"Rafiq! Apa awak buat ni! Awak dah tak sayang saya ke?!" Kata Izaty separuh menjerit dengan hati yang penuh rasa kecewa.
"Tu.. Tunggu! Tunggu! Jangan salah faham!!!"
Mereka berdua menghampiri ke arah Izaty.
"Ya, ya! Jangan fikir bukan-bukan dulu. Relaks sis! Kita bincang!" Kata perempuan itu pula.
Mereka berdua cuba menenangkan Izaty yang mula dibasahi dengan air mata itu.
"Ah! Tak payah nak explain dan tak payah nak berpura-pura depan aku lagi!"
"Tak!! Tak!! Dengar dulu cakap saya..."
"Ahh! Aku benci kau!"
PANGGG!!! Pipi lelaki itu dilempang kuat oleh Izaty.
"Tu balasan kau sakitkan hati aku Rafiq! Balasan! Aku setia dengan kau tapi kenapa kau buat dekat belakang aku macam ni! Patutlah kau nak sangat bertunang dengan aku! Rupanya kau just nak 'game' kan aku je! Kau ingat aku apa! Patung?! Ish! Kau memang tak gunalah Rafiq! Menyesal aku percayakan kau selama ni! Aku ingatkan kau lain! Rupanya sama je, syaitan!" Luah Izaty sekuat hatinya.
"Sis, sabar dulu janganlah riuh-riuh macam ni, malu orang tengok." Perempuan itu cuba memegang tangan Izaty supaya bertenang dulu.
"Please, don't touch me!" Izaty menepis tangan perempuan itu. Air mata mula membasahi pipi.
Izaty memandang ke arah perempuan seksi yang memakai skirt pendek dan blause merah di hadapannya ini dengan penuh rasa geram.
"Rafiq, awak pilihlah dia dan lupakan saya buat selamanya! Dia lebih layak dan lebih sempurna daripada saya untuk memiliki awak."
Cincin yang dipakai di jari manis direntap kuat oleh Izaty lalu dicampakkan ke lantai. Setelah itu, dia terus pergi meninggalkan tempat yang akan menjadi sejarah hitam dalam hidupnya itu.
"Izaty! Wait!!!"
Izaty menutup ke dua belah telinganya dan terus berlari semahu-mahunya dengan air mata jatuh berjurai-jurai ke pipi.
"Arghhhh!!!!" Sambungnya lagi.
"Sayang, kita nak buat macam mana ni?" Tanya perempuan itu cemas.
"I don't know lah sayang..."
Mereka berdua buntu jadi tidak keruan. Masing-masing tengah gelisah. Habis! Habis rosak segalanya!
~~~~~•~~~~~
"Tak guna! Rafiq kau memang tak guna! Aku benci tengok muka kau sampai bila-bila!" Kata Izaty sambil menghempuk-hempuk stereng kereta.
"Sampai hati awak kan? Mainkan perasaan saya? Kalau saya tahu jadi macam ni saya takkan cuba sayang awak, saya takkan terima awak dalam hidup saya. Sekarang saya sangat kecewa, sangat! Terima kasih Rafiq sebab awak buat saya fobia dengan cinta balik! Terima kasih banyak sangat!"
Tangisan Izaty menjadi semakin kuat. Pemandangan di hadapannya kelihatan kabur sahaja kerana ditutupi dengan air mata. Dalam beberapa saat, dia menyeka air matanya.
Tiba-tiba sahaja siaran radio di dalam perut kereta itu memainkan lagu bernama sedih. Lagu Oney ft. Safura - Jangan Menangis Sayang berkumandang kuat di corong radio.
.
Sampainya hati mu
Buatku tertunggu-tunggu
Kemana kau sayang
Tidur malam tak menentu
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenanganAku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati kuJangan menangis sayang
Ku seperti duluRindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanyaKalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menantiBerjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati
.
