Izaty duduk di atas kerusi kecil sambil menghadap cermin. Dia tersenyum seorang diri sambil memasang radio. Serta-merta lagu romantis yang enak didengar berkumandang kuat.
Lalu, dia mengambil primer disapukan ke mukanya diikuti dengan sedikit moisturizer supaya make-upnya cantik dan tidak bercampuk nanti. Foundation yang berharga RM200 diambil, lalu disapukan ke seluruh wajahnya dengan rata. Bedak RM300 yang dibeli di Saphora dilapikkan pula ke atas wajahnya nipis, pembayang mata berwarna hitam dan perak disapukan seluruh kelopak matanya nipis dan tidak tebal. Eye-liner dan Maskara disapukan ke matanya serta-merta matanya menjadi mata perempuan arab.
Sangat cantik! Bulu keningnya juga dilukis nipis lalu disapukan biar rata. Bila malam baginya tidak perlu make-up tebal cukup medium coverage sahaja sudah mencukupi. Kanta lekap berwarna coklat muda ditambahnya sebagai pelengkap wajahnya, blusher berwarna merah jambu cair disapu nipis, jika terlalu tebal takut kelihatan seperti badut pula. Izaty bangkit lalu membetulkan gaunnya.
"Oh, terlupa pula!"
Izaty tunduk sedikit lalu dia mengambil gincu berwarna merah dan di calit sekali, lantas dia meratakan warna dengan menggosok bibirnya. Minyak wangi di sembur satu badan. Serta-merta dia berbau wangi.
Dia melihat wajahnya di cermin. Dia kelihatan begitu cantik sekali walaupun tubuhnya tidak terlalu kurus, tidak terlalu gemuk hanya sedang-sedang. Izaty sekarang bukan yang dahulu lagi. Seorang yang hodoh dan tak pandai bergaya. Sekarang. Mejanya saja penuh alat solek.
"Hmm, just nice! Masa untuk pergi." Izaty menutup radio lalu dia berjalan dengan penuh berkarisma. Kasut bertumit tinggi warna gold lima inci disarungnya.
Perlahan-lahan dia menuju ke bangsal lalu dia menghidupkan kereta kancil berwarna merahnya itu.
"Kesian kau kereta, dah lama aku tak bawa kau jalan-jalan. Hmm, macam manalah aku nak bawa kau pergi jalan-jalan. Kau asyik semput je?" Izaty bercakap dengan kereta yang tak bernyawa itu.
"Hmm, tapi kesian aku lagi. Dah cun melecun macam ini, naik kereta kancil aje. Kalau bagi Ferrari F12 Berlinetta bestlah jugak! Kancil sorry eh, jangan marah aku tau." Izaty menghidupkan enjin kereta. Dia menunggu beberapa minit untuk enjin panas.
"Rasa, rasa. Mereka masih kenal aku lagi ke tak?" Izaty mengerutkan keningnya.
"Ah, jangan nak kerut-kerut keninglah. Retak pulak mekap aku ni."
Sambil-sambil dia menunggu enjin panas, dia memperbetulkan tudungnya. Sebaik sahaja kereta bersedia untuk bergerak, Izaty menutup cermin tingkap keretanya, lantas dia membuka penyaman udara.
"Fuhh, sejuk sikit, malam-malam macam ni pun panas. Okay let's go."
****
Sesampainya di sekolah lama, tiba-tiba dia terasa sayu. Macam-macam kenangan yang telah tercipta di sekolah ini walaupun kebanyakannya pahit, tetapi itulah lumrah kehidupan.
Dia tersedar dari lamunan, lalu dia menggeleng-gelengkan kepala.
"Haish, merepek pulak malam-malam macam ni."
Izaty terus melangkah keluar dari perut kereta.Dia membetulkan sedikit gaunnya yang sudah berkedut. Dia terus melangkah pergi ke dewan sekolah. Malam ini terasa sedikit panas.
'Mungkin nak hujan?' getus hatinya.
Izaty menghentikan langkahnya sebaik sahaja dia terlihat kelibat seseorang memakai baju jubah labuh warna kuning cair dengan perutnya sudah buyut, siap dengan niqab lagi. Izaty tersenyum kecil, lantas dia melangkah mendekati perempuan itu dalam kegelapan malam.
Walaupun perempuan itu memakai niqab dia masih kenal itu siapa.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...