Sebulan sudah berlalu...
Seperti biasa, Izaty akan pergi dan pulang dari kerja seperti biasa. Dapat gaji, habis gaji. Sedikit demi sedikit dia cuba lupakan Rafiq. Yalah, sudah tiada apa-apa lagi. Pertemuan mereka juga hanyalah satu kemalangan.
Lagipun novelnya sudah dipulangkan oleh Rafiq. Jadi, apa lagi? Nak tergedik-gedik lagi dengan Rafiq? Eh, memang taklah itu bukan gaya Izaty. Kalau dulu yaa, masa dia angau dekat Raja Azreen tapi masa itu dia belum matang.
Tiba-tiba dia teringat kembali kenangan dia semasa suka kepada Raja Azreen. Habis kena kecam sampai habis sekolah. Izaty tersenyum sendiri sambil memandu keretanya apabila kenangan pahit itu terimbas di mindanya.
Dia dan Rafiq juga sudah tidak berbalas mesej lagi. Mungkin Rafiq sibuk? Sibuk dengan kerjanya. Iyalah CEO syarikat katakan.
Wajah Rafiq bermain di fikirannya. Rindu memang rindu tapi, tak perlulah dia layan rasa rindu itu. Jangan terlalu berangan macam mat jenin sangat. Iyalah, dia tu siapa, Rafiq tu siapa. Jauh bezanya. Bagai langit dan bumi jaraknya.Mungkin, Rafiq terasa hati dengannya sebab itulah dia sudah lama tidak menelefon atau mesej Izaty. Izaty pun satu, ego. Tak nak mengalah dengan Rafiq.
Izaty memakirkan kereta kacilnya di hadapan rumah, selepas itu dia masuk ke dalam rumah dengan langkah lemah-longlai seperti orang tak ada semangat nak hidup.
"Assalamualaikum."
Salamnya tidak berbalas. Sunyi. Tiada sesiapa pun dalam rumah itu. Izaty meletakkan beg tangannya di atas meja. Dia melepaskan penatnya di atas sofa berwarna hitam itu.
"Ahh, leganya.." Izaty menghela nafas panjang.
Selepas lima minit dia bangun semula."Baik aku mandi, lepas tu solat pastu baca novel kejap. Lagi bagus. Tak payah ingat apa-apa dah." Kata Izaty seorang diri sekadar untuk sedapkan hati. Bayangan Rafiq sedang berbaring di atas sofa tempoh hari bermain dalam fikirannya. Cepat-cepat Izaty cuba untuk melupakan kenangan itu dari mindanya. Tak mahu ingat lagi!
~~~~~•~~~~~
Kipas angin dibuka kuat oleh Izaty. Novel di sebelahnya di ambil lalu dibaca olehnya dalam beberapa muka surat. Rasa mengantuk mula menganggu bacaannya.
Perlahan-lahan matanya terpejam tapi tangannya masih lagi memegang novel.
.
Kring..* Kring..* (ada panggilan masuk)
Terkejut Izaty dibuatnya. Baru nak terlelap tiba-tiba ada orang kacau.
"Haih, siapalah yang telefon aku petang-petang ni. Letih tau tak?" Mahu tak mahu dia gapai sahaja telefon itu.
Nama Rafiq tertera.
"Hm? Rafiq?" Izaty jadi hairan.
"Kenapa dia call aku? Ada apa? Lama tak dengar berita tiba-tiba call?" Izaty tertanya-tanya.
Di angkat sahaja.
"Hello?" Izaty bersuara dahulu di talian.
"Err? Hai? Hello?" Jelas suara Rafiq kedengaran.
Sungguh rindu Izaty dengan suara itu. Lama tidak dengar suara itu. Entah kenapa dia boleh rasa begitu. Baru tadi dia teringat akan Rafiq tiba-tiba dia dah telefon.
Izaty terdiam.
"He..helo? Ni Izaty eh?"
Suara Rafiq mengejutkan Izaty dari lamunan.
"Eh? Ya. Izaty. Rafiq?" Kata Izaty setelah tersentak dari lamunan singkat.
"Haah, Rafiq."
"Kenapa Rafiq? Lama tak dengar berita? Ada apa? Tiba-tiba call? Awak tertinggal novel awak lagi ke?" Banyak pertanyaan yang terkeluar dari mulut Izaty. Mungkin kerana terlalu rindu?
"Err, tak.. Tak.. Bukan sebab tertinggal novel ke apa. Ada je ni haa.." Balas Rafiq dengan nada selamba.
