Namjoon dan yang lain berehat sebentar sementara meneruskan latihan yang seterusnya . Namjoon mengambil botol air untuk menghilangkan rasa dahaga . Jimin , Jungkook dan Taehyung pula sudah terbaring sesama mereka .
" Fuh penatnya .. " keluh Suga lalu bersandar pada dinding . Dia melihat tarian yang dirakam oleh guru tariannya .
Pintu diketuk dan dibuka dari luar . Mereka semua memandang ke arah pintu tersebut . Maknae yang terbaring tadi terus bangun .
" Hi guys ! " sapa seorang gadis yang berada di muka pintu. Mereka semua memandang aneh kecuali Namjoon.
" Eo ? Mi Na-shi.. " tegur Namjoon.
Kelihatan Mi Na menjinjit dua bungkus beg plastik di tangannya. Di tersenyum manis ke arah Namjoon. Ahli BTS yang lain memandang gadis itu dengan menyampah.
" You buat apa dekat sini ? " soal Namjoon. Dia mendekati gadis itu.
" Oh.. Ni.. I ada belikan makan untuk korang. Kebetulan lalu dekat area sini. So , I decide nak beli something dekat korang " Mi Na menghulurkan 2 bungkusan plastik itu ke arah Namjoon.
Namjoon mengambil bungkusan itu. Semua mata memandang ke arah Mi Na dengan menyampah. Apa masalah dia sebenarnya ? Semalam datang. Harini datang.
" Susah-susah je. " kata Namjoon. Mi Na tertawa kecil. Jhope menjeling menyampah ke arah Mi Na.
" Korang.. Jangan lupa makan eh " ujar Mi Na kepada mereka semua.
Mereka tidak membalas malah hanya endahkan sahaja kata Mi Na.
" Eh.. Hyung.. Kita sepatutnya dah kena practice ni. Dah-dah jom ! " ujar Taehyung lalu bangun. Dia meregangkan badannya. Mi Na melihat mereka semua telah pun bangun.
" Sorry Mi Na.. I kena practice ni. " ujar Namjoon yang ingin bersiap-sedia untuk practice namun Mi Na mencapai lengan Namjoon.
Namjoon melihat tangan Mi Na pada lengannya. Mi Na terus melepaskan pegangan tersebut.
" Erm sorry. " kata Mi Na lalu melepaskan pegangan tersebut.
" I nak bagitahu.. Jangan lupa hujung minggu ni " kata Mi Na yang mengingati lelaki itu. Namjoon tersenyum sambil mengangguk .
" I balik dulu.. " kata Mi Na lalu menunduk hormat ke arah mereka. Mereka semua hanya endahkan Mi Na seperti tiada siapa di dalam studio tersebut.
Setelah Mi Na keluar , Jhope menegur Namjoon.
" Namjoon.. Aku tak salah dengar kan ? " tanya Jhope . Namjoon menjongket kening sebelah kanan. Dia mengerutkan dahi tanda tidak faham.
" Hujung minggu ni... " kata Jhope lagi.
" Oh... Mi Na ? " balas Namjoon pula. Jhope mengangguk.
" Dia ajak aku teman dia pergi shopping hujung minggu ni. So , aku setuju je lah. Dia kawan aku kan " kata Namjoon. Jhope memandang serius terhadap rakannya itu.
" Mimi tahu tak ? " soal Jhope lagi. Semua hanya memandang perbualan di antara Namjoon dan Jhope. Macam serius je bunyinya.
" Belum lagi. Nanti aku bagitahu dia " jawab Namjoon sambil mengikat tali kasutnya.
" Aku rasa kau tak payah rapat la dengan si Mi Na tu.. " ujar Jhope dalam nada yang serius. Namjoon terdiam.
" Cara dia pandang kau.. Lain tahu tak ? " kata Jhope lagi. Namjoon cuba untuk menghadam apa yang dikatakan oleh Jhope. Dia masih tidak faham.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...