Sesampai Izaty ke kampung, dia terus meluru masuk ke biliknya. Tudung berwarna hitam yang dipakainya terus dibuka. Fuhh! lega rasanya bila angin masuk mengena liang roma kulitnya.
Kipas disebelah dibuka nombor tiga. Lagilah peluhnya cepat kering. Jam di telefonnya di tenung beberapa saat. Sudah pukul satu petang.
"Patutlah panas semacam." Kata Izaty seorang diri sambil meletakkan telefonnya di sebelah.
"Ahh... sampai pun dekat kampung. Bestnya dapat baring kat atas tilam ni. Hmm..." Bantal panjang di sebelahnya terus digapai dan dipeluk erat.
"Zaty... solat Zohor dulu. Nanti kalau di biarkan lama-lama tertidur pulak kau bukan boleh pejam mata sikit je tidur sampai lusa lebih baik pergi mandi sekarang." Suara maknya di bilik sebelah mengganggu emosinya yang tengah enak baring.
"Kan, Aiman tengah mandi tu. Nantilah lepas dia habis mandi."
"Dia dah habis mandi lama dah..."
"Ya ke? Tak dengar dia masuk bilik dia pun? Hah, mesti Syazwan tengah mandi pulak tu."
"Dia pun sudah. Dah, jangan banyak cakap lagi. Pergi mandi! Solat!" Maknya mula meninggikan suara. Sudah lama dia membuang perangai panas barannya itu kini datang kembali disebabkan Izaty.
"Yalah. Kejap..." Izaty menurut perintah maknya walaupun masih melekat di atas katil lagi. Tak pasal-pasal penampar yang singgah melekat dekat muka dia nanti.
Tok! Tok! - Bunyi pintu diketuk.
"Hah, masuklah pintu tak berkunci pun." Kata Izaty dengan nada malasnya itu. Sesekali dia akan menguap kerana terlalu letih.
Terpancul muka Aiman di muka pintu. Izaty perhatikan sahaja adiknya itu tiba-tiba sahaja jadi malu-malu kucing mesti ada sesuatu. Izaty dah boleh agak apa yang adik dia ni nak sebenarnya sengaja dia mendiamkan diri tunggu adik dia yang bersuara.
"Err, kakak." Tegur Aiman di tepi pintu. Tidak lama kemudian datang pula Syazwan.
"Erm, apa?" Tanya Izaty dengan nada malas.
"Kami nak keluar kejap." Kata Aiman perlahan.
"Tengah rembang macam ni keluar apanya? Duduk rumahlah baca buku..." Kata Izaty dengan nada meleret.
"Bukan sekarang, nanti pukul dua petang nanti." Kata Aiman lagi.
"Hm, keluar je kerjanya nasib korang ni budak pandai. Tak adalah kakak kau ni nak bising sangat."
"Hmm, keluarlah." Sambung Izaty lagi yang masih terbaring di atas katilnya.
"Erm, kami nak mintak duit sikit." Kata Aiman sambil tersenggih-senggih di daun pintu.
"Hm, tahu dah. Kalau korang nak keluar takdenya nak cakap dengan akak. Kalau takde fulus je baru jadi ulat bulu. Haish." Izaty bangun dari katil dan mencapai beg duitnya.
Aiman dan Syazwan menghampiri kakaknya. Izaty menghulurkan seorang RM20. Aiman dan Syazwan sudah tersenyum apabila sudah dapat duit dari kakaknya.
"Ha, duit tu jimat-jimat sikit. Korang jangan beli benda bukan-bukan. Kalau kakak tahu korang isap rokok, isap dadah tunggulah nasib korang macam mana." Izaty mula mengugut adik-adiknya.
"Eh, takkan sampai ke situlah. Kami tak buat benda-benda tu." Kata Aiman cuba untuk membela adiknya dengan dirinya.
"Yalah kakak ni." Kata Syazwan cuba untuk menyokong abangnya.
"Yalah, dah kakak nak mandi."
"Thank you." Kata Aiman dan Syazwan serentak lantas mereka berdua keluar dari bilik itu.