"Jadi kenapa telefon?"
"Se..sengaja nak sembang dengan awak." Balas Rafiq takut-takut. Takut kalau Izaty masih marahkan dirinya lagi.
"Hm? Awak ni peliklah. Saya tahu awak mesti takut dengan saya kan sebab haritu? Takpe, Rafiq saya dah maafkan awak pun. Saya pun minta maaf sebab tempoh hari." Izaty ketawa dihujung talian sekadar maniskan keadaan.
"Eh, ya ke?" Rafiq mula bernada teruja.
"Saya nak tidurlah. Awak ada apa ni? Cepatlah sikit mengantuk sangat dah ni."
"Sayaa..." Rafiq ragu-ragu di hujung talian.
"Hm?" Izaty menunggu jawapan Rafiq.
Rafiq diam dalam talian.
"Rafiq? Rafiq? Hello? Awak ada lagi ke? Hello? Rafiq?" Izaty menggerut dahi kerana tiba-tiba Rafiq terdiam di hujung talian terlalu lama.
"Saya..."
"Saya apa!" Jerkah Izaty sekuat hati. Sakit pulak hati rasanya duk saya! saya!
"Saya nak melamar awak!"
"Apa lamar?!" Jerit Izaty sekuat hati.
Membutang mata Izaty dibuatnya apabila mendengar lafaz yang keluar dari mulut Rafiq sebentar tadi. Terkejut sangat dibuatnya. Dia terus terduduk di atas tilam dengan biji matanya terbeliak terkejut.
"Ye, sungguh awak. Saya tak main-main." Kata Rafiq dengan nada serius.
"Weh, weh, awak ni. Ish! Biar betul! Jangan buat lawak macam hari tu! Ish, tak lawak lah." Kata Izaty mula rasa gelisah.
"Tak... Saya tak main-main."
Izaty terdiam. Takut dibuatnya.
"Awak, saya tahu kita baru aje kenal tapi entah kenapa saya suka dengan awak." Kata Rafiq dengan rasa malu yang cuba dikawal olehnya. Rasa gugup hanya dia sahaja yang tahu.
"Apa? Entah kenapa awak cakap? Sorry tak lawak langsung! Tolong jangan prank saya lagilah Rafiq." Terus bola mata Izaty memandang ke atas siling kut-kut ada kamera tertutup. Bukan boleh, Rafiq ni dah macam Joker suka prank orang habis-habisan. Tak pasal-pasal dia masuk TV nanti.
"Tak. Please terima saya dalam hidup awak."
"Rafiq, tolonglah jangan main-main. Tak lawaklah." Kata Izaty sambil menggaru-garu kepalanya.
"Ish, awak ni, saya tak main-main langsung! Saya serius! Masa bila saya buat lawak." Rafiq cuba lagi untuk meyakinkan Izaty.
"Rafiq, jangan macam ni... Saya takutlah dengan awak sekarang ni. Saya bukannya ada apa-apa pun. Kita pun baru kenal. Takkanlah?"
"Ya, saya pun hairan tapi, argh! Saya pun tak tahulah nak cakap macam mana. Hahaha..." Rafiq ketawa di hujung talian.
'Aik? Gelak pulak budak ni? Sah! Sah dia dah gila!' Kata Izaty dalam hati.
"Izaty please Izaty, saya akan hantar rombongan nanti. Awak tunggu je ya. Secepat mungkin saya melamar awak nanti!"
"Dahlah! Tak nak saya! Awak Gila! Bye!" Izaty terus menamatkan talian. Telefonnya dicampak ke atas tilam.
Terus dia jadi tidak keruan. Menggigil-gigil tubuh Izaty dibuatnya kerana terlalu terkejut. Izaty duduk di bucu katil sambil memeluk tubuhnya. Tubuhnya jadi sejuk tiba-tiba rasa macam nak demam.
"Ish! Tak mungkin.. Tak mungkin!" Kata Izaty dalam keadaan takut.
Telefonnya berdering lagi. Langsung tidak diangkat. Berdering lebih sepuluh kali. Izaty terus matikan telefon pintarnya. Nombor telefon Rafiq diblock sebelum dia matikan telefon tadi dan kad simnya dipatahkan menjadi dua lantas, Izaty mencampakkan kad sim itu ke luar tingkap.
Izaty kembali duduk di birai katil.
"Ya Allah, selama ni aku kawan dengan orang gila rupanya! Ergh! Kenapa boleh jadi macam ni. Haih." Izaty masih lagi dalam keadaan takut.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...