Jam menunjukkan pada pukul 8 pagi . Beg tangan dicapai di dalam koleksi almari . Gadis itu melihat dirinya melalui pantulan cermin dan mengemaskan bajunya . Mimi menaiki kereta mercedes miliknya ke pejabat .
Radio memutar lagu BTS Dynamite di pagi hari . Mimi tersenyum sendirian sambil mengetuk-getuk stereng mengikut rentak lagu tersebut . Setelah beberapa minit tiba di pejabat , Mimi melangkah masuk dengan senyuman yang manis .
Pekerja-pekerja di situ menyapanya dengan mengucap selamat pagi serta senyuman . Mimi mengangguk dan membalas senyuman . Gadis itu menunggu lif .
"Ehem.." tegur seseorang di sebelahnya .
" Eh , Hani ! " Mimi memandang sepupunya . Baru dapat jumpa . Walaupun satu pejabat tapi nak berjumpa tu punya lah susah . Biasalah busy meeting .
Hani tersenyum . Mereka masuk ke dalam lif bersama-sama .
" Kau takde meeting ke ? " tanya Mimi kepada Hani .
" Ah ! Mestilah ada weh ! Aku penat ! " jawab Hani sambil menghela nafas berat . Mimi ketawa . Bila kau bos , kau lebih selesa mengurus kerja sendiri berbanding menyuruh orang lain buat .
" Aku pergi dulu . Lepasni aku nak jumpa kau . Pukul 2 petang " ujar Hani lalu keluar dari lif . Dia berhenti di tingkat di mana bilik mesyuarat berada . Mimi mengangguk dan menghalau sepupunya .
Sampai sahaja di tingkat bilik Mimi , gadis itu ingin ke pantri namun langkahnya terhenti apabila mendengar seseorang mengatakan sesuatu tentangnya dengan Hani .
Mimi berdiri di balik dinding untuk mendengar lebih jelas apa yang mereka cakap .
" Sebenarnya kan , aku jeles la dengan bos kita tu . Diorang tu dah la lawa . Then , ada syarikat sendiri . Kadang-kadang aku pergi meeting dengan klien , aku yang nampak tua " ujar Chaewon selaku pembantu peribadi kepada Mimi .
Mimi di balik dinding tersenyum . Ingatkan mengata buruk pasal kita . Rupanya , puji .
" Betul tu ! Cik Hani pun . Walaupun diorang tua 2 tahun dari kita . Hm " ujar Eunji pula selaku pembantu peribadi Hani .
Mimi sengaja berdehem untuk menyedarkan perbuatan mereka . Walaupun mereka memuji tapi kerja tetap berjalan . Takboleh nak bergosip-gosip .
" Eo ? Cik Mimi " kata Chaewon . Mimi tersenyum .
" Cik Mimi nak saya buatkan air ke ? " tanya Chaewon . Mimi menggelengkan kepala tanda tidak perlu .
Mimi memandang Eunji .
" Sepatutnya bukan awak dekat bawah ke ? Kenapa dekat sini ? Hani kan ada meeting " tanya Mimi kepada Eunji .
Eunji terdiam lalu memandang Chaewon di sebelah .
" Erm .. Maafkan saya . Mungkin saya terlupa yang pagi ini ada meeting " kata Eunji lalu menunduk meminta maaf . Dia beredar dari situ .
" Maafkan saya juga , Cik Mimi . Saya pergi dulu " kata Chaewon lalu menunduk hormat . Mimi hanya tersenyum . Macam-macam la diorang ni .
---
Selesai berlatih menari di studio dance , ahli BTS berehat seketika untuk menghilangkan rasa penat . Jungkook meneguk air mineral untuk menghilangkan rasa dahaganya .
" Fuh ! " keluh Jimin . Dia duduk dan melihat telefonnya .
" Guys ! Tengok ni ! Syarikat MH nak lancarkan produk baru " ujar Jhope . Lagipun artikel tu kakak dia yang hantar .
" Syarikat MH ? Syarikat apa tu ? " tanya Jin seperti tidak tahu tentang syarikat tersebut .
" Syarikat diorang ni menjalankan perniagaan mart . Dekat Korea ni dah banyak . " jawab Jhope . Jin hanya membulatkan mulutnya .
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...