"Ehh? Kenapa banyak sangat kereta depan rumah aku ni? Ada sepupu-sepupu tak guna aku tu balik ke? Ni kalau aku masuk ni, tak sempat nak bukak kasut siaplah tadah telinga kena perli macam syaiton nirajim!" Kata Izaty.
Izaty memang tak suka dengan sepupu dan mak cik mak cik saudaranya yang datang jauh dari bandar yang kaya suka memerli keluarga mereka yang miskin ini. Dari dulu Izaty tak pernah sedikit pun suka akan mereka tu. Izaty dengan beraninya akan menghalau mereka dari rumahnya.
Sebaik sahaja dia membuka kasut terus dia memberi salam.
"Assalamualaikum!! Mak!! Orang dah balikk!!" Jerit Izaty sekuat hati sambil kakinya terkangkang-kangkang berjalan macam gangster sengaja nak tarik perhatian sepupu dan mak cik tak gunanya itu. Lengan baju kurung sudah disentengkan ke paras siku tak sabar dia nak bergusti lawan tarik tudung dengan mak ciknnya nanti.
"Haaa... Tu pun dia dah balik!"
"Ooooooooooo....." Kata suara ramai-ramai sambil memandang ke arah Izaty.
Izaty tercenggang di hadapan pintu sambil bijik matanya memusing ke kiri dan ke kanan.
Terkejut! Sangat sangat terkejut!!
Ramai orang duduk bersila di hadapan ruang tamu rumahnya itu. Ada dalam dua belas orang duduk rapat-rapat. Dahlah rumah dia kecil duduk ramai-ramai macam tu dah macam ikan sardin dalam tin aje.
Salah sangkaanya. Ingatkan sepupu sepapat selepatnya yang sombong cakap tinggi melangit tu singgah rumahnya, rupanya bukan. Tiba-tiba mata Izaty terpandang seorang lelaki tua ini dengan sedalam-dalamnya.
'Eh, macam kenal pak cik tu. Pernah jumpa kat rumah Kak Nabilah. Tu bukan papa Rafiq ke? Eh bukan kot, takkanlah? Aku salah orang nih..' Kata Izaty dalam hati.
Jadi Izaty tersenyum sahaja walaupun agak kekok. Semua mata di dalam rumah itu memandang ke arah Izaty dengan senyuman. Ada juga duk berbisik-bisik. Tiba-tiba rasa malu apabila dia bodohkan diri sendiri tadi. Salah tetamu rupanya.
"Err.. Mak? Siapa ni?" Tanya Izaty sambil tersenyum janggal.
"Kan saya dah cakap. Saya nak masuk meminang awak." Kata satu suara dari belakang telinga Izaty.
Izaty seperti kenal sahaja suara itu. Keningnya berkerut. Serta-merta Izaty menoleh ke arah belakang.
"Ya Allah, Rafiq?!" Izaty terjerit kecil. Terkejut! Bertambah terkejut! Dia menutup mulutnya dengan tangan. Kakinya terketar secara tiba-tiba rasa macam nak rebah jatuh pengsan!
"Takkanlah awak buat betul-betul kot!" Tambah Izaty lagi.
"Kan saya dah cakap, saya serius nak meminang awak?" Kata Rafiq sambil tersenyum manis.
Izaty mendengus kasar, tangan Rafiq ditarik laju olehnya. Lalu mereka berdua keluar dari rumah itu. Mereka pergi jauh sedikit dari orang-orang di dalam rumah itu. Mereka berdua berhenti tepat di bawah pokok kekabu.
"Rafiq! This is not funny! Prank kejadah apani weyh sampai teruk sangat macam nih? Aduhh!" Marah Izaty seraya menggaru-garu tudungnya.
Izaty jadi tidak keruan. Dia mula rasa marah. Keningnya berkerut, sekerut-kerutnya.
"Izaty! Saya tak main-main! Muka saya nampak main-main ke hah?!" Wajah Rafiq benar-benar serius. Bahu Izaty dipegang kemas. Anak mata Izaty direnung tepat.
"Tapi, kita kenal pun tidak! Macam mana nak kahwin? Hidup bahagia selepas kahwin apa tah lagi?"
"Kitakan boleh bercinta selepas kahwin? Jadi, tak ada masalah kan?" Rafiq cuba untuk meyakinkan Izaty.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...