Jimin dari tadi telefon Hani tapi gadis itu masih tidak mengangkat. Kereta diberhentikan di tepi jalan. Jimin meraup wajah dengan kasar. Seterusnya , dia menelefon Mimi semula untuk bertanyakan sama ada Hani sudah pulang atau belum.
" Hello ? " suara Mimi menyapa di gegendang telinga Jimin.
" Hani dah balik ke ? " soal Jimin melalui telefon.
" Belum.. " jawab Mimi dalam nada yang agak kecewa.
" Awak dah jumpa dia ke belum ? " Mimi menyoal Jimin semula.
" Belum.. Saya dah taktahu nak cari dekat mana .. " kata Jimin .
" Macam ni lah.. Saya akan tunggu dia dekat rumah sampai dia balik... Awak balik lah dulu .. Lagipun dah malam " kata Mimi. Jimin membalas ' ya ' . Sebenarnya dia masih lagi mencari Hani. Biarlah dah lewat malam. Dia perlu cari tunang dia untuk meminta maaf.
Talian dimatikan . Jimin sudah buntu tidak tahu ke mana. Dia melihat Namsan Tower dari jauh di mana first datenya bersama Hani.
" Namsan Park ? Pergi je lah situ.. Mana tahu Hani dekat situ " ujar Jimin sendirian. Kereta miliknya bergerak menuju ke Namsan Park yang tidak jauh dari situ.
Sampai sahaja di Namsan Park , Jimin memarkir keretanya di parking. Dia mencari gadis itu. Dia berjalan di hadapan lagi. Kedengaran suara seseorang sedang menjerit. Nasib baik tidak ramai waktu itu kerana sudah lewat malam.
" Saya benci awak PARK JIMIN !! " luahan hati gadis itu . Dia menjerit sambil memandang ke arah pemandangan. Jimin terus berlari ke arah suara itu apabila dia ternampak tunangnya.
Jimin cepat mencapai pergelangan tangan Hani apabila gadis itu ingin membuang cincin pertunangannya yang Jimin beli. Hani memandang ke arah belakang.
Mukanya seperti baru lepas menangis. Matanya sembap.
" Lepaslah ! " kata Hani dalam nada yang marah. Tangannya meronta-ronta untuk minta dilepaskan dari tangan Jimin.
" Bagi sini cincin tu " pinta Jimin .
" Awak ambil cincin ni dan lepaskan tangan saya ! " kata Hani lalu memberikan cincin itu kepada Jimin. Jimin mengambil cincin itu lalu melepaskan tangan Hani.
Hani menolak Jimin dan ingin pergi dari Jimin. Lelaki itu sempat menyambar tangan Hani. Tunangnya memandang ke arah belakang.
Jimin mendekati Hani lalu memeluk gadis itu. Rambut Hani dibelai lembut. Hani terkaku dan terdiam.
" Mianhae sayang... Saya tak patut tuduh macam tu.. Mianhae.. " ujar Jimin dalam nada yang kecewa. Pasti Hani betul-betul terasa. Dia cuba untuk mengelak dari Young Hoon tadi tapi Jimin menuduh pula.
" Saya minta maaf.. " kata Jimin yang sedang memeluk Hani. Dia melepaskan pelukan lalu menekup pipi gadis itu. Muka Hani masih marah , merajuk semua lah.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanficTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...