14

7.9K 343 2
                                    

KFC yang berada di hadapannya hanya dipandang, habis seleranya hilang dek kerana hal tadi. 

Adik-adiknya sudah habis dua ketul ayam. Maknya pula hanya makan seketul. Biasalah orang tua, nafsu makannya semakin kurang. 

"Kak, tak makan ke." Tanya Syazwan. 

"Hah, makanlah. Kak dah makan dah tadi dalam kereta." Tipu Izaty yang tersentak dari lamunan yang jauh.

"Ye ke?" Aiman mengerutkan keningnya. 

"Haah.... Betul... Aish... Kalau tak dah lama akak join makan sekali. Hahahaha..." 

"Eleh, kak tu hantu ayam." Syazwan berkata sambil tersenyum. 

"Dulu okay, dulu." Balas Izaty. 

"Kak nak pergi solat zohor dululah. Lupa pulak. Makan sampai habis tau." 

"Gila nak habis! Banyak sangat ni!" 

"Alah, boleh aje bagi habis. Aiman kan athlete sekolah, kenalah banyak energy." 

"Athlete tak gemuk kak, yang nak badan gemuk-gemuk orang main sumo je. Hahaha..." 

"Amboi, perli akak eh! Ergh... Dahla nak solat layan korang memang tak ke sudah." 

Izaty terus melangkah pergi, hanya kedengaran suara Aiman dan Syazwan ketawa. 

****

Izaty duduk di atas pangkin seorang diri lagi. Sayu sahaja rasanya sekarang ni. Cuaca cerah petang ini tetapi tidak panas. 

Izaty terus termenung dan termenung memandang ke arah jalan. 

"Nahh..." 

Izaty memandang ke arah suara itu. Aiman dengan sepingan ayam KFC. 

Izaty hanya memandang ayam itu dengan wajah kosong.

"Nah, makanlah." 

Izaty memandang wajah adiknya itu. Sungguh kacak adik dia ni, tinggi lampai, kulitnya agak cerah berkening lebat. Walaupun masih sekolah menegah tetapi wajahnya sangat matang. Jelas kelihatan ketulan halkum yang timbul di lehernya. Boleh jadi model macam kakak dia ni. Syazwan juga tidak kurangnya. Comel juga orangnya.

"Emm, taknaklah." Izaty tersenyum hambar. 

"Alah, kenapa ni?"

Izaty terdiam. 

"Tahu, mesti kakak tengah ada masalah ni. Betul? Kalau tak, takkan monyok je dari tadi." Tanya Rahman sambil mencuit bahu kakaknya.

"Hmm..." Izaty mengerutkan mukanya.

"Alah, kalau tak nak cerita pun tak kisah cuma janganlah fikirkan sangat sebab kadang-kadang apa yang kita fikirkan itu belum tentu akan jadi kenyataan di masa hadapan." 

"Amboi, pandai adik akak ni eh sekarang bercakap." Izaty mencubit pipi adiknya. 

"Haha, tak adalah pandai sangat." Kata Aiman sambil mengurut pipinya.

"Nanti makan tau, jangan tak makan. Aiman nak keluar kejap dengan Wan. Bye." Sambungnya lagi. 

"Ish, asyik keluar aje. Duduklah rumah study ke apa." 

"Alah... Kejap je. Nak keluar dengan adik. Please... Please..." Rahman merenggek seperti budak kecil dengan suara garaunya itu. 

"Haah, pergilah. Ergh geli dengar suara dah garau dok merengek macam tu lagi. Balik sebelum mahgrib tau." 

"Hehe okay!" Kata Aiman sambil berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. 

Izaty tersenyum sambil menggelengkan kepala. 

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now