Mimi di lintasan jalan kaki sementara menunggu lampu isyarat menjadi berwarna merah untuk menyeberangi jalan. Hari bekerja yang agak sibuk dengan kereta yang sesak. Bunyi hon sana sini. Buku dipegang erat oleh Mimi.
Dia akan berjumpa dengan klien di kafe untuk projek yang seterusnya . Lampu isyarat berwarna hijau menandakan orang boleh melintas. Mimi melintas jalan. Tiba-tiba , seseorang terlanggar bahunya menyebabkan buku yang dia pegang berterabur di atas jalan.
" Eo , mianhae.. " kata lelaki di sebalik mask tersebut . Dia mengambil buku yang terjatuh itu dan diberikan kepada Mimi.
" Oh , its okay. Thank you ! " ucap Mimi dalam keadaan yang tergesa-gesa. Dia meninggalkan lelaki itu .
Lelaki itu memegang buku berwarna merah itu dan ingin memberikan kepada Mimi namun kelibat Mimi sudah hilang.
" Erm.. Cik ? " panggil lelaki itu . Tiada sahutan. Mimi sudah menjauh darinya. Lelaki itu mengangkat bahu lalu berjalan ke destinasinya.
---
Mimi menunduk hormat ke arah kliennya. Bibir mengukir senyuman manis kepada klien tersebut. Klien itu juga turut membalas.
" Saya suka bekerja dengan awak. " ujar klien tersebut.
" Thank you. Mana tahu kita boleh bekerjasama lagi nanti " kata Mimi. Klien lelaki itu tersengih .
" Saya pergi dulu " klien lelaki itu beredar dari kafe tersebut.
" Huh ! " Mimi menghembus nafas lega. Dari tadi dia tidak berhenti berjumpa dengan orang yang terpenting.
" Chaewon-ah , saya ada meeting apa lagi lepasni ? " tanya Mimi kepada pembantu peribadinya.
Chaewon membuka bukunya dan memeriksa planner.
" Dah takde apa-apa bos " jawab Chaewon.
" Ah , okay. Thank you ! " kata Mimi lalu mengangguk.
Mimi dan Chaewon balik semula ke pejabat untuk menghabiskan kerja. Walaupun tidak ada meeting , tapi kerja dekat office tu menimbun.
Mimi menghempaskan diri di kerusi yang empuk itu lalu memusingkan kerusi tersebut sambil berfikir. Dia menghela nafas berat. Berharap sangat produk yang bakal keluar tidak lama lagi akan meletup.
Dia menyambung kerjanya semula supaya tidak pulang lewat pada petang nanti.
---
Namjoon cepat-cepat scan kad kerjanya. Dia melulu naik ke atas untuk merakam suaranya pada comeback BTS yang akan datang.
Bilik rakaman itu dipenuhi dengan ahli BTS. Semua mata memandang ke arah Namjoon. Lelaki itu hanya tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya.
" Ah ! Lambat lagi ! Bagi position leader tu dekat hyung je lah ! " usik Jin. Padahal rakaman tak mula lagi pun. Yang lain pun baru sampai.
" Mianhae , tadi kelam kabut sikit " kata Namjoon lalu menggarukan lehernya yang tidak gatal.
" Jungkook ! Awak mula rakaman dulu " pinta produser. Jungkook mengangguk lalu masuk ke dalam bilik rakaman.
Setelah beberapa minit , rakaman mereka telah pun habis. Masing-masing membuat kerja sendiri. Namjoon dan Jungkook ke gym di tingkat bawah manakala yang lain di bilik studio sendiri.
---
Malam hampir tiba. Jam menunjukkan pada pukul 7 malam. Selepas mandi , Hani turun keluar dari bilik. Dia menuju ke dapur untuk mengisikan perut kosongnya. Peti sejuk dibuka.
" Telur je ada ? Hm... " desis hati Hani sendirian . Pintu peti ais ditutup semula.
Hani ke ruang tamu. Dia membuka telefon lalu melihat deliveryfood.com. Apa lagi . Mampu delivery je lah. Nak masak , malas la.
Sementara menunggu makanan sampai , Hani menelefon Mimi. Mana tahu ada gosip terhangat. Tidak sampai 1 minit , talian disambungkan.
