Jimin terpaksa bangun seawal 5 pagi untuk bersiap-siap pergi ke photoshoot. Sementara menunggu yang lain mandi , Jimin bermundar-mandir di dalam bilik. Pintu dibuka dari luar. Rupanya Taehyung yang buka.
" Jimin-ah ! " Taehyung memanggil Jimin.
Jimin memandang Taehyung.
" Kau kenapa ? " soal Taehyung. Jimin menggarukan kepala yang tidak gatal.
" Kau fikir pasal Hani ? " tanya Taehyung. Jimin mengangguk.
" Siapa nak hantar dia pergi office ? Kita dah ada kerja pula " ujar Jimin dalam nada yang risau .
" Hm.. " Taehyung turut berfikir.
" Kau suruh manager kita hantar.. " ujar Taehyung memberi cadangan.
" Mana boleh... Manager kita kena jaga jadual kita lagi.. " jawab Jimin gusar.
" Mimi kan ada.. " ujar Taehyung .
" Masalahnya diorang dua perempuan tau. Serabut aku ! " kata Jimin lalu masuk ke dalam bilik air. Dia mandi terlebih dahulu.
Taehyung mengeluh. Ya tak ya juga. Taehyung keluar dari bilik Jimin.
---
Setelah sampai di tempat photoshoot , Jimin menunggu giliran untuk bersolek. Dia mengambil telefon lalu menelefon Hani. Telefon dilekapkan pada telinga.
" Hello... " Hani bersuara lembut. Jimin menghembus nafas.
" Sayang... "
" Ya , kenapa ? " soal Hani.
" Harini saya tak boleh nak hantar awak pergi kerja. Awak pergi dengan Mimi eh.. Saya ada schedule hari ni " ujar Jimin. Walaupun risau , dia berharap bahawa tiada apa-apa yang terjadi.
" Oh.. Its okay ... Saya boleh pergi dengan Mimi " jawab Hani.
" Awak janji dengan saya yang awak jaga diri awak ? Saya risau kalau apa-apa terjadi dekat awak. Atau pun awak tak payah la pergi kerja. Duduk rumah " kata Jimin.
" Eh.. Tak boleh la macam tu. Kerja saya dekat office banyak. Kesian Mimi nanti nak kena handle sorang-sorang. Saya janji... Saya akan jaga diri saya " ujar Hani lagi.
" Kalau boleh letak benda tajam dekat dalam beg awak.. Satu dalam beg dan satu dalam poket. " arah Jimin.
" Ya.. Saya menurut perintah , tuanku " jawab Hani. Jimin ketawa kecil.
" Okay.. Good girl.. Saya letak dulu telefon. Love you ! " kata Jimin
" Love you too ! " balas Hani. Jimin meletakkan talian. Kini giliran Jimin pula untuk bersiap-siap.
---
Mimi dan Hani keluar dari rumah bersama-sama untuk masuk ke pejabat mereka. Semalam kan Mimi teman Hani. Jadi , pagi ini mereka pergi kerja sekali disebabkan Namjoon dan Jimin tak boleh hantar kedua-dua gadis itu.
Mimi membawa kereta Hani. Kereta milik Hani meluncur ke arah jalan raya. Seperti biasa , kesesakan lalu lintas akan berlaku pada waktu pagi. Orang nak pergi kerja , sekolah dan sebagainya.
Sampai sahaja di MH company , Mimi memarkir kereta di basement di company tersebut. Mereka berdua keluar dari kereta.
" Nah ! Ambil kunci kereta kau " ujar Mimi lalu memberikan kunci kepada Hani.
" Nanti kita balik awal sikit. " kata Hani.
" Of course . Semalam aku on the phone dengan Namjoon. Dia dah pesan. Balik awal .. " jawab Mimi. Mereka berdua masuk ke dalam office. Semua staff di situ memandang ke arah Hani.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...