Aiman dan Syazwan hanya berdiam diri duduk di belakang sambil bermain telefon pintar masing-masing.
Mak Ijah yang duduk di hadapan sudah tertidur menahan mabuk kenderaan. Izaty yang sedang memfokuskan pandangannya di jalan raya sambil memandung cuba-cuba curi pandang adik-adiknya di belakang yang senyap dari tadi. Radio pun dia tak buka sebab memang rosak.
"Ehem! Syazwan, Whatsapp siapa tu? Awek eh?" Izaty cuba memeriahkan keadaan.
"Tak." Balas Syazwan ringkas tapi matanya masih lagi tepat memandang ke arah telefon miliknya.
"Aiman? Macam mana okay ke duduk kat belakang tu?"
"Panas!" Jawabnya dengan marah.
"Sorrylah. Air-cond tak boleh bukak kuat-kuat. Bukak tingkap lah ya? Hehe." Kata Izaty sambil tersenyum-senyum.
"Itulah, nak naik jugak kancil ni. Entah sampai ke tidak? Tadi suruh sewa kereta lain tak nak." Kata Syazwan dengan wajah masam.
"Alah, sampai punyalah bukan jauh sangat pun. Tunggulah nanti kakak ada duit, kakak beli kereta baru okay. Sekarang kakak baru nak kerja." Duit Izaty habis kerana mengias rumahnya. Apa yabg bocor atau rosak semua diganti mengunakan duit kerja sambilannya selama ini. Dahulu rumahnya yang usang dan kosong kini, sudah bertukar berseri-seri. Ditambahnya perabot seperti sofa, almari, Tv nipis 50 inci, katil, langsir dan sebagainya. Dia cuba memberikan keselesaan yang sebaik mungkin untuk keluarganya walaupun tidak seberapa. Mungkin selepas ini dia boleh fikirkan untuk membeli kereta pula?
"Kak cari jelah sugar daddy. Hahaha!" Kata Syazwan sambil ketawa berdekah-dekah.
Dalam dua saat Aiman turut ketawa berdekah-dekah juga mendengar celoteh adiknya itu. Mereka berdua menepuk tangan sesama mereka.
"Hoi.. Mulut tu jaga sikit eh. Tinggal tepi jalan baru tau." Ugut Izaty.
"Hah! Hah! Apa? Sampai dah ke?" Mak Ijah terkejut dari tidur dengan wajah bodoh. Air liur yang meleleh ke pipi dilapnya lalu dia lihat keadaan keselilingnya.
"Tak... tak sampai lagi. Tidurlah dulu. Tidur, tidur..." Kata Izaty sambil tersenyum tengok mak dia tu yang tiba-tiba tersampuk itu.
"Err..Urmm..Kwik, kwik..." Mak Ijah melelapkan kembali matanya.
Adik-adiknya di belakang tersenggeh-senggeh sambil menutup mulut menahan ketawa yang masih tersisa.
Izaty hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Malas nak layan adik-adiknya yang suka membahan dirinya itu.
'Adik-adik jambu sado aku ni haish.' Izaty kata dalam hati.
Dah besar pun mereka. Dulu kecil lagi. Sekarang sudah sekolah menengah. Dulu masa kecil-kecil sumpah comot macam anak orang tak bela tapi bila dah besar ni. Pergh! Mengancam! Kedua-dua mereka memilik pipi yang runcing macam model! Hidung juga boleu tahan mancung.
Aiman walaupun wajahnya boleh tahan comel tapi lebih kepada handsome dan dia seorang yang lebih matang dari adiknya. Aiman juga suka control macho. Masa dia jadi pengapit untuk Raja Azreen bukan main control macho depan awek-awek dekat kenduri haritu. Menyampah pulak Izaty tengok masa tu.
Syazwan ini pula lebih kepada kebudak-budakkan yalah mungkin dia anak bongsu tapi badannya juga ketul-ketul macam abangnya. Syazwan ini agak pemalu orangnya. Lebih suka buat hal sendiri tetapi followers Instagramnya lebih banyak dari Aiman. Syazwan 36.7k manakala Aiman 34.5k sahaja. Nampaknya si adik lebih ramai peminat di media sosial dari abangnya.
Masing-masing duduk di kelas budak pandai. Result exam pulak selalu tip top. Dalam kelas tak pernah jatuh juga, selalu dapat nombor 1,2,3 sahaja dalam kelas.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...