Hani baru lepas mandi. Sejurus sahaja pulang dari kerja , dia membersihkan diri terlebih dahulu. Dia mengeringkan rambut yang basah. Gadis itu memakai skincare sebelum tidur .
Telefon milik Hani berbunyi. Rupanya nama ' Park Jimin 💖 ' muncul di skrin telefon. Hani tersenyum lalu mengangkat.
" Hello.. " Hani bersuara lembut.
" Awak buat apa ? " soal Jimin di talian.
" Ermm.. Tengah fikirkan awak.. " jawab Hani sambil ketawa kecil.
Jimin tertawa halus.
" Ye ke ? " soal Jimin seperti tidak percaya.
" Iyeee.. Awak... " ujar Hani.
" Awak dah makan ? " tanya Jimin lagi . Hani terdiam.
" Erm... Kalau saya cakap belum.. Awak marah tak ? " soal Hani.
" Eh.. Kenapa awak tak makan lagi ? Nanti perut masuk angin macam mana ? Saya risau la.. " kata Jimin dalam nada tegas.
" Okay saya makan sekarang " kata Hani tapi dia masih duduk di ruang tamu. Dia tak makan pun sebenarnya. Talian dimatikan.
" Eh ? " Hani pelik apabila talian tiba-tiba putus. Telefon berbunyi semula.
* Park Jimin 💖 video call *
Membulat mata Hani apabila Jimin membuat video call. Asal malam-malam dia nak tengok muka .
" Hm.. Angkat je lah " kata Hani lalu menunjuk muka separuh.
" Kenapa awak buat video call ? " soal Hani.
" Saya nak tengok muka awak dan saya nak tengok awak makan " ujar Jimin. Hani terkejut apabila Jimin berkata seperti itu.
" Awak nak tengok saya makan ? " soal Hani lagi. Lah Park Jimin ni. Tiber ke apa.
" Ya.. " jawab Jimin.
" Tapi saya tak beli apa-apa makanan pun.. " Hani buntu. Taktahu nak makan apa.
" Okay , saya pergi hantar.. "
Belum sempat menghabiskan kata , Hani menyampuk.
" Eh takpe. Saya masak ramen je. " kata Hani lalu bangun. Dia pergi ke arah dapur.
" Ish.. Park Jimin ni.. Menyesal bagitahu yang aku tak makan lagi " kata Hani lalu membuat ramen cup sahaja di dapur.
Tuang air panas dan perencah. Done !
Dia membawa cup ramen itu di ruang tamu.
" Saya dah masak ramen. Saya makan sekarang depan awak " kata Hani lalu makan ramen yang dia buat tadi.
Jimin hanya tersenyum.
" Good girl.. " kata Jimin. Hani makan ramen tersebut.
" Awak dah makan ke ? " soal Hani kepada Jimin pula.
" Saya tengok awak makan pun.. Saya dah kenyang.. " jawab Jimin sambil tertawa.
" Eh , kesitu pula. Takde.. Kalau awak tengok saya makan.. Awak pun kena makan " kata Hani lalu menghirup kuah ramen tersebut.
" Saya dah makan sayang.. " jawab Jimin. Jawapan Jimin membuatkan Hani tersedak.
" Uhukss.. " Hani berlari mengambil air di dapur.
" Awak okay tak ?! " suara Jimin mula berubah menjadi risau. Daripada baring-baring tadi , terus dia bangun.
Hani duduk semula sambil minum air.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...