Keesokkan harinya , Namjoon yang sedang menulis lirik lagu di dalam studionya. Tangan ligat menulis di dalam bukunya. Telefon Namjoon tidak henti-henti masuk notification. Namjoon mengeluh.
" Haih.. Apa benda yang banyak sangat ni " kata Namjoon sendirian lalu membuka telefonnya.
Group kakao rupanya yang bising sangat. Group sekolah lama dia. Namjoon membaca satu per satu chat tersebut.
Guys , jom lah buat reunion.. Mi Na dah balik kann !!
Tu la.. Jom weh ! 😜
Bagus juga kalau buat. Kita kan dah lama tak jumpa.
Punya la banyak mesej. Namjoon scroll lagi. Namanya di mention oleh rakan sekolahnya.
Kim Namjoon !! Kau tak nak join ke ?! Aku dah lama tak jumpa world star kita ni 🤣
Namjoon menggelengkan kepala sambil tersenyum . Macam-macam la diorang ni . Namanya masih dimention oleh rakan-rakannya yang lain .
Kim Namjoon ! Jom lah. Sekali sekala 🤭
Namjoon membalas chat itu. Dia berfikir sejenak.
" Pergi ke tak eh ? " desis hati Namjoon sendirian.
" Erm pergi je lah. Nanti tak pergi diorang cakap apa pula " kata Namjoon.
Dia membalas kakao itu.
Kalau aku tak busy aku pergi okay.
Namjoon menutup telefonnya lalu menyambung menulis lirik lagu.
---
Taehyung dan Aera bertemu di sebuah kafe setelah lama tidak berjumpa . Aera menunggu Taehyung di tempat yang agak hujung supaya mereka tidak dicam oleh peminat .
Tidak lama kemudian , Taehyung tiba di meja Aera . Dia membuka mask dan memberikan senyuman kepada Aera . Gadis itu juga turut membalas senyuman Taehyung .
" Awak dah lama ke tunggu saya ? " tanya Taehyung kepada Aera .
" Tak pun . Ada la sempat minum air ni " kata Aera sambil menunjukkan air yang dipesan tadi . Taehyung menggarukan kepala yang tidak gatal itu lalu tersengih .
" Sorry la sebab saya lambat . Jalan jammed tadi " ujar Taehyung .
" Its okay "kata Aera . Taehyung memesan air minuman kepada pelayan tersebut . Riak wajah pelayan itu agak terkejut apabila melihat Taehyung .
" Bagi saya ice chocolate satu " kata Taehyung . Pelayan itu mengangguk dan beredar .
" Peminat awak tengok awak kot . Awak okay ke kalau kita berjumpa macam ni ? " soal Aera kepada Taehyung .
" Biar je lah . Takyah cakap la pasal ni .. Sekarang ni cakap pasal kita " ujar Taehyung . Aera sebenarnya tak selesa sebab peminat Taehyung pandang-pandang . Aera memandang ke arah 3 orang gadis yang tidak jauh dari meja makan mereka .
Taehyung memegang pipi Aera lalu menyuruh gadis itu memandangnya . Membulat mata Aera apabila Taehyung membuat begitu di hadapan peminatnya .
" Takyah tengok diorang . Tengok saya yang hensem ni " ujar Taehyung lalu melepaskan tangannya dari pipi Aera . Membahang muka Aera . Taehyung ketawa kecil .
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...