Sudah tiga hari Hani berada di Dubai. Harini dia akan pulang bersama Mimi ke Korea. Baju-baju yang dibawanya dimasukkan ke dalam bagasi beg.
Setelah siap mengemas , Hani keluar dari bilik. Mimi juga turut keluar dan menunggu Hani di ruang tamu. Mimi memandang Hani.
" Dah ke ? " soal Mimi kepada Hani. Sepupunya mengangguk tanda ya . Mereka berdua keluar dari rumah tersebut. Mimi hanya menempah Grab car untuk pergi ke lapangan terbang. Malas nak suruh Layla hantar. Mesti dia banyak kerja.
Mereka berdua membolos diri ke dalam grab car tersebut. Pacuan empat roda itu menuju ke Dubai International Airport yang mengambil masa selama sejam dari rumah yang mereka sewa.
Mimi masih mendiamkan diri. Risau , gusar dan berdebar ingin berjumpa dengan tunangnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana reaksi Namjoon nanti bila dia sudah tiba ke Korea.
Sampai sahaja di lapangan terbang , bagasi dibawa keluar dari bonet kereta. Mimi dan Hani memberikan senyuman kepada pemandu grab tersebut . Bayaran pun telah dibuat oleh Mimi dengan menggunakan grab pay .
Sementara menunggu flight mereka , Hani dan Mimi duduk terlebih dahulu di kerusi yang disediakan . Hani agak pelik dengan sikap Mimi kerana sepupunya itu dari tadi hanya berdiam diri tanpa bicara . Entah apa yang ada dalam fikirannya .
" Mimi , kau okay tak ? " soal Hani sambil menjongket kening . Mimi membalas dengan anggukan menandakan dia okay .
" Aku tengok kau diam je .. Kau fikir apa sebenarnya ? " Hani menanyakan kepada sepupunya itu . Mimi memandang Hani .
Hani merasakan ada sesuatu tidak kena kerana sikap sepupunya bukan yang sekarang dia lihat . Mimi yang dia kenal adalah Mimi yang sentiasa banyak cakap dan happy . Mimi yang berada di hadapannya sekarang bukan Mimi yang sebenar .
" Kau jangan lah risau .. Aku okay " bibir Mimi mengukir senyuman kepada Hani .
Hani mengeluh berat . Jam tangan dikerling sekilas . Lagi 30 minit flight mereka . Lagipun Hani tidak memberitahu Jimin yang dia akan pulang pukul berapa . Jimin cuma tahu bahawa Hani akan pulang harini .
" Mimi .. jom lah . Pintu departure dah buka " Hani mengajak Mimi . Gadis itu mengangguk lalu mereka berdua bergerak ke arah pintu antarabangsa .
---
Hani dan Mimi telah sampai di Seoul, Korea setelah berada dalam kapal terbang selama 5 jam . Mereka menghabiskan masa dengan tidur semasa berada di dalam flight .
Hani dan Mimi pergi ke arah bagasi beg untuk mengambil beg mereka . Baru sahaja Hani ingin mengalih ke belakang dengan begnya , dia terlanggar seseorang .
" Auchh ! " Hani mengaduh kesakitan apabila begnya terkena pada badannya . Lelaki ini pun takde tempat lain ke nak berdiri .
Hani memandang figura tersebut . Dia membulatkan matanya apabila lelaki itu adalah lelaki yang dia langgar tempoh hari . Cepat-cepat Hani mengalih ke belakang . Dia menutup mukanya dengan tangan .
Lelaki itu menegur Hani . Dia bertanya bahawa Hani okay atau tidak .
" Cik ? Okay ke ? Maafkan saya.. " soal lelaki itu . Mimi yang sudah mengambil begnya sedang menunggu Hani .
Hani menunduk mukanya dan mengangguk . Dia memandang bawah dan berlalu pergi dari lelaki itu .
" Lamanya kau ambil beg " kata Mimi . Hani cepat-cepat menyuruh Mimi melangkah . Dia tak nak terserempak dengan lelaki haritu .
Lelaki itu cepat-cepat mengambil beg miliknya lalu mengejar Hani . Dia seperti mengenali siapa gadis yang melanggarnya tadi .
" Cik ! " lelaki itu memanggil Hani yang ingin berlalu pergi . Mimi terhenti melangkah dan memandang ke belakang . Hani memejamkan matanya . Kenapa dia panggil ? Mimi pula pergi pandang dia .
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...