Kena pulak lagu ni dengan jiwanya sekarang ini. Semasa lagu itu dimainkan segala kenangan manis yang pernah dia dan Rafiq lalui bermain di fikirannya. Semuanya, segalanya! Bermain di fikirannya.Senyuman manis Rafiq ketika bersamanya juga semuanya terimbas kembali. Semua kebahagiaan itu palsu bagi Izaty. Playboy tak guna!
"Rafiq... Sampai hati awak buat saya macam ni. Sampai hati awak tipu saya.." Katanya teresak-esak. Dia sudah mula menyemai perasaan sayang tetapi dikhianati dengan mudahnya.
Jarinya yang berdarah kerana kesan luka semasa dia merentap cincin tadi ditenung seketika, dibiarkan sahaja tanpa dilap kerana hatinya lebih sakit sekarang ini daripada luka kecil yang tiada apa itu.
~~~~~•~~~~~
"Assalamualaikum mak.. Zaty dah balik." Kata Izaty dengan nada malas, langkahnya lemah longlai. Matanya jangan cakaplah, bengkak macam kena tumbuk. Bebola mata dan hidungnya merah. Beg tangan berwarna coklat muda dicampakkan ke atas sofa.
"Waalaikumsalam.... Cepatnya balik. Best sangat ke jumpa tunang?" Kata Aiman sambil duduk di sofa panjang. Tangannya memegang telefon.
"Hmm, best. Gila tak best?" Kata Izaty acuh tak acuh. Malas dia nak beritahu perkara sebenar kat budak-budak buang masa sahaja. Bukannya faham masalah orang pun. Dia sudah rancang untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuan orang lain. Sekarang barulah dia faham kenapa Tasha merahsiakan masalah keluarganya daripada orang lain.
"Mak mana?" Tanya Izaty sambil menyedut-nyedut hidungnya yang masih berair itu.
"Mak dah tidur." Balas Syazwan yang hanya memandang skrin telefon. Dia langsung tidak perasan yang kakaknya kelihatan seperti orang selepas menangis.
"Hmm, awalnya.. Baru pukul 10 malam." Kata Izaty sambil mula membuka belitan tudungnya.
"Mak sakit kepala, tu tidur awal selepas makan ubat." Balas perlahan matanya kusyuk memandang skrin telefon.
"Aiman mana?" Tanya Izaty lagi.
"Study." Balas Syazwan acuh tak acuh.
"Ewah, ewah... Kau duduk relax depan tv pengang handphone, tak sedar-sedar nak study ke? Tahulah abang kau tu SPM, kau tak." Izaty sudah mencekak pinggang. Telinga Syazwan ditarik kuat olehnya.
"Ah,ah.. Aduh.. Sakit kak, sakit.. Okey-okey lepaskan dulu."
"Dah, pergi study!" Sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya, dia melepaskan telinga Syazwan.
Pantas Syazwan meninggalkan ruang tamu.
Kini Izaty tinggal sorang di ruang tamu. Dia duduk di atas sofa. Televisyen yang terpasang tadi dia terus tutup kerana rasa rimas pula bunyi bising-bising.
Dia menghela nafas panjang.
"Hmmm..."
Tiba-tiba bibirnya bergetar. Air mata mula ingin mencurah ke pipi tetapi dia cuba untuk kuatkan diri. Dia rasakan tak perlulah kot menangis untuk lelaki tak guna yang telah merosakkan hidupnya.
"Rafiq..." Itu sahaja yang mampu keluar daripada mulutnya. Tersekat-sekat suaranya menyebut nama Rafiq. Dia jadi sangat kecewa di saat ini.
Dia ingatkan Rafiq akan terkejut bila dia datang, tapi lain pula jadinya. Dia pula yang terkejut masalahnya.
Ya, terkejut memang terkejut!
Terkejut dia diserang oleh Izaty ketika bersama perempuan lain! Itulah bayangan di minda Izaty.
Semuanya bagaikan telah musnah! Hancur berderai.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...