━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━
"A world without you is a world without colours."
•
•
•
[ Friday ; 1 September ] [ 5:12 PM ]
Permandangan pantai di sebelah petang menjadi santapan kedua orang gadis yang telah pun bersama sejak tiga bulan lalu. Cafe dua tingkat yang berada di hadapan pantai itu menjadi tempat istirehat.
Hampir keseluruhan kedai itu diperbuat daripada kaca. Cafe yang sesuai untuk dikunjungi di sebelah petang atau malam. Seronok melihat terbitnya fajar.
"Cantik betul ciptaan Tuhan."
Helena memandang Sujin yang sedang termenung jauh ke luar tingkap bersama segaris senyuman. Perutnya yang makin membesar diusapnya perlahan.
"Agak-agak , kau dapat baby boy ke baby girl ??" Tanya Sujin sambil menongkat dagunya.
"Entah lah. Tapi aku nak baby boy."
"Kau tak nak check ke ?"
Helena sekadar tersenyum nipis sebelum menggelengkan kepalanya. Biarlah menjadi rahsia buat seketika.
Sujin mengangguk faham. Air Blueberry Skies nya disedut lama bagi menghilang kan kehausan yang melanda. Tatapan matanya kini jatuh pada perut Helena. Segaris senyuman makin terukir.
"Hey.."
Satu suara yang sedikit besar menerpa masuk ke dalam deria pendengaran mereka berdua. Terus sahaja lamunan mereka terhenti sebelum memandang empunya suara.
Namja [ lelaki ] itu menarik satu kerusi yang berdekatan agar membolehkannya duduk bersama mereka di situ. Helena mengerutkan dahinya seketika.
"Kau buat apa kat sini Namjoon ?"
"Entahlah. Bukan patutnya kau pergi sambut birthday si Jungkook tu ke ??"
"Aku teman Hoseok beli air." Ujar namja [ lelaki ] itu perlahan.
Keadaan menjadi sunyi buat seketika. Sujin tersenyum manis apabila Hoseok sedar akan kehadiran mereka di situ. Helena hanya melambai kan tangannya sedikit.
Kini dengan kehadiran Kim Namjoon yakni ahli ke enam rumah bangtan menjadikan suasana lebih meriah di antara bangtan yang lain. Bangtan terdiri dari tujuh jejaka tampan. Jikalau salah satu daripada mereka tidak bersama , maka suasana jugak tidak akan sama.
YOU ARE READING
Once Again • 박지민
Romance2020 I A Park Jimin Fanfiction "Kau menolak aku dengan seribu kebencian , Membiar ku bangun dengan sejuta ketabahan. Dengan langkah satu kehadapan , Aku raih kejayaan. Aku lah susuk tubuh yang pernah kau hilang." -HelenaKim Once again, just like bef...