" NO !! " jerit Hani yang sedang tidur.
Hani terjaga daripada mimpi yang agak ngeri baginya. Terkejut rasanya apabila mimpi benda itu. Hani terus terduduk dan nafasnya menjadi tidak teratur akibat mimpi itu.
" Kenapa aku mimpi dia ? " kata Hani sendirian . Dia mencapai telefon miliknya di meja kecil pada sebelah katil.
" MWOO ?!!! " jerit Hani apabila melihat jam sudah pun pukul 9.30 pagi. Dia menampar dahinya. You know what ?! Kerja lah !
Telefon berbunyi tanda seseorang menelefonnya. Hani menarik dan menghembus nafas setelah nama ' Ahn Mimi ' muncul di skrin. Dalam hati dah berkata ' Habis la aku ! '
" Hello... "
" Kau dekat mana , Hani ? Kalau patah hati pun.. Jangan la sampai tak datang kerja " ujar Mimi dari telefon.
" Sorry.. Aku terjaga lambat.. Sorry sangat-sangat.. Aku on the way ! " kata Hani yang kalut mengambil tuala di penyangkut baju.
" Tak payah tipu aku. Kau baru bangun kan ?! Aku potong gaji kau " usik Mimi sambil ketawa.
" Dah la.. Okay bye !! " Hani menekan ikon berwarna merah. Dia memutuskan talian dan melemparkan telefonnya di atas katil.
Selepas mandi dan bersiap-siap untuk ke office , dia mencalit sedikit lip tint untuk menampakkan lagi warna bibirnya supaya tidak kelihatan pucat. Dia hanya makeup simple dan nipis.
Kereta Audi milik Hani meluncur di atas jalan. Dia menekan pedal minyak . Secara tiba-tiba , keretanya terlanggar kereta hadapan kerana brek yang mengejut.
" Omo.. Omo !! " Hani terkejut dengan situasi yang berlaku. Nafasnya naik turun.
Hani membuka tali pinggang dan keluar dari kereta. Seorang lelaki sedang melihat belakang keretanya. Nak kata teruk tu tak la.
" Encik.. Encik.. Saya minta maaf.. Saya nak cepat tadi. Maafkan saya " kata Hani dalam nada gelabah.
Lelaki itu memandang Hani. Mata Hani mula membulat apabila lelaki itu adalah lelaki yang sangat dia kenal. Park Jimin ! Why are you here ? Mereka bertentang mata. Hani tersedar.
" Erm.. Macam mana ni ? " ujar Hani gelabah sambil menggarukan kepala. Dia mengerling jam di tangan.
" Cik Hani ?! " Jimin bersuara.
" Erm.. Jimin , saya janji saya akan bayarkan ganti rugi. Tapi tolong.. Saya nak cepat ni. Saya dah lambat " kata Hani. Dia punya gelabah tu taktahu nak cakap macam mana.
" Takpe.. Nanti awak jumpa saya dekat Big Hit , kita selesaikan dekat situ. " ujar Jimin.
" Saya minta maaf sangat-sangat. Ni duit untuk repair kereta awak. Untuk hari ini , saya ada banyak ni je. " kata Hani sambil memberikan duit itu kepada Jimin. Tangan Jimin dipegang oleh Hani lalu meletakkan duit itu dalam genggaman Jimin.
Hani menunduk dan terus masuk ke dalam kereta.
" Cik Hani ? Hani ! " panggil Jimin apabila gadis itu memberikannya wang . Dia menggelengkan kepala. Jimin masuk ke dalam kereta semula dan memandu ke syarikat BigHit.
Kereta Hani terus beredar dari tempat kejadian . Sampai sahaja di office , dia menyandarkan diri di dalam kereta. Tangan kanan itu dia lihat dan tersenyum sendirian.
Mimi ingin pergi ke mesyuarat lalu dia melihat Hani masih di dalam kereta. Dia melihat sepupunya itu sedang tersenyum sendirian sambil memegang tangan kanannya. Mimi mengerutkan dahi.
" Apa kena dengan sepupu aku ni ? " soal Mimi sendirian sambil melihat Hani yang masih tersengih.
Mimi tidak menunggu lama. Tingkap kereta Hani diketuk.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...