~~~~~•~~~~~
"Argh!!! Apasal boleh jadi macam ni pulak!!! Panas!!! Panas!!!" Teriak Izaty sambil mengipas dirinya. Tak senang duduk di buatnya, tiba-tiba elektrik boleh tak ada malam ini. Suasana pula gelap gelita. Hanya berbekalkan sebatang lilin.
Izaty hanya mampu termenung ke arah lilin tersebut. Rasa bosan mula melantak. Telefonnya pula memang bateri kosong. Dia ni memang ada masalah suka terlupa nak cas handphone. Powerbank pun kadang-kadang tak cas. Haish, pelupa betul Izaty ni.
"Sabarlah. Nanti adalah tu. Sekajap je ni." Kata maknya di bawah cahaya lilin.
"Aduhh..." Izaty mengipas-ngipas tubuhnya.
Aiman dan Syazwan hanya diam tak berkata apa. Masing-masing sibuk dengan telefon pintar masing-masing. Izaty perhatikan sahaja adik-adiknya itu bermain handphone.
Macam manalah adik-adiknya itu boleh jadi pandai sebab Izaty hanya lihat dia orang tu asyik keluar then main handphone je kerjanya tapi kalau periksa selalu top dalam kelas. Dia pulak mana ada handphone masa dulu-dulu kalau baca buku pun otak dia muntahkan balik ilmu itu memang payah nak masuk. Mungkin lemak dia dulu tu menutup lubang sel-sel otaknya untuk berfungsi?
Plakk!!!
Tiba-tiba rumah itu mula cerah dan kipas mula berpusing. TV yang terpadam tadi juga tiba-tiba mula menyala.
"Haaa... Kan mak kata, kejap je ni." Kata Mak Ijah sambil tersenyum.
"Hmm... Alhamdullilah dah ada." Kata Izaty lalu masuk ke kamarnya. Kipas angin dibuka kuat. Serta-merta peluhnya mula kering. Sebelum dia terlupa lagi lebih baik dia cas handphone dia siap-siap nanti kang terlupa lagi. Dia sendiri pun tak percaya akan dirinya sendiri.
"Ahh..." Izaty melemparkan tubuhnya ke atas katil. Matanya terpandang sebuah novel yang berada di sebelahnya.
Novel berbahasa Inggeris. Sesungguhnya, dia masih belum pernah baca novel selain daripada bahasa Melayu.
Novel yang bertajuk "Me Before You" itu diambil olehnya lalu di selak satu per satu muka surat itu. Dia hanya melihat setiap muka surat itu tanpa ada rasa ingin membaca.
Rafiq ini memang pandai menjaga barang walaupun dia kata dah baca enam kali tetapi masih lagi elok bersih. Dia tersenyum sendiri. Sambil dia menyelak helaian kertas itu, muka Rafiq sedang tersenyum akan keluar pada setiap helaian kertas itu.
Dia tersentak.
"Ah! Apasal aku boleh teringat muka dia pulak ni? Aduh... Jangan angau sudah... Tolonglah, aku tak nak! Haaa..." Katanya seorang diri sambil mengerotkan mukanya.
Tiba-tiba novel itu boleh terlepas dari tangannya, lalu novel itu jatuh ke lantai. Segera Izaty mendapatkannya.
Izaty mengecilkan kelopak matanya. Dia tertarik dengan satu tulisan dengan pen berdakwat merah di muka surat terakhir buku itu.
Ia tertulis...Push yourself,
Don't settle,
Just live well,
Just LIVE .
Jojo Moyes - Me Before YouIzaty tersenyum sendiri. Setelah dia membaca ayat dari petikan daripada novel itu sendiri. Petikan ayat yang paling popular daripad novel itu.
"Hmm, jiwang jugak mamat ni." Dia masih lagi tersenyum. Novel itu diletakkan di tepi. Suis lampu disebelah ditekan lalu lampu terpadam. Mata dipejam. Perlahan-lahan dia terlena dibuai mimpi indah.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...