Pagi sudah menjelma , Jimin bangun awal pada waktu itu. Takut benda semalam terjadi apa-apa dekat kesayangannya. Hani masih lagi tidur. Namjoon keluar dari bilik dan memandang Jimin di ruang tamu yang sedang bermain telefon.
" Hyung.. Jom balik sekarang. Jimin risau la keselamatan Hani " kata Jimin. Memang dari semalam dia tak senang duduk. Walaupun dia tidur tapi kerap terjaga.
" Diorang bangun je kita balik... Takpe selagi kita dekat sini.. Keselamatan diorang terjaga " ujar Namjoon sambil mengusap belakang badan Jimin.
Hani bangun dari tidur. Dia melihat telefon untuk melihat jam. Ia sudah menunjukkan pada pukul 9 pagi. Tiba-tiba , telefonnya berdering. Nombor yang tidak dikenali muncul di skrin telefon.
Hani mengangkat talian tersebut.
" Hello... " Hani bersuara lembut.
Tiada suara. Hani memandang telefonnya.
" Eh.. Silap nombor kot " kata Hani lalu meletakkan talian. Dia meletakkan telefon di atas meja kecil. Dia membersihkan diri terlebih dahulu.
Mimi sudah pun mandi. Hatinya berasa sedikit lega apabila semalam tiada gangguan. Tapi masih risau pada yang sama. Dia turun ke bawah . Namjoon dan Jimin sedang berbual-bual di ruang tamu.
" Sayang.. " tegur Mimi. Namjoon dan Jimin memandang ke arah Mimi.
" You dah bangun ? " soal Namjoon. Mimi mengangguk sambil tersenyum.
" Kita nak makan apa pagi ni. Kita balik petang kan ? " tanya Mimi lagi.
" Tak.. Kita balik pagi ni " sampuk Jimin.
" Eo ? Balik pagi ni ? Kenapa ? Haritu kan kata nak balik petang " kata Mimi lalu duduk di ruang tamu.
" Sayang.. Kalau kita balik pagi .. At least boleh rehat lama sikit. Esok pagi you kerja kan. Takde la penat sangat kalau balik pagi " ujar Namjoon.
" Oh , boleh lah kalau macam tu. Saya bagitahu yang lain dulu. Saya nak kemas barang " ujar Mimi lalu naik ke atas .
Taehyung baru bangun dari tidur terus keluar dengan keadaan mamai. Punggung dihempaskan di atas sofa.
" Hm.. Kita balik pagi ni kan ? " soal Taehyung. Matanya masih terpejam.
" Ya.. Boleh lah kita kemas-kemas barang.. Then balik cepat " kata Namjoon. Jimin dari tadi diam. Masih memikirkan tentang gambar semalam.
" Jimin.. Kau okay tak ? Senyap je " soal Taehyung.
" Aku still fikir tentang gambar semalam.. Siapa... " belum sempat Jimin menghabiskan kata , seseorang dari atas menyampuk.
" Gambar ? Gambar apa sayang ? " soal Hani yang baru turun . Jimin memandang ke arah Hani.
" Sayang !! " kata Jimin lalu bangun pergi ke arah Hani.
" Gambar apa yang awak cakap ? " tanya Hani lagi.
" Takde apa la. Gambar Taehyung dengan Aera semalam. Taehyung tunjuk " jawab Jimin sambil tersenyum. Walaupun dia risau keselamatan Hani, riak mukanya perlu dijaga supaya Hani tidak mengesyaki apa-apa.
" Betul ke Mimi cakap kita balik pagi ni ? " soal Hani lagi.
" Betul lah. Awak dah kemas barang ? " soal Jimin.
" Belum lagi.. Saya naik atas dulu pergi kemaskan barang " ujar Hani lalu naik ke atas semula. Jimin menghembus nafas lega setelah Hani naik ke atas.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...