━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━
"If 'PLAN A' didn't work , the alphabet has 25 more letters ! Stay cool."
•
•
•
[ Saturday ; 4 June ] [ ARMY Mall ]
Jungkook duduk di sebuah bangku yang terletak di luar kedai bersama dengan beberapa plastik yang berisikan baju baru Helena. Iris matanya hanya memerhati Taehyung yang sedang ralit mencari baju untuk Helena.
Namja [ lelaki ] itu menggulingkan bebola matanya ke atas tatkala Taehyung memanggilnya memasuki kedai itu lalu namja [ lelaki ] itu menghulurkan barangan yang baru dibeli Helena kepada Jungkook.
"Kau lah pulak bawak. Penat lah semua benda aku yang kena bawak" Bebel Jungkook sambil memandang Taehyung tidak puas hati.
"Ah tak ada, kau bawak. Tadi dah deal kan. Aku bawak kereta kau bawak barang. Kau yang cakap macam tu tadi kan."
"Tu tadi.." Gumam namja [ lelaki ] itu perlahan.
"Tak ada ah. Tadi nak deal sangat. Padan muka bluerkk !" Taehyung menjelirkan lidahnya kepada Jungkook. Nasib sahaja tangan namja [ lelaki ] itu dipenuhi barang kalau tidak mahu ditumbuknya Taehyung sehingga melayang ke Planet lain.
"Dah lah Jungkook. Bawak aje lah barang tu semua. Kau kan bibik-"
"Taetan kau !" Baru sahaja Jungkook ingin melayangkan beg-beg plastik juga kertas itu pada wajah Taehyung suara jeritan Helena telah berjaya memberhentikan kelakuannya.
"Asal kau jerit ?!"
"Baju tidur tu comel ! Nak ! Belikan lah~"
Taehyung mengurut pelepis kepalanya penat rasanya melayan karenah Helena yang tiba-tiba ini. Namja [ lelaki ] itu menarik nafas dalam sebelum menghembus dengan perlahan. Taehyung tersenyum kecil sebelum menghampiri Helena.
"Pergi lah masuk kedai tu. Beli je apa kau nak. Nak borong satu kedai pun boleh." Ujar Taehyung membuatkan Helena tersenyum lebar.
"Jungkook bayar." Sambung taehyung lagi tapi dengan nada berbisik.
Helena memandang Jungkook sebelum menarik namja mengikutinya masuk ke dalam kedai yang ingin ditujunya. Jungkook membulatkan matanya apabila Helena menariknya.
"Hyung bisik apa kat dia tadi ?!!!!"
"Selemat berbelanja ! Kalau nak cari aku , cari dekat kedai Gucci tu. Bye~"
Taehyung berjalan pergi menuju ke kedai Gucci yang terletak bertentangan dengan kedai yang dituju oleh Helena juga Jungkook. Sempat tangannya diangkat lalu dilambaikan kepada mereka bersama dengan senyuman petaknya.
YOU ARE READING
Once Again • 박지민
Romance2020 I A Park Jimin Fanfiction "Kau menolak aku dengan seribu kebencian , Membiar ku bangun dengan sejuta ketabahan. Dengan langkah satu kehadapan , Aku raih kejayaan. Aku lah susuk tubuh yang pernah kau hilang." -HelenaKim Once again, just like bef...