Hani ingin pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pada pukul 6.30 petang . Hari ini dia balik lewat sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan. Langkah dengan lemah longlai menuju ke parkir kereta .
Dia melihat parking sebelah. Kereta Mimi masih ada lagi. Hani masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu kereta . Telefon diambil dan nama Mimi dicari untuk menelefon sepupunya itu.
" Hello .. " suara Mimi kedengaran di talian.
" Kau tak balik lagi ke Mimi ? " soal Hani. Sambil itu dia melihat ke arah luar kereta. Macam ada orang tapi bukan kot. Perasaan je kot.
" Dah..ehh..belum-belum " jawab Mimi yang masih di biliknya sambil membuat kerja.
" Balik awal tau ! Sekarang dah pukul 6.30 pm. Aku risau kalau kau balik lewat " ujar Hani. Matanya masih melilau di sekitar parking tersebut. Takde apa-apa.
" Ya , Hani.. Habis je kerja ni .. aku balik " kata Mimi.
" Ye lah okay. " kata Hani lalu meletakkan telefon. Tali pinggang dipakai. Pedal minyak ditekan dan keluar dari parking kereta.
---
Mimi meletakkan telefonnya lalu dia menyambung membuat kerja. Telefonnya dari tadi tidak henti naik notification tapi dia endahkan sahaja. Bukan tak nak tengok. Takut kerja jadi lambat kalau tengok.
" Ish.. Apa benda la.. Benda senang je Mimi.. Kau yang buat susah. Kalau tahu macam ni. Dah lama aku balik sorang " bebel Mimi sendirian apabila dia sudah dapat menyelesaikan masalah.
Mimi menutup komputer lalu mengambil telefon serta handbag nya di atas meja. Dia berjalan sendirian di dalam suasana yang agak gelap kerana jam sudah mencecah pada pukul 8.00 malam. Ini kalau Hani tahu , sudah tentu dia bakal perlu menadah telinga untuk mendengar bebelan dia.
Mimi masuk ke dalam kereta . Dia baru teringat yang telefonnya tadi tidak henti-henti naik notification. Mimi mengambil semula telefon di dalam handbag nya. Mimi melopong. Rupanya Namjoon ada telefon dia tadi. Tapi dia tak angkat sebab baru balik kerja.
3 missed call from My Love💜
5 kakao from My Love 💜
Mimi membuka mesej kakao yang dihantar oleh Namjoon.
From : My Love💜
Awak buat apa ?
Dah makan ke ?
*send photo*
Harini kaki saya terseliuh sikit sebab menari tadi 😪
Kalau awak seen ni.. Jangan risau tentang saya... Saya okay je. Dah pergi klinik dah pun 🤗
Mimi membaca satu per satu chat yang dihantar oleh Namjoon. Dia menekup mulutnya kerana kaki Namjoon terseliuh. Haih. Dah la tak baca kakao dia tadi. Rasa serba salah pula.
Mimi menghantar kakao kepada Jhope agar lelaki itu dapat menghantar location rumah mereka . Tidak lama kemudian , Jhope sudah pun menghantar location rumah mereka.
" Haih , sorry Namjoon. I busy sangat harini. " ujar Mimi sendirian lalu keretanya menuju ke rumah BTS. Sebelum sampai ke rumah mereka , Mimi sempat membeli makan kepada mereka semua.
Sampai sahaja di kondominium mewah milik BTS , Mimi memarkir kereta di parking pelawat. Di hadapan pintu rumah BTS , Mimi menekan loceng . Muka Suga yang terpacul di muka pintu.
" Eh... Mimi ? " tegur Suga dengan pelik. Macam mana dia tahu rumah ?
" Namjoon ada tak ? " soal Mimi kepada Suga.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...