3 bulan kemudian ,
Seperti yang dirancang , ketiga-tiga gadis itu sudah berjanji ingin bercuti bersama dengan pasangan masing-masing. Boleh dikatakan sebagai triple date maybe ? Mereka akan pergi ke Nami Island dengan menaiki kereta api ITX yang telah ditempah.
Hani menelefon Jimin untuk bertanya sama ada dia sudah siap atau belum.
" Hello Jimin ... " suara Hani memanggil Jimin lembut .
" Ye sayang... " jawab Jimin .
" Awak dengan yang lain dah siap ? " soal Hani lagi.
" Oh... Dah.. Korang dah gerak ke ? " tanya Jimin lagi.
" Belum.. Mimi tak datang ambil lagi. Nanti kita jumpa dekat Yongsan Station " ujar Hani.
" Okay sayang.. Kitaorang nak gerak dah. Bye.. Love you.. " kata Jimin lalu mematikan talian. Hani melihat telefonnya. Jimin ni tak sah kalau tak cakap ' love you ' kalau telefon. Automatik mulut dia akan cakap benda tu.
Mimi menelefon Hani untuk menyuruh dia turun ke bawah kerana dia sudah sampai di bawah kondominium milik Hani.
Hani keluar dari rumah dengan membawa beg rodanya. Mereka akan bercuti selama 3 hari 2 malam di Nami Island.
Hani masuk ke dalam kereta dan dia duduk di tempat duduk belakang kerana rumahnya agak jauh sedikit dari rumah Mimi dan Aera.
" Korang... Nanti kita jalan 3 orang eh " ujar Mimi kepada Aera dan Hani.
Hani memandang Mimi dengan pandangan menjengkelkan. Biar betul dia ni.
" Ya ke ? Nanti kau jumpa Namjoon ... Sayang... I rindu you.. Awww.. " Hani memerli Mimi dengan gaya bercakap manja . Mata digulingkan tanda menyampah. Itu semua keling ya kawan-kawan. Kononnya nak jalan sama-sama. Well tengok la nanti kalau dah sampai.
" Amboi kau... Diam je lah. Nanti kau jumpa Jimin pun sama ! " kata Mimi pula. Ha gaduh-gaduh.
" Ish , korang ni " sampuk Aera pula. Mimi dan Hani memandang Aera.
" Kau pun sama !! " serentak Mimi dan Hani berkata. Aera hanya menggarukan kepala yang tidak gatal. Kita pula yang kena.
Suasana kereta perempuan dipenuhi dengan ketawa dan gosip-gosip terbaru manakala suasana kereta lelaki pula hanya senyap. Lagu sahaja yang menemani perjalanan mereka. Jimin yang membawa kereta untuk menuju ke Yongsan Station.
Sampai sahaja di Yongsan Station , ketiga-tiga gadis itu keluar dari kereta. Mereka ambil beg dalam bonet . Topi yang dipegang diletakkan di atas kepala. Mimi keluar daripada kereta. Tema mereka pada harini ialah memakai pakaian berwarna putih.
Hani terkejut apabila melihat Mimi keluar dari kereta. Dengan short pants lepastu baju jarang.
" Mimi ? Kau ke ni ? " soal Hani apabila melihat Mimi begitu. Selepas dia kenal Namjoon , Mimi berubah 100% .
" Aku lah ! Kenapa kau ni ? " soal Mimi pelik. Apa yang salah dekat diri dia sekarang ni ?
" Seksinya kau. Sejak bila kau pakai macam ni ? " Hani mula bebel.
" Ah , dia start dah.. Kau diam je lah. Aku pakai baju tau. Bukannya bikini. Appa dengan eomma taktahu pun. Kalau diorang tahu takpe lah. This is the real Ahn Mimi " kata Mimi lalu mengeluarkan begnya dari bonet kereta.
" Tak , aku... Takde apa lah " Hani terdiam. Taktahu nak cakap apa.
Mimi memandang Hani.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...