38

4.5K 204 2
                                    

Keesokan harinya...

Rafiq mula berjogging di kawasan homestay itu sambil memandang suasana yang sangat indah. Kabus pagi jelas kelihatan di hadapan matanya. Cuaca sahaja dah macam duduk dekat Cameron Highland.

Sambil-sambil itu dia sempat lagi mengambil beberapa keping gambar selfienya. Muka baru bangun pagi pun handsome, apatah lagi kalau dah bersiap elok-elok lagilah handsome Rafiq ni. Sambil-sambil dia berjongging dia melihat gambar selfienya tadi.

Pin! Pin! - Bunyi hon kereta.

"Oii cot!" Rafiq terlatah terkejut sebab baru sahaja kena hon dari belakang. Segera dia mengalih pandangannya ke belakang siapa yang hon kepadanya tadi.

"Hahaha, terkejut ke?" Kata Izaty dari dalam keretanya sambil ketawa kuat. Cermin tingkapnya memang sudah dibuka sentiasa kerana air-cond rosak. Dia mengeluarkan kepalanya ke luar tingkap.