017 ; i'm fine

9 2 3
                                    

2000+ words//

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2000+ words//

━━━━━━━✦✗✦━━━━━━━━

"How to kill someone ?"

"Fill them with love then leave."

[Monday ; 30 May ] [ 12:30 PM ]

Helena yang sedang menyiapkan lauk tengahari hanya mampu tersenyum tawar tatkala gegendang telinganya mendengar gelak tawa milik Eunji dan juga suaminya. Keadaan sudah kembali seperti dahulu dimana keadaan antara gadis itu dengan Jimin amat tegang.

Kecewa rasanya apabila melihat Eunji dan Jimin bersama. Tidak pernah lagi dia membuat Jimin berbahagia seperti itu sebelum ini. Setiap kali Helena bersama dengan Jimin mesti keadaan akan sunyi dengan serta merta lain pula apabila Jimin berada bersama dengan Eunji.

Kenangannya bersama Jimin untuk beberapa hari di Paris, hanya tinggal kenangan. Helena pernah bertanya pada dirinya sendiri, adakah dia cuma patung yang tiada perasaan ? Siapa isteri Jimin, dia ataupun Eunji ?

Sudah lah bergelak tawa dengan kuat, Helena di dapur tiada siapa yang mahu membantu. Hati yang sakit cepat-cepat di tutup dengan senyuman manis dibibir sebelum gadis itu menghidangkan beberapa jenis lauk di atas meja makan.

Nama Eunji di panggilnya sebelum gadis itu berpaling menghadap Helena bersama lauk pauk yang terhidang. Eunji menarik tangan Jimin mendekati meja makan beserta senyuman manis di bibir.

Mata Helena jatuh betul-betul pada pegangan tangan mereka. Gadis itu sedaya upaya memandang muka Jimin namun namja itu mengalihkan pandangannya supaya tidak bertentangan mata dengan Helena. Apa salah gadis itu sehinggakan diperlakukan sebegitu rupa hurmm ?

Jimin melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Eunji. Perit rasanya apabila diri Helena hanya dihiraukan oleh namja itu. Helena terasa seperti orang gaji yang hanya menumpang di rumah pasangan bahagia.

Jauh di dalam sudut hati Jimin , dia rasa seperti mahu hilang dari dunia. Dia tidak mampu melihat Helena sedih. Dia penat juga buntu akan segalanya.

Acuh tak acuh sahaja Jimin melayan gadis itu. Dia tidak tahukah bahawa dia sedang menyakiti hati sang isteri atau dia butakan penglihatannya sekali lagi ? Contract yang di buat oleh Puan Park itu pun masih dalam ingatan. Namun apakah daya dia mahu melawan semua ini.

Namja itu tidak mahu mengotorkan nama keluarganya dengan kekotoran yang telah dia buat. Puan Park meletakkan sepenuh kepercayaannya pada Jimin agar rumah tangga anak dan menantunya itu kekal berpanjangan. Namja itu telah menghilangkan kepercayaan tersebut dalam keadaan dia tidak sedar.

Once Again • 박지민Where stories live. Discover now