5 hari sudah berlalu , hari ini merupakan hari cuti bagi Mimi. Hani taktahu la dah balik ke belum. Mimi bangun setelah terdengar alarm yang mengejutkannya. Dia membuka telefon dan jam menunjukkan pada pukul 10 pagi.
Dia membuka aplikasi instagram . Tiada apa yang menarik. Mimi bangun dan bertanyakan ' ARIA ' . Aria merupakan google assistant . Setiap kali Mimi mengarahnya membuat sesuatu dia akan buat. Tapi kadang-kadang bukan boleh harap.
" Hey , ARIA ! What my programme for today ? " soal Mimi lalu ke dapur untuk minum air.
" Hye , Mimi ! You have Dior Exhibition for today . Thank you ! " jawab Aria.
Mimi membulatkan matanya . Baru teringat bahawa dia telah membeli tiket VIP untuk Dior Exhibition pada hari ini. Mimi mengerling ke arah jam dinding. Masih belum terlewat.
" Macam mana lah aku boleh lupa. Haih " kata Mimi sendirian sambil menampar dahinya. Nasib sempat. Kalau tak say bye-bye to limited edition perfume !
Mimi membersihkan diri terlebih dahulu. Sesudah mandi , dia memilih baju yang sesuai untuk pakai di majlis tersebut. Dia berdiri di hadapan wardrobe.
" Okay baju yang ni ! " kata Mimi lalu mengambil baju yang digantung itu dari wardrobe.
Dia makeup untuk kelihatan lebih berseri. Takde lah nampak pucat sangat. Touch up yang terakhir adalah dengan memakai lipmatte. Setelah puas dengan solekannya , Mimi bangun dan mengambil beg tangannya.
Aksesori juga diambil seperti gelang dan rantai untuk dipakai. Mimi keluar dari rumah dan menaiki kereta mercedes miliknya.
Kereta laju meluncur ke arah exhibition tersebut.
Sampai sahaja di majlis itu , Mimi menunduk hormat ke arah penjaga yang berada di hadapan untuk memeriksa tiket pelanggan. Dia hanya scan qr code yang ada pada tiket tersebut.
Mimi kagum dengan exhibition tersebut. Dia berjalan-jalan di sekitar situ. Mata Mimi tertancap pada satu botol minyak wangi yang disusun kemas oleh pihak tersebut.
Baru sahaja dia ingin mengambil botol tersebut , ada satu tangan juga mencapai botol tersebut . Cepat-cepat Mimi mengalihkan tangannya daripada botol tersebut.
" Awak nak ambil ke ? " tanya Mimi kepada lelaki tersebut.
" Its okay . You can have it ! " ujar lelaki itu lalu tersenyum. Senyumannya membuatkan Mimi terkaku seketika. Dia kenal dengan senyuman ini dan lelaki ini ada lesung pipit. Otak Mimi mula kosong. Dia blur sekejap.
Lelaki itu beredar tapi langkahnya terhenti kerana Mimi memanggilnya.
" Excuse me ! Awak ni penyanyi kan ? " tanya Mimi. Lelaki itu tersenyum lagi. Senyuman dia tu boleh buat orang cair betul. Dia menggelengkan kepala.
" Tak.. Saya hanya orang biasa " jawab lelaki itu.
" Ani.. Are you RM from BTS ? " tanya Mimi lagi. Kenapa tiba-tiba otak dia tak berfungsi ? Dia menggelengkan kepala lagi.
" Saya Kim Namjoon " jawab lelaki yang agak tinggi itu lalu beredar tapi langkahnya terhenti. Dia menoleh ke belakang dan melihat Mimi yang masih terpinga-pinga di belakang.
" Erm , by the way.. Kalau awak nak tahu pasal saya dengan lebih lanjut . Awak boleh contact nombor yang saya bagi ni " kata Namjoon dan menghulurkan kad kerjanya sambil tersenyum.
Mimi mengambil . Bibir terukir senyuman.
" She so cute ! " desis hati Namjoon dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
The Moments of Love { BTS } ✅
FanfictionTiga gadis yang merupakan sepupu iaitu Ahn Mimi , Kim Hani dan Seo Aera. Mereka bertemu cinta mereka yang sebenar . Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Ini adalah sambungan In The Soop S2 . Kisah bagaimana mereka bertemu dan mengenali pasan...