Mimi kembali ke office seperti biasa. Ramai staff-staff MH holdings mengucapkan selamat pagi kepada boss mereka setelah lama tidak bertemu. Mimi membalas ucapan mereka dengan memberikan senyuman yang manis kepada staffnya. Dia menekan butang lif untuk menuju ke ruangan biliknya.
Rindu pula rasanya bila dah lama tak jejak kaki di office. Sudah tentu dia berasa sedikit berbeza kerana dua minggu dia menghilangkan diri pergi ke Dubai. Hani yang baru tiba berdiri di sebelah Mimi. Hani menegur Mimi sementara menunggu lif itu sampai.
" Hm.. Macam mana semalam ? Dah lepas rindu dengan Namjoon ? " soal Hani kepada Mimi.
Mimi tersenyum malu apabila mengingatkan situasi semalam. Memang betul-betul lepas rindu. Dia juga sempat membuat video call dengan ibu bapanya. Mereka kata bahawa mereka akan datang ke Seoul dalam waktu yang terdekat.
" Bagus lah , kalau dah berbaik. Aku gembira tengok korang dah berbaik " ujar Hani sambil tersenyum. Mimi juga tersenyum.
" Mimi.. Harini kau lunch dengan siapa ? " soal Hani kepada sepupunya. Lif yang ditunggu telah pun sampai. Mereka berdua masuk ke dalam lif. Butang tingkat 18 dan 19 ditekan.
" Harini aku lunch dengan Namjoon.. Kenapa ? Kau nak lunch dengan aku ke ? " jawab Mimi dan membalas soalan kepada Hani.
" Eh.. Takpe.. Aku lunch dengan Jimin harini. Cuma ada someone nak jumpa kau waktu lunch " ujar Hani.
" Siapa ? Mi Na ? " tanya Mimi semula. Hani mengangguk.
" Takpe.. Nanti aku send location dekat kau.. Suruh Mi Na datang ke restoran tu.. " kata Mimi.
" Okay... Aku harap kau dapat selesaikan perkara ini dengan baik " ucap Hani sambil menepuk bahu sepupunya. Dia keluar dari lif dan menuju ke biliknya.
Mimi hanya mengangguk . Tingkat 19 yang menempatkan biliknya sudah pun sampai. Dia keluar dari lif dan menuju ke biliknya.
---
Jam di dinding dikerling seketika oleh Hani. Sudah menunjukkan pada pukul 12.30 tengah hari. Hani melihat telefonnya. Bunyi notification dari Mimi dibuka. Mimi menghantar location restoran kerana dia perlu menghantar kepada Mi Na.
Hani memegang perutnya yang sudah pun berkeroncong meminta makanan. Nak tak nak dia perlu pergi lunch seorang diri. Hani menutup semua fail dan komputer . Dia keluar dari bilik untuk pergi restoran yang berdekatan.
Sampai sahaja di restoran tersebut , Hani menarik kerusi dan duduk di situ. Meja diketuk dengan jari sementara menunggu pelayan mengambil pesanannya. Menu yang siap disediakan di atas meja dibelek. Dia masih tidak tahu nak makan apa.
" Eh ? Awak ?! " tegur seseorang. Hani memandang figura yang menegurnya. Dia sungguh terkejut bahawa yang menegurnya adalah lelaki yang dia terlanggar semasa di lapangan terbang semalam .
Hani terdiam. Tidak tahu nak bagi reaksi apa. Kenapa jumpa lagi ?
" Awak seorang ke ? " tanya lelaki itu kepada Hani.
Hani mengangguk lambat.
" Kalau macam tu.. Boleh tak saya nak duduk sekali ? " soal lelaki itu lagi. Hani menggarukan kepala yang tidak gatal. Kalau tak bagi nanti dia cakap apa pula.
" Erm.. Du.Duduk lah " jawab Hani sedikit gagap. Hani tidak bercakap banyak malah masih membelek-belek menu tanpa memandang lelaki itu.
" Awak dah order ? " soal lelaki itu lagi. Hani membalas dengan gelengan kepala.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...