh lebih sempurna berbanding Eunji dan takdir tuhan tidak pernah salah. Gadis yang bernama Helena itu mampu menjaga hati suaminya dan mampu mencintai namja [ lelaki ] itu bukan kerana harta mahupun darjat.

Once Again • 박지민Where stories live. Discover now