Orang ramai mula memenuhi rumah banglo putih yang serba mewah itu. Rafiq kelihatan segak bergaya mengenakan baju melayu berwarna putih siap bersampin lagi. Songkok hitam setia berada di atas kepala, wajahnya mesra melayan tetamu.
Senyuman manisnya juga setia terlekat di bibir. Ramai juga perempuan-perempuan, anak dara sunti yang baru lepas habis SPM asyik memerhatikannya daripada jauh. Siap ada lagi yang tulis nombor telefon di atas tisu lalu suruh budak-budak kecil hantar padanya. Rafiq hanya ketawa terbahak-bahak apabila kertas itu sampai kepadanya. Habis merah padam muka putihnya itu.
"Aduh, aku umur dah 26 pun ada budak-budak suka aku lagi ke? Aku dah nak kahwinlah korang ni pun haish." Ucap Rafiq perlahan sambil matanya tertancap pada kertas itu tanpa henti.
Rafiq hanya mampu melambaikan tangan ke arah gadis-gadis itu sebagai tanda terima kasih.
Gadis-gadis itu apa lagi, histerialah jadinya apabila lelaki kacak menegur mereka. Dasar budak-budak baru nak up! Mengeletis je tahu! Puih!
"Rafiq, cepatlah sayang mama. Dah nak akad nikah dah ni buat apa duduk dekat luar tu lagi aduh." Panggil mamanya dari jauh.
"Okey ma! Sekejap!" Balas Rafiq dari jauh.
Rafiq berlari-lari anak dibuatnya masuk ke dalam rumah tetapi pada masa yang sama, dia harus mengawal machonya juga. Tak bolehlah nampak huru-hara sangat. Jatuhlah saham dia nanti.
"Ahhhhhh!!! So cute! So cute! Abang Rafiq, we love you." Jerit budak-budak perempuan yang umur mereka dalam lingkungan 16-20 tahun.
Ah! Lingkup budak-budak zaman sekarang. Habis hilang malu anak muda zaman sekarang.
Semua orang yang patut ada di dalam ruangan itu sudah duduk bersila di bawah kecuali Rafiq yang baru tiba. Semua mata tertumpu pada Rafiq yang baru tiba dengan senyuman.
"Maaf, maaf.." Pinta Rafiq, lantas Rafiq duduk bersila di sebelah Tok Khadi.
Rafiq tersenyum lalu menganggukkan kepalanya ke arah Tok Khadi itu. Tok Khadi itu hanya berwajah serius.
"Bismillah... Semua dah sedia? Boleh saya mulakan? Saya tak mahu ada sebarang gangguan lagi. Saya nak pergi nikahkan anak orang pulak ni." Tanya Tok Khadi itu sambil matanya memandang ke arah orang ramai di dalam ruangan itu.
"Ya, ya silakan Tok Khadi." Ucap Rafiq dengan senyuman.
"Baiklah. Bismillah..."
"Tunggu! Jangan mulakan lagi majlis ini!" Jerit satu suara dengan termengah-mengah di tepi pintu.
"Ya Allah Ya Tuhanku, apa lagilah ni! Haish!" Marah Tok Khadi sambil memegang sarbannya.
Semua orang memandang ke arah perempuan yang baru sahaja tiba yang memakai berbaju kurung putih berkain satin dan dikenakan dengan tudung selendang berwarna putih itu.
Suasana sepi sejenak! Nafas perempuan itu semput turun naik. Wajahnya kelihatan agak gelisah disebalik mekap nipis itu.
"Eh? Izaty!" Kata Rafiq terkejut. Terbeliak matanya memandang ke arah Izaty, segera dia pergi dapatkan Izaty. Wajahnya kelihatan serius.
"Izaty apa you buat kat sini?" Rafiq menarik lenggan baju kurung Izaty lalu mereka pergi ke satu sudut.
Izaty menepis kasar.
"Ish! Saya datang ni sebab awaklah! Sebab saya tak nak kehilangan awak. Saya takkan biarkan awak jadi milik orang lain. Saya sayangkan awak. I'm so sorry okay?"
Rafiq memandang lama ke arah wajah Izaty, lantas tersenyum comel. Tiba-tiba sahaja dia menghemburkan ketawa kuat.
Orang-orang yang ada di dalam ruangan itu hanya memerhatikan mereka berdua sambil berbisik-bisik ke arah mereka berdua.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...