17

7.1K 291 18
                                    

Izaty sudah tunggu di tempat yang dijanjikan oleh mereka berdua. Rasa malu pulak dia berpakaian agak formal. Berbaju kurung moden. Di situ semua orang hanya memakai t-shirt dan seluar jeans.

"Haii!! Lama tunggu?" Entah dari mana Raja Azreen melompat tepat di hadapannya.

"Yishh! Astarfirullahalazim... Terperanjat aku. Ergh!" Izaty mengurut-urut dadanya.

"Hee... Nah!" Raja Azreen terus menyerahkan sejambak bunga ros merah yang disembunyikan di belakangnya.

"Wahh... Bungalah. Thanks." Izaty mengambil bunga lalu hidu baunya.

'Wahh... Sweet jugak mamat ni kan? Haih, nak ngorat aku ke? Hahaha...' Kata Izaty dalam hati. Hatinya mula tersentuh dan khayal melayan perasaan sukanya.

Izaty memerhati pakaian lelaki itu dari atas sampai bawah. Juga agak formal.

Berbaju kemeja fit berwarna ungu gelap dan berseluar skinny jeans berwarna hitam serta dikenakan dengan kasut kulit berwarna coklat. Jam tangan jenama polo sebagai pelengkap aksesori. Urat-urat hijau yang timbul ditangannya sangat menggoda. Ahhh! Pasti tak tahan siapa yang melihatnya.

"Lama ke tunggu?" Tanya Raja Azreen.

"Hmm, bolehlah." Balas Izaty dengan nada mendatar sebaik sahaja tersedar dari lamunan panjang.

"I'm sorry." Kata Raja Azreen sambil membuat muka comel.

"Awak nak bawak saya ke mana ni?" Sambung Izaty lagi sambil cuba untuk menahan riak wajah supaya tidak ketawa. Hatinya agak tersentuh dengan wajah comel Raja Azreen sebentar tadi.

"Nak bawak awak tempat spesial." Kata Raja Azreen.

"Spesial?" Izaty mengerut keningnya.

"Yalah, spesial. Tapi kena tutup mata dulu." Raja Azreen tersenyum.

"Tutup mata? Sekarang?" Tanya Izaty sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Ish, bukan sekarang. Hahaha... Apalah awak ni. Nantilah dekat kereta saya."

"Hah?!" Izaty sudah gelabah. Takut lelaki di hadapannya itu akan buat apa-apa kepadanya.

"Janganlah fikir bukan-bukan. Awak ni suka fikir bukan-bukan." Kata Raja Azreen sambil tersenyum. Senyuman itu sangat manis.
Izaty masih lagi curiga.

"Okaylah, saya janji takkan apa-apakan awak. Sumpah." Raja Azreen mengangkat tangan sebagai tanda bersumpah.

"Kereta awak mana?" Tanya Izaty.

"Depan tu je." Raja Azreen menunjukkan kereta BMW miliknya.

'Wow, bapak ahh BMW!' Kata Izaty sambil matanya sudah membutang.

"Err. Hello?" Kata Raja Azreen sambil memetik jarinya di hadapan muka Izaty.

"Err.. Apa tadi?" Izaty tersedar dari lamunan lagi. Dia masih terkejut.

Raja Azreen hanya mengeluh lantas tersenyum dengan senyuman yang sangat menggoda.

"Err, tempat tu jauh ke?" Tanya Izaty lagi.

"Tak... Tak jauh. Tapi saya tak boleh cakap." Raja Azreen tersenyum lagi tanpa henti. Dia kelihatan sangat suka dan beriak wajah tidak sabar.

"Hmm, okaylah kalau macam tu." Kata Izaty perlahan sambil memandang muka Raja Azreen.

"Okay, jomlah." Kata Raja Azreen sambil sudah melangkah. Kunci sudah dipegang olehnya.

Izaty hanya mengekor di belakang perlahan. Dia berasa agak takut. Takut Raja Azreen buat benda bukan-bukan terhadapnya nanti.

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now