Waktu makan tengahari sudah tiba . Hani dan Mimi keluar makan bersama di shopping mall yang terdekat di sekitar kawasan office mereka. Lagipun lepasni ada meeting dekat BigHit. Jadi , mereka hanya makan di sekitar situ.
Sampai sahaja di restoran , Hani dan Mimi duduk di kerusi yang disediakan. Seorang pelayan lelaki datang mengambil pesanan mereka berdua.
" Lepasni kita ada meeting dengan Bang PD , kau jangan buat hal " kata Hani sambil menuding jari ke arah Mimi . Mimi melepaskan keluhan. Sepupu dia ni kerja bebel je.
" Ha ! Tengah kutuk aku la tu " ujar Hani sambil menjeling. Mimi hanya tersengih.
" Takde lah.. Kau ni kerja membebel je sejak-sejak akhir ni " kata Mimi.
" Aku bebel sebab kau buat hal tahu tak ! " jawab Hani kepada Mimi. Kecil besar kecil besar je tengok. Haih.
" Relaks la. Apa-apa jadi.. Aku tanggung " ujar Mimi.
" Suka hati kau la " kata Hani yang malas melayan kerenah Mimi.
Tidak lama kemudian , makanan yang dipesan sudah tiba. Mereka makan tanpa bersuara. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu yang berlaga dengan pinggan.
Selepas makan , Hani membayar di kaunter. Katanya dia nak belanja hari ini. Rezeki tak boleh ditolak. Mimi menunggu Hani di luar restoran sambil melihat di sekitar kedai-kedai di dalam kawasan shopping mall tersebut.
Mimi terpandang di Gucci outlet . Dua orang lelaki yang sedang memilih baju. Macam kenal tapi betul ke dia ?
" Dah jom ! " ajak Hani tapi Mimi menarik tangan Hani.
" Asal kau ni ? " tanya Hani yang agak pelik.
" Tak.. Aku nak pergi Gucci outlet . Nak tengok barang apa yang menarik " ujar Mimi kepada Hani. Sebenarnya Mimi nampak seseorang yang sangat dia kenal.
" Takde apa yang menarik la .. Mana ada sale " bantah Hani. Dia tidak mahu pergi ke Gucci outlet tersebut. Bukan apa takut buang masa.
" Tapi menarik bagi kau ! " kata Mimi sambil menarik tangan Hani untuk masuk ke dalam Gucci outlet.
Hani akur dengan permintaan Mimi. Mereka sampai di hadapan outlet tersebut. Mata Hani membulat apabila melihat seseorang.
" Weh , tu kan Jimin " kata Hani dalam nada perlahan. Mimi mengangguk sambil tersenyum.
" Tak nak la.. Jom ! " kata Hani perlahan. Dia tak mahu terserempak dengan Jimin. Please ! Jebal !
Mimi menarik lagi tangan Hani sampai masuk ke dalam outlet tersebut. Hani mengeluh. Haih , sepupu aku ni.
Hani menyorok di belakang Mimi kerana dia tidak mahu Jimin perasan dirinya tetapi mata dia masih mengerling Jimin . Mimi masih memegang tangan Hani supaya gadis itu tidak lari.
Mimi membelek-belek baju di situ dan terkena tangan Jimin.
" Eh , sorry-sorry .. " ucap Mimi. Jimin memandang Mimi.
" Awak nak ke baju ni ? " tanya Jimin kepada Mimi. Cepat-cepat Mimi menggelengkan kepala. Manakala Hani sudah pun membelakangi Jimin. Dia tidak mahu lelaki itu nampak kehadirannya di situ. Jimin memandang di belakang Mimi.
" Takpe.. Awak boleh ambil " ujar Mimi sambil menuding jari ke arah baju yang digantung tersebut.
" Oh , thank you ! " kata Jimin sambil tersenyum.
Dalam hati Hani sudah menyumpah terhadap sepupunya.
" Dengan Jimin pun dia nak cakap. Haish , panas pula hati kite ni awakk " gumam Hani sendirian.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...