3 hari sudah berlalu , Jaehyun berjumpa dengan Jimin semula di sebuah kafe. Jimin yang nak jumpa sebab nak tahu tentang keselamatan Hani. Jaehyun menarik kerusi di hadapan Jimin lalu duduk.
" Jaehyun... Macam mana ? " soal Jimin kepada lelaki yang diupahnya.
" Selama 3 hari saya tengok dia .. Takde apa pun. Okay je. Takde siapa pun ganggu girlfriend encik " kata Jaehyun.
Jimin mendengus geram. Rasa tak puas pula hati ni bila tiada apa-apa yang berlaku. Mesti psiko tu seorang yang licik.
" Saya rasa encik tak perlu la risau. Dia cuma pergi meeting klien and then balik. Itu je " ujar Jaehyun agar Jimin berfikiran positif.
" Nah ! Ambil duit ni.. Thank you sebab tolong aku tengokkan dia " ucap Jimin sambil menghulurkan sebuah sampul kepada Jaehyun. Lelaki itu mengambil sampul itu dan terus beredar dari situ.
Jimin mengepalkan tangannya.
" Tak mungkin dia dah stop stalk Hani. Aku yakin dia ada dekat je dengan Hani " gumam hati Jimin tidak berpuas hati.
---
Waktu makan tengah hari telah tiba , Mimi pergi keluar makan bersama dengan Namjoon. Tadi dia ada ajak Hani tapi Hani menolaknya. Kata Hani dia ingin makan dekat biliknya sahaja. Kerjanya banyak hari ni.
Mimi menarik kerusi di hadapan Namjoon. Dia duduk berhadapan dengan lelaki itu.
" Sorry sayang.. I lambat " Mimi memohon maaf kerana lewat sampai ke restoran.
" Its okay. Kita order makanan dulu " ujar Namjoon lalu memanggil seorang pelayan untuk memesan makanan.
Selesai memesan makanan , mereka sambung berbual.
" Sayang.. " Namjoon memanggil Mimi dengan nada lembut.
" Ya ? " sahut Mimi sambil memandang Namjoon.
Tidak sampai beberapa minit , makanan yang dipesan sudah sampai. Makanan yang mereka pesan adalah kimchi jjigae dengan nasi. Mereka menjamu selera sambil bersembang.
" Sayang , ingat tak yang you pernah dengar bunyi ketuk pukul 2 pagi dekat Nami Island haritu ? " soal Namjoon lalu makan nasi yang dipesannya bersama dengan kimchi jjigae.
" Mesti lah I ingat. Kenapa sayang ? " soal Mimi.
" Sebenarnya ada kotak hitam kosong dekat balkoni tu . Bukan tu je. Hari esok pun ada juga bunyi ketukan tu tapi dekat pintu belakang. Then , kitaorang terjumpa.. " Namjoon tergantung ayat. Mimi menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Namjoon.
" Korang jumpa apa ? " soal Mimi ingin tahu.
" Kitaorang jumpa kotak hitam lagi. Dan kotak tu ada gambar.. " kata Namjoon lagi. Mimi melepaskan sudu dan chopstick.
" Dalam tu ada gambar Hani.. Sepupu you . Ada orang tengah perhatikan dia sekarang " Namjoon terus bercakap benar.
" You.. Serius ke ni ? " soal Mimi seperti tidak percaya.
" Ya , I serius. Jadi I minta sangat dekat you.. Tolong tengokkan Hani. Kesian Jimin. Sejak beberapa hari ni .. Dia tak boleh tidur sebab risaukan Hani " ujar Namjoon.
" Kenapa you tak bagitahu I benda ni awal-awal ? Dia duduk sorang tau dekat dalam bilik dia " Mimi bersuara tegas. Takut terjadi apa-apa dekat Hani.
" I rasa orang tu takkan berani kacau Hani time macam ni. I yakin. Lagipun tak semestinya semua staff turun pergi lunch kan. You cuma suruh dia balik awal je " kata Namjoon.
" I risau la. Kalau Hani yang dia target.. I ...maybe akan terkena juga " ujar Mimi dalam nada risau.
" You pun kalau ada apa-apa terjadi... Call I terus. Takpun polis. Kalau boleh harini. Balik awal. Balik pukul 6 petang. Korang jalan berdua. " pinta Namjoon.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...