Ep 23

9 2 0
                                    

6 bulan sebelum perkahwinan Namjoon dan Mimi ,

Mimi membetulkan bajunya di hadapan cermin sebelum berangkat pergi ke office nya . Sebelum keluar , dia menyemburkan minyak wangi miliknya pada pergelangan tangannya . 

Telefon berbunyi menandakan ada notification masuk . Mimi melihat telefonnya dan bibirnya mengukir senyuman kerana dia mendapat kakao dari tunangnya . Cincin pada jari manisnya ditenung dan dia tersenyum .

From : My Love💖

Good Morning sayang ! Have a nice day ! I love you ! 😘😘

Mimi membalas kakao tersebut.

I LOVE YOU TOO !😘😘

Mimi keluar dari rumahnya lalu turun ke bawah . Namjoon memang tak boleh hantar minggu ni sebab busy . Jadi , memang Mimi dah faham kerja Namjoon . 

Sampai sahaja di pejabat , Mimi parking di tempat biasa . Kelihatan kereta Hani sudah parkir di sebelah . 

" Hani bawa kereta ? Selalunya Jimin jarang nak bagi lepas kejadian hari itu . Mungkin Hani kot yang nak bawa " desis hati Mimi . Dia masuk ke dalam pejabat . 

" Good Morning Cik Mimi " sapa seorang staff di situ . Mimi mengangguk lalu memberikan senyuman kepada staff tersebut.

Sejurus lif itu terbuka , Mimi masuk ke dalam lif itu . Dia menekan butang tingkat 19 .

Mimi melangkah ke biliknya . Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang empuk itu . Suis komputer dibuka . Pintu diketuk  dari luar .

" Masuk ! " Mimi menyuruh orang itu masuk ke dalam biliknya . 

Muka Chaewon terserlah di muka pintu . Mimi menjongket kening tanda kenapa . 

" Cik Mimi , harini Cik Mimi ada meeting dengan Puan Song pukul 2 petang " ujar Chaewon kepada Mimi . 

" Oh okay . Thank you sebab inform saya . Ada apa-apa lagi ke ? " soal Mimi .

" Setakat untuk hari ini .. yang tu je " jawab Chaewon . Mimi memberikan senyuman dan mengangguk . 

" Saya keluar dulu Cik Mimi " kata Chaewon lalu keluar dari bilik Mimi . 

---

     Seperti biasa , Hani dan Mimi akan keluar lunch bersama . Kali ini Aera turut ada sekali . Maklumlah dah lama tak makan lunch sekali . Aera busy sangat minggu lepas . Mereka memesan makanan kepada seorang pelayan tersebut . 

" Mimi , lepasni kau ada meeting ke ? " soal Hani kepada Mimi . 

Mimi membalas dengan anggukan . Hani hanya mengangguk faham . Tidak lama kemudian , air minuman yang dipesan sudah sampai . Mereka menghirupkan air yang dipesan tersebut .

" Mimi .. macam mana persiapan perkahwinan kau ? " tanya Aera pula .

" Baru 30% siap . Lagi 70% nanti lah . " jawab Mimi . 

" Kau jangan nanti-nanti . Pejam celik pejam celik lagi sebulan kau nak kahwin " kata Hani pula . Aera mengangguk setuju . Betul la tu .Sekarang masa berjalan dengan pantas walaupun lambat lagi . 

The Moments of Love { BTS } ✅Where stories live. Discover now