018 ; hoodie

8 3 2
                                    

Semua sihat ??

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua sihat ??

━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━

"What hurts the most, is when you trust someone blindly, and that person proves to you that you are really blind."




[ Cafe ] [ Tuesday ; 31 May ] [ 12:00 PM ]

Seperti yang dijangkakan, Jimin langsung tidak balik ke rumahnya sejak semalam. Menyesal pula rasanya gadis itu mengikut kehendak Eunji pada masa lalu. Lihat lah sekarang, Helena tidak mampu mahu membuang Jimin dari hidupnya.

Helena hanya mampu mengalirkan air mata saat kotak memorinya kembali berputar dari permulaan kisah mereka bersama. Hanya satu sahaja persoalan yang bermain di dalam minda.

Adakah Jimin pernah mencintainya ?

Mungkin gadis itu beranggapan bahawa cinta boleh datang pada satu masa dengan cepat dan akan kekal selamanya. Tidak mudah seperti yang di sangka.

I don't want a happy happy ending. I just want a happiness without ending.

Cinta merupakan sesuatu yang indah, ia laksana sebuah lukisan di awan, cerah membingkai seperti ufuk senja.

Jangan lupa juga.

Cinta tidak mengenal pemaksaan. Ia selalu menjadi misteri. Datang dan pergi begitu sahaja meninggalkan kenangan yang sulit untuk dilupakan.

Jimin memilih kekasih 'gelap'nya berbanding dengan Helena yang suci lagikan murni. Sejak kehadiran Eunji semula, terus sang isteri dilupakan begitu sahaja.

Iris mata hazel milik Helena jatuh pada potongan kek blueberry yang tidak diusik sejak lima minit tadi. Beg yang terletak esok di sebelahnya di ambil sebelum berjalan pergi dengan wajah yang tegang.

Bibir nipisnya di basahkan sebelum langkahnya di lajukan tanpa arah tuju. Angin yang menerpa lembut wajahnya membuatkan mata Helena sedikit tertutup agar anak matanya tidak sakit dek kerana angin tersebut.

Disebabkan angin yang kuat tiba-tiba , Helena memberhentikan langkahnya di tepi jalan lalu membetulkan rambutnya yang sedikit serabai. Mulut gadis itu tidak habis membebel dek kerana angin itu.

Pandangannya terkunci pada sebuah kedai baju yang berada betul-betul di sebelahnya. Senyuman nipis mula terbentuk tatkala matanya tertatap pada sehelai baju hoodie yang berwarna biru cair.

Once Again • 박지민Where stories live. Discover now