Kereta Mi Na betul-betul berhenti di hadapan syarikat Big Hit Entertainment. Kebetulan pula kawan dia ada kerja dekat syarikat ni. Lagi senang la kerja dia. Dia memarkir keretanya di tempat parking lalu keluar dari kereta.
Dia memasuki ke dalam syarikat tersebut. Semalam dia ada telefon rakannya itu untuk berjumpa dengannya hari ini. Mi Na menunggu di bahagian lobi tersebut.
Mi Na menelefon kawannya itu.
" Hello... Min Jung-ahh .. " Mi Na menelefon rakannya itu.
" Oh... Mi Na.. " jawab Min Jung dari telefonnya.
" Aku dekat bawah ni.. " kata Mi Na .
" Okay " balas Min Jung ringkas lalu memutuskan talian . Mi Na melihat telefonnya . Boleh pula dia letak macam tu je .
" Kalau bukan sebab lain .. takde makna aku nak jumpa kau " ujar Mi Na sambil membuat riak muka menyampah .
Tidak lama kemudian , Min Jung turun ke bawah . Gadis itu menyapa Mi Na yang duduk di sebuah kerusi di lobi .
" Mi Na ! " panggil Min Jung lalu mereka berpelukan . Mi Na dengan muka menyampah hanya turuti sahaja . Mereka melepaskan pelukan .
" Mi Na .. aku tak boleh lama .. tapi kalau kau nak naik atas tengok galeri ... baru je buka . Aku kena keluar kejap .. " kata Min Jung kepada Mi Na .
Mi Na membuat muka riak kecewa . Mi Na berfikir sekejap .
" Kalau aku nak pinjam kau punya kad kerja tu boleh tak ? Nanti aku bagi dekat kau " pinta Mi Na apabila melihat kad pekerja tergantung pada leher Min Jung .
" Oh .. boleh.. tapi kau kena duduk dekat bilik aku lah . Bilik aku tingkat 4 .. Cuma kau jangan sesekali naik tingkat 7 okay .. " kata Min Jung .
" Kenapa tak boleh ? " soal Mi Na ingin tahu .
" Tingkat 7 tu ruangan artis . Memang aku boleh naik tapi aku takut kau orang luar .. Kalau macam tingkat aku tu memang boleh " jawab Min Jung .
" Kau jangan risau la .. Aku takkan naik ke tingkat 7 tu ... " kata Mi Na agar Min Jung mempercayai kata-katanya . Min Jung mengangguk faham . Dia menyerahkan kad kerjanya itu kepada Mi Na .
" Kau jaga baik-baik kad aku ... Kad tu penting untuk aku " ujar Min Jung sambil menuding jari ke arah kad yang dipegang oleh Mi Na .
Mi Na mengangguk. Min Jung beredar dari situ kerana dia perlu cepat untuk pergi ke kerja lain .Mi Na tersenyum sinis lalu kakinya melangkah naik ke atas . Sampai sahaja lif , dia masuk ke dalam lif tersebut . Hanya dia seorang sahaja yang naik .
" Tingkat 7 ? Hm " Mi Na menekan butang tingkat 7 itu .
Apabila dia sudah sampai di tingkat 7 , dia keluar dari lif tersebut . Dia menjenguk di ruangan tersebut. Mi Na terdengar bunyi bising di sebuah bilik . Dia mencari-cari bilik itu .
" Dekat mana yang bising tu ? " soal Mi Na sendirian. Tiba-tiba seseorang menegurnya.
" Mi Na ? " tegur Namjoon dari belakang. Mi Na terkejut lalu mengalih ke belakang.
" Eh.. Namjoon ! " sahut Mi Na. Namjoon mendekati ke arah gadis itu.
" You buat apa dekat sini ? " soal Namjoon. Mi Na buntu. Tidak tahu nak jawab apa.
" Oh.. Tadi I baru jumpa kawan I dekat sini. Then , I baru teringat yang you ada dekat sini. Tu yang I cari you " jawab Mi Na. Namjoon mengangguk faham.
" Okay.. Ada apa you cari I ? " soal Namjoon. Mi Na menggarukan kepala yang tidak gatal.
" Erm.. I nak ajak you minum hari ni. Boleh tak ? Lagipun I takde kerja. I free harini " kata Mi Na. Dia berharapa bahawa Namjoon setuju dengan permintaannya.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...