Pagi sudah menjelma , Hani tersedar apabila matahari tembus melalui tingkap bilik wadnya . Dia memandang tangannya yang dipegang oleh seseorang . Rupanya Jimin sedang tidur . Hani memandang lelaki itu .
" Thank you sebab tolong jagakan saya . Awak banyak tolong saya " ujar Hani dengan nada perlahan agar Jimin tidak sedar dari tidur .
Baru je cakap tak nak bagi dia sedar , last-last Hani menggerakkan tangannya membuatkan Jimin terjaga dari tidur .
Jimin memandang Hani .
" Awak dah sedar ? " soal Jimin lalu dia berdiri untuk menekan butang emergency call .
Tidak lama kemudian , seorang doktor dan jururawat perempuan masuk ke dalam wad Hani . Doktor itu merawat Hani . Seterusnya , doktor itu memberitahu kepada Jimin.
" Dalam beberapa hari , Hani dah boleh pulang . Saya akan make sure dia betul-betul sihat baru boleh pulang " kata doktor tersebut .
Pintu dibuka dari luar . Parents Hani yang datang melawat puterinya . Doktor memberikan senyuman kepada mereka . Jururawat perempuan itu dari tadi curi-curi melihat Jimin sambil tersenyum . Hani memandang jururawat itu dengan pandangan yang tajam .
Puan Kim perasan akan pandangan Hani . Dia menggelengkan kepala . Nampak la ada orang tu jeles . Sampaikan parents dia datang pun tak perasan . Taktahu lah dia .
" Apa kau ingat aku ni adik Jimin ke ? " desis hati Hani sambil memandang jururawat itu dengan tajam.
" Okay thank you doktor.. " Jimin tersenyum. Nurse perempuan itu sempat memberikan senyuman kepadanya. Jimin turut membalas senyuman kepada nurse itu. Hani memandang tajam lagi sekali.
" Amboi , anak eomma.. Pandang nurse tu macam nak makan orang " tegur Puan Kim. Hani tersedar.
" Eomma.. Appa.. Bila sampai ? " Hani baru tersedar . Dia memandang ibu dan ayahnya . Puan Kim tertawa kecil apabila Hani bertanya seperti itu.
" Itu lah . Tengok nurse tadi sampai tak perasan eomma dan appa " Puan Kim sengaja menyakat anaknya sambil tersenyum . Hani tersenyum awkward . Kantoi lah pandang nurse tadi .
" Macam mana eomma dengan appa boleh tahu Hani masuk hospital ? " soal Hani kepada orang tuanya.
" Mimi yang bagitahu semalam . Kenapa Hani tak bagitahu pasal ni dekat eomma dengan appa ? Risau kami ! Nasib baik Jimin ada tahu " tegas Puan Kim kepada Hani . Gadis itu memandang Jimin . Macam mana eomma boleh tahu itu Jimin ? Memang la pernah cerita tapi takde lah tunjuk gambar .
" Tengok tu .. Kita tanya dia...dia diam " ujar Puan Kim kepada anaknya .
" Ani.. Eomma .. Appa.. Hani tak nak bagitahu sebab taknak eomma dengan appa risau " jawab Hani .
" Sekarang kamu masuk hospital .. lagilah eomma dan appa risau " bebel Puan Kim lagi. Hani mengetap bibir .
" Hani.. Eomma nak tanya ... " ujar Puan Kim . Jimin hanya memandang ke arah Hani sambil tersenyum . Hani mengangguk menandakan ya .
" Apa hubungan kamu dengan Jimin ? " soal Puan Kim lagi walaupun dia tahu semalam dari Jimin . Nak dengar juga anak dia buat pengakuan .
" Erm.. " Hani memandang Jimin dan Puan Kim silih berganti .
" Jimin kawan Hani .. " jawab Hani .
" Kawan yang macam mana tu ? Kawan biasa atau kawan special ? " soal Puan Kim lagi kepada Hani .
" Erm..k..kawan special.. " jawab Hani . Mukanya mula berona merah . Alahai , malunya ! Buat pengakuan depan Jimin dengan parents dia .
" Ish , awak ni .. Malu anak kita . " tegur Encik Kim pula .
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...