3000+ words // are you guys OK with that ?
😔🥕
Recomanded song = Once Again;Kim Na Young feat Mad Clown
━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━
"Sometimes you need to realize that, some people can stay in your heart but not in your life."
•
•
•
[ Wednesday ; 1 June ] [ 7:30 AM ]
Seperti kebiasaan, Helena menyediakan sarapan pagi buat si suami. Namun aura pada pagi ini terasa sedikit lain tidak seperti selalu.
"Jimin-i mianhae. [ Jimin, I'm sorry. ]" Ujar Helena sambil menatap wajah Jimin lama.
Jika dikira pasti kalini sudah termasuk kali ke lima gadis itu meminta maaf. Jimin hanya diam tidak bersuara malah wajah Helena pun tidak mahu dipandang. Apa sebenarnya yang namja [ lelaki ] itu mahukan ??
Jimin bangun dari duduknya tanpa bercakap walau sepatah perkataan pun. Helena memandang Jimin sayu sebelum teringat akan satu perkara.
"Awak pagi ni saya nak keluar dengan Jung...kook..." Bahu Helena terhinjut sedikit sebelum mengeluh perlahan tatkala Jimin menghempas pintu utama tidak mahu mendengar apa yang gadis itu katakan.
"Kenapa lah awak selalu tak nak dengar cakap saya. Nanti kalau awak salah faham saya jugak yang kena." Gumam gadis itu perlahan.
Helena mengutip pinggan yang digunakan oleh Jimin lalu dibasuh di sinki. Walaupun gadis itu berasa tidak sedap badan, dia tetap melakukan kerja rumah. Pening kepala yang berlarutan sejak malam semalam masih bersisa namun hanya mampu ditahan dan dibiarkan.
Sambil-sambil mengemas rumah, Helena menunggu kedatangan Jungkook bagi membawanya ke college.
Bukannya gadis itu tidak mahu pergi ke college Jungkook dengan kereta sendiri, namun kerana gadis itu tidak tahu selok belok kawasan. Banyak benda yang sudah berubah dan itu membuatkan Helena keliru dengan selok belok di bandar Seoul.
Helena cepat-cepat mengambil beg sandangnya apabila bunyi hon kereta memecah kesunyian. Gadis itu tahu bahawa bunyi itu datang dari kereta Jungkook. Siapa lagi kalau bukan Jungkook ?
Senyuman manis diukirkan saat Helena memasuki perut kereta. Sejurus selepas gadis itu menutup pintu, Jungkook menolak break kereta ke bawah sebelum menekan pedal minyak. Panduannya di tuju ke Dulwich College, Seol.
YOU ARE READING
Once Again • 박지민
Romansa2020 I A Park Jimin Fanfiction "Kau menolak aku dengan seribu kebencian , Membiar ku bangun dengan sejuta ketabahan. Dengan langkah satu kehadapan , Aku raih kejayaan. Aku lah susuk tubuh yang pernah kau hilang." -HelenaKim Once again, just like bef...