" Ha kau nak apa , Hani ? " soal Mimi seperti ingin mengelak.
" Kau jangan cakap dekat aku yang kau still dekat office ? " ujar Hani.
Mimi hanya berdehem tanda ya.
" Kau tahu tak sekarang pukul berapa ? Kau balik sekarang ! " tegas Hani.
" Ada orang lain lagi la. Takyah risau " ujar Mimi. Dia bangun dan melihat luar bilik. Omo. Gelap dah.
" Okay ! Aku balik sekarang ! " ujar Mimi lalu mengemaskan kerja-kerjanya. Butang off komputer juga turut ditekan. Cepat-cepat dia melangkah untuk turun ke bawah.
Talian Hani dimatikan. Kereta Mimi meluncur ke arah jalan raya. Kereta semakin berkurangan.
Sampai sahaja di rumah , dia membersihkan diri terlebih dahulu untuk menghilangkan rasa melekit pada badannya.
Hani pula makan ayam yang dia pesan melalui delivery tadi sambil melihat korean drama. Telefon berdering tanda ada notification yang masuk.
" Sorry sebab saya ganggu Cik Hani malam-malam macam ni. Lagi dua hari Cik Hani akan berangkat ke Dubai. Cik Hani ada benda yang perlu diselesaikan di sana " kata Hani sambil membaca kakao yang dihantar oleh PAnya.
" Oh , Dubai... " kata Hani .
" Mwoyaaa ?!!! Dubai ?!! Why me ? " kata Hani. Dia memejamkan matanya. Dubai tu macam rumah kedua dia tau. Asyik ulang-alik. Apa masalah pula kali ini.
Dia mengurutkan dahinya kerana pening. Telefon dibuka dan muka Jimin di cari.
" Awak.. Saya kena pergi Dubai again. Haih. Fighting Hani ! " kata Hani pada gambar Jimin.
Mimi baring di atas katil sambil memikirkan tentang kerjanya . Bila dah keluar produk baru , mestilah nak kena ada ambassador.
" Nak ambil siapa eh ? " kata Mimi sendirian.
" Ah , Mimi kau jangan fikir pasal kerja kalau kau dekat rumah ! " Mimi menutup mata dengan bantalnya sambil menggelengkan kepala.
Mimi teringat kejadian di mana seorang lelaki terlanggarnya tadi. Mimi seperti kenal lelaki itu melalui mata.
" Macam pernah nampak . Tapi dekat mana eh " kata Mimi seorang diri lagi.
" Dah la Mimi. Tidur je lah " kata Mimi lalu menarik selimut.
---
Ahli BTS sedang makan malam bersama di sebuah restoran. Mereka berbual-bual tentang comeback mereka yang akan berlangsung dalam 1 bulan sahaja lagi.
Taehyung melihat seorang anak kecil di dukungan ibunya di kaunter pembayaran. Dia tersenyum sendirian. Jimin berasa pelik dengan rakannya terus bertanya.
" Taehyung-ah , wae ? " tegur Jimin lalu mencuit lengan Taehyung.
Taehyung membalas dengan gelengan tanda tiada apa. Jimin memandang belakang. Dia juga turut tersenyum. Rupanya budak kecil ke.
" Aku teringin nak tengok anak korang " ujar Taehyung. Jimin tertawa. Namjoon tersedak. Yang lain juga turut ketawa.
" Aku yakin cucu sulung bighit adalah anak Namjoon " kata Jin. Namjoon menggelengkan kepala.
" Aniya.. Hyung dulu kot " bantah Namjoon.
" Kau lah ! Sebab kau leader " kata Jin lagi. Namjoon hanya ketawa. Macam-macam lah Jin hyung.
" Tak kisah la siapa yang kahwin dulu. Ni siapa nak bayar ? " tanya Suga. Semua memandang Suga.
" Min Yoongi yang bayar ! " serentak mereka berkata sambil ketawa.
" Haish , menyesal aku tanya. Ye lah. Aku belanja " ujar Suga lalu dia bangun untuk membayar makanan yang mereka makan.
Setelah selesai , mereka beredar ke rumah masing-masing untuk berehat.
TBC.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...