•~•~2016~•~•
KINI, umurnya genap 25 tahun. Segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Izaty telah menjawat jawatan sebagai guru pra-sekolah dekat dengan daerah kampungnya. Dia menempuhi segala dugaan yang diberikan oleh Allah dengan hati yang tabah dan penuh cekal.
Sekarang, kehidupannya lebih senang daripada dulu. Dia kelihatan begitu senang menjadi guru pra-sekolah kerana dia suka memang bermain dengan kanak-kanak.
Izaty melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu. Rumah taman itu kelihatan sunyi pada waktu pagi buta.
"Zaty, buat apa tu?" tegur satu suara dengan lembut.
"Tak ada apalah Kak Ila. Saja duduk kat luar ni. Nyaman sikit."
Ila atau nama sebenarnya Nabila tersenyum.
Wanita bertudung labuh dan berjubah hijau tua itu tersenyum memandang ke arah Izaty."Kak marilah duduk kat sini." Izaty menjemput.
Nabila mengikut saja kata Izaty."Petang ni, Zaty dah nak balik ke?" tanya Nabila sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Izaty.
"Ya. Petang ni baliklah." balas Izaty dengan senyuman.
"Kenapa awal sangat dah nak balik?" Nabila mencebikkan bibirnya.
"Saja, kesian dekat mak dengan adik-adik kat rumah tu, dah banyak hari tinggal mereka." Izaty ketawa kecil.
"Abang Zaim dah pergi kerja ke kak?"
"Sudah, baru tadi."
Hari menjadi semakin cerah. Suasana menjadi senyap sejenak.
"Kak, seronok saya tengok kak dengan abang."
Izaty tersenyum sambil memandang muka Nabila."Kenapa pula?"
"Yalah, bahagia saya tengok kak dengan abang, tak pernah gaduh pun. Seronokkan jadi orang yang dah kahwin? Ustaz pula tu, suami kakak. Untungnya."
Nabila ketawa malu, lalu dia menepuk belakang Izaty.
"Tak adalah, mana ada sampai tak gaduh langsung, pernahlah juga sekali sekala. Dalam perhubungan mestilah ada pahit manisnya. Alhamdulillah, Allah izinkan kami hidup bahagia."
Nabila sambung ketawanya."Apa rahsia kak hidup bahagia?" Izaty sudah berwajah teruja ingin tahu apa jawapan Kak Ila itu.
"Hah? Rahsia? Tak ada rahsia-rahsianya." Nabila ketawa kecil.
"Alah, ceritalah." Izaty merayu.
"Memang tak ada rahsia, mungkin kak selalu berdoa supaya kak dengan abang Zaim hidup bahagia, yang penting ialah restu daripada Allah dan ibu bapa, kalau Allah katakan jodoh kita sampai situ, situlah ia akan berhenti dan restu serta doa ibu bapa juga penting, tanpa restu mereka belum tentu kita boleh hidup bahagia." Sebaik sahaja dia habis berkata-kata, dia tersenyum.
Izaty yang kelihatan khusyuk sebentar tadi, terus mengangguk faham.
"Oh, iya. Betul juga apa yang kak cakapkan itu."
"Izaty tak ada teman lelaki ke?" Pancing Nabila.
Izaty tersenyum hambar. Dia tertunduk memandang lantai. Wajahnya kelihatan sedih sekali.
"Hmm, orang macam Zaty nak ada teman lelaki? Hmm, memang taklah. Siapa yang nak perempuan macam Zaty ni? Gemuk, hodoh." Izaty memerli dirinya sendiri.
"Ish, tak baik cakap macam itu. Lagi pun, Izaty sekarang bukan macam Izaty zaman kolej yang kak kenal dulu, dah berubahkan?" Kata Nabila sambil memandang ke arah Izaty dengan senyuman.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...