Ep 18

6 1 0
                                    

       " Andwae !! " Hani terjaga dari mimpi yang buruk.  Mata dibulatkan kerana terkejut.  Jimin yang baru tiba di rumah Hani terus masuk ke dalam bilik Hani. 

Pintu bilik Hani terus dibuka. 

" Sayang ?! " panggil Jimin. 

" Jimin...  " Hani bangun dan terus memeluk Jimin.  Dia masih trauma dengan kejadian semalam. Hani masih menangis kerana teringat kejadian semalam. 

Dia melepaskan pelukan Jimin. Dia memandang Jimin. 

" Jom kita keluar pergi ruang tamu eh.  Saya ada beli makanan dekat awak.  Kita makan eh " Jimin memujuk Hani supaya gadis itu keluar dari bilik. 

Hani mengangguk dan keluar dari bilik.  Jimin membeli bubur nasi kepada Hani.  Dia menghidangkan bubur nasi itu ke dalam mangkuk.  Jimin membawa mangkuk itu ke arah ruang tamu . Hani masih termenung.  Mukanya agak pucat. 

" Kita makan ya sayang...  " Jimin menyuapkan sesudu bubur.  Hani memandang Jimin dan makan.

Selepas 5 suapan , Hani memegang tangan Jimin agar memberhenti untuk suap dia.  Hani menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

" Sayang.. Sikitnya awak makan.  " ujar Jimin dalam nada risau.

" Saya takde selera...  " jawab Hani mendatar .  Dia memandang TV dengan pandangan kosong.  Jimin meletakkan semula mangkuk tersebut di atas meja. 

" Takpe lah.  Nah..  Minum air sikit " kata Jimin sambil menghulurkan segelas air kepada Hani. 

Hani minum air tersebut. Gelas tadi dia hulurkan semula kepada Jimin.    Dalam tidak sedar , dia menangis sekali lagi. 

" Sayang..  Why are you crying ? " soal Jimin apabila melihat Hani menangis. 

Hani memandang Jimin. 

" Awak baik ... sangat Jimin.  Saya...tak layak untuk awak . Tolong jauhkan diri awak.. dari saya...  Saya taknak sebab saya.. awak terluka " Hani berkata jujur. 

" Apa awak cakap ni sayang ? Saya sayang awak tau " kata Jimin risau .

" Jimin , kalau awak dekat dengan saya..  Awak akan dibunuh . Saya taknak " kata Hani lagi sambil menggelengkan kepala .  Air matanya mengalir lagi. Jujur memang dia sayangkan Jimin tetapi dia terpaksa berbuat demikian kerana takut tentang keselamatan Jimin. 

" No , sayang... Saya takkan tinggalkan awak.  Saya janji yang saya akan jaga awak dan saya janji saya akan cari lelaki tak guna tu ! " kata Jimin.  Hani memeluk Jimin. 

Jimin menenangkan Hani dengan mengusap belakang badan Hani dengan lembut.  Jimin berjanji yang dia akan cari jantan tak guna tu. 

---

      Mimi menunduk hormat kepada klien wanita tersebut.  Dia baru sahaja habis meeting . Mimi menghadiri meeting bagi pihak Hani.  Sepatutnya sepupu dia yang perlu hadiri meeting ini di sebabkan Hani tidak datang kerja , jadi dia lah yang mengambil alih. 

" Thank you for your cooperation , Cik Mimi ! Muda-muda dah berjaya ada business " puji wanita tersebut terhadap syarikat yang Hani dan Mimi bangunkan.

" Takde lah... Kami memang nak buka business sama-sama. " jawab Mimi sambil tertawa kecil. 

" Baguslah !  At least ada income sendiri .. By the way , Cik Hani tak boleh datang sebab apa ? " soal wanita dalam lingkungan 40-an. 

" Dia tak sihat. Saya minta maaf bagi pihak dia..  " ujar Mimi. 

" Its okay. Takpe... Dah tak sihat kan " kata wanita itu pula.  Mimi mengangguk sambil tersenyum janggal. 

The Moments of Love { BTS } ✅Where stories live. Discover now