Izaty berjalan dengan pantas kerana terlalu seronok dapat beli novel baru. Seronoknya sehingga tidak terkata. Di tangannya sudah ada satu beg plastik besar yang berisi lima buah novel!
Izaty ini memang hantu novel. Kalau ada masa lapang sebuah novel boleh dihabiskannya dalam masa sehari! Kalau novel tebal dia mengambil masa dalam dua atau tiga hari.
Dia sudah tersenyum macam orang gila sambil memandang isi beg plastik itu. Jalan di hadapan langsung tidak dipandangnya.
"Wah, tak sabar nak baca ni..." Kata Izaty seorang diri dengan nada teruja.
Prett!!!
Izaty dengan tidak sengaja, dia terpijak kaki seseorang di hadapannya.
"Ouch!!!" Lelaki itu mengaduh kuat. Kasut kulitnya tercabut masuk ke dalam longkang. Telefon pintarnya pula terpelanting jatuh ke lantai simen.
Izaty memandang ke lantai. Dia buat muka terkejut, kedua tapak tanganya diletakan ke pipi Habis bertaburan novel-novel yang baru dibelinya, dengan segera dia mengutip kembali.
"A... alamak! Telefon aku!"
Suara seorang lelaki mengejutkan Izaty. Bebola matanya terus membutang dan tangannya terhenti daripada mengutip novel.
'Alamak, aku ada langgar orang ke?!' Izaty bermonolog di dalam hati. Aduh Izaty ni! Macam mana dia boleh tak perasan yang dia tu dah terlanggar orang? Tak perasan ke? Ke asyik berkhayal dengan novel tu sampai tak sedar?
"Arghh!! My phone!"
"Habis retak skrin telefon aku!" Sambung lelaki itu dengan nada gelisah. Telefon Iphone keluaran terkini miliknya itu diambil kembali dari lantai. Remuk hatinya apabila terlihat skrin telefon kesayangannya itu retak. Dia baru sahaja beli dua bulan lepas, dah berkecai. Aduh!
"E...encik maafkan saya." Segera Izaty meminta maaf walaupun suaranya bergetar-getar. Jantungnya berdegup laju. Mata Izaty redup sahaja memandang lelaki itu.
Lelaki itu memusing ke belakang untuk memandang perempuan yang baru sahaja menjatuhkan telefon pintar miliknya itu giginya sudah diketap serapat yang mungkin.
Kini, anak mata mereka saling bertembung antara satu sama lain...
....
...
....
Mereka berdua tergamam seketika setelah bertentangan mata.
Izaty terpukau sebentar melihat lelaki di hadapannya itu. Nafasnya juga seakan-akan terhenti. Bulu romanya juga sudah berdiri terpacak. Matanya tidak berkelip setelah memandang lelaki yang berkulit putih bersih itu matanya pula berona coklat muda, berkening tebal dan berambut agak berwarna perang semula jadi. Bibir dia pula auch! Seksi. Bentuk mukanya pula bujur sireh dan hidungnya juga Ya Allah mancung gila!
'Wow... kacaknya dia ni lagi handsome dari Raja Azreen!" Kata Izaty dalam hati sambil menelan liur. Jantungnya mula berdebar-debar.
Lelaki itu turut memandang ke arah Izaty dengan mata tidak terpejam seolah-olah sudah terpukau dengan kecantikkan Izaty.
"Uish, lawa jugak awek depan aku ni." Kata lelaki itu dengan kakinya juga sudah berhenti berdenyut.
Selepas beberapa saat, lelaki itu menggelengkan kepala cuba untuk tersedar dari lamunan yang panjang dan berhenti berkhayal.
"Ish! Wei, apa masalah awak ni? Nak terpenyet kaki saya ni awak pijak tahu." Rasa sakitnya tiba-tiba datang kembali.
"Maaf, maaf." Kata Izaty setelah tersentak dari lamunan. Dia hanya mampu tertunduk.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...