Mimi masuk ke dalam pejabatnya dengan senyuman yang bahagia . Habis semua staff dia ucap selamat pagi. Staff-staff di situ memandang antara satu sama lain.
" Kenapa dengan Cik Mimi ? " soal salah satu pekerja di situ dalam nada berbisik.
Yang lain hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Mimi menekan butang tingkat 18 dimana departmen Hani berada di situ. Mimi berjalan sampai ke bilik Hani namun Eunji menegur gadis itu.
" Cik Mimi ? " tegur Eunji sambil berdiri apabila melihat Mimi ingin masuk ke dalam bilik Hani.
" Ya saya.. " sahut Mimi. Dia menghentikan langkah apabila ditegur oleh PA kepada Hani.
" Cik Hani takde.. Dia keluar pergi meeting " ujar Eunji.
" Oh ye ke ? Takpe lah. Nanti kalau dia balik , bagitahu dekat dia.. Saya nak jumpa dia pukul 2 petang . Tapi kenapa awak tak ikut dia ? " pesan Mimi namun dia berasa pelik kerana Eunji berada di situ.
" Dia cakap tak perlu ikut dia.. Sebab ... saya taktahu " jawab Eunji. Mimi membulatkan mulut tanda ' O ' .
Mimi beredar ke biliknya untuk menyambung kerjanya. Sebelum itu , sempat dia berangan tentang semalam. Namjoon dengan dia pergi dating. Tempat tu cantik sangat.
---
Eunji ingin pergi ke pantry untuk membancuh kopi untuk dirinya. Tiba-tiba , rasa mengantuk. Eunji mencari-cari serbuk paket kopi 3 in 1 di dalam kabinet tapi tiada.
" Hm.. Dah habis ke ? " soal Eunji sendirian.
" Naik atas je lah " kata Eunji lalu naik ke atas iaitu tingkat 19 untuk mengambil paket serbuk kopi tersebut.
Apabila dia mencari paket tersebut , seseorang menegurnya dari belakang.
" Weh , Eunji ?! " tegur seorang perempuan. Eunji memandang ke belakang. Rupanya Si Chaewon , housemate dia.
" Kenapa kau naik atas ? " soal Chaewon. Eunji menjawab dengan menunjuk paket 3 in 1 tersebut ke arah rakannya.
" Oh... " Chaewon pula mengambil cawan dan membancuh air. Kebetulan dahaga pula.
" Eh , Eunji.. Kau perasan sesuatu tak ? " soal Chaewon kepada Eunji.
" Perasan apa ? " Eunji menyoal semula. Dia taktahu apa yang dimaksudkan oleh Chaewon.
" Kau tak perasan ke bos harini ? Asal diorang nampak happy semacam eh ? " tanya Chaewon lagi. Pelik juga la tengok boss sendiri harini.
" Ha ! Cakap pasal bos ! Aku baru teringat pasal Cik Hani.. " ujar Eunji apabila dia mengingatkan kejadian pagi tadi.
" Kenapa ? " soal Chaewon ingin tahu.
Flashback
Hani memberikan senyuman dan membalas ucapan selamat pagi daripada staff-staffnya. Dia terus naik ke atas untuk melakukan kerjanya. Sebelum masuk ke dalam bilik , dia memberhentikan langkah di hadapan meja PA nya iaitu Eunji.
" Eunji.. Saya ada apa-apa meeting tak harini ? " soal Hani kepada Eunji.
Eunji mengambil ipad lalu melihat kalendar yang telah ditetapkan olehnya. Jadual yang disusun sempurna supaya masa dan hari menjadi teratur.
" Ada.. Cik Hani.. Dengan syarikat Sky Tech " jawab Eunji.
" Okay. Untuk hari ini awak tak perlu ikut saya ya. Saya pergi sorang " kata Hani lalu ingin masuk ke dalam bilik tapi kakinya berhenti melangkah kerana Eunji yang memanggilnya.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...