BAM!!!
Pintu kereta dihempas kuat oleh Izaty. Sepantas mungkin dia melangkah masuk ke dalam bangunan berwarna putih itu dengan wajah pucat lesi dan nafas tercunggap-cunggap.
Telefon yang berada di dalam beg dia segera diambil lalu dia membuat satu panggilan.
"H... Hello Afiq! Kat mana bilik dia?!" Kata Izaty dengan telefon itu sambil nafasnya semput-semput.
"O... okay. Sekejap lagi sampai."
---
Sebaik sahaja Izaty berdiri tepat di hadapan satu bilik langkahnya terhenti.
"Haaaah..." Izaty mengembuskan nafasnya.
Jantungnya lagi bertambah berdegup kencang setelah melihat pintu di hadapannya ini.
Air mata yang ingin gugur cuba ditahan sedaya upaya. Izaty masih lagi berdiri tepat di hadapan pintu bilik hospital swasta tersebut.
*Krrkk... Pintu dibuka dari dalam.
Seorang doktor melayu dalam umur 29 tahun berkulit putih tinggi lebih kurang 176cm berdiri tepat di hadapan Izaty.
"Dokter, macam mana dengan keadaan dia?" Tanya Izaty dengan nada seperti merayu.
Doktor itu tertunduk ke bawah. Wajahnya langsung tiada segaris senyuman.
"Maaf, saya dah tak boleh buat apa dah cik. Cuma tunggu masa untuk..."
"Untuk apa?" Tanya Izaty dengan wajah cuak.
Doktor itu tidak menjawab.
"Dokter! Saya tanya ni! Untuk apa?" Jerit Izaty sekuat hati. Air mata jernih mula gugur membasahi pipi.
"Hanya tunggu masa untuk mati. I'm sorry. So sorry." Kata doktor itu lalu berlalu pergi.
"Ya Allah... Kenapa jadi macam ni!"
Sesungguhnya dia langsung tidak terdaya nak melangkah masuk ke dalam tapi, dia harus juga!
Ya! Dia tiada pilihan lain. Dia harus melihat dengan mata kepalanya sendiri. Apa yang terjadi, mungkin ini adalah peluang terakhir untuk Izaty melihat dia.
Dengan kalimah Allah, Izaty melangkah masuk. Pada mulanya matanya ditutup rapat sambil memegang tombol pintu, perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik tersebut.
"Ya Allah Rafiq!!!" Izaty tergamam. Tangan kanannya menutup mulut. Kaki mula lemah, langsung tidak dapat rasakan kakinya.
"Rafiq..."
Segera Izaty pergi ke arah Rafiq yang terbaring di atas katil dengan badannya dipenuhi wajar-wayar bersirat di tubuh.
Pagi tadi, Afiq menelefon Izaty untuk memberitahu bahawa Rafiq kemalangan.
Segera Izaty datang ke hospital swasta ini.
"Rafiq... Ya Allah..." Segera Izaty pergi mendapatkan Rafiq yang terbaring kaku.
"Rafiq, please sayang jangan tinggalkan saya?" Kata Izaty pada tubuh kaku itu.
Wajah polos yang kaku dihapannya ditenung dengan pandangan yang kabur. Air mata mula bergenang di tubir mata.
"Rafiq... Awak janganlah tinggalkan saya macam ni... Saya sayangkan awak. Rafiq bangunlah... Seminggu lagi kita nak bersanding, awak tak boleh tinggalkan saya macam ni. Saya tak kuat tanpa awak Rafiq."
Tiada jawapan. Rafiq hanya kaku di atas katil. Wajahnya langsung tiada reaksi.
Izaty terdiam seketika, lantas dia tertunduk ke bawah. Air matanya mula reda perlahan-lahan, setelah dia dapatkan kembali semangatnya, dia memandang ke arah tubuh kaku itu kembali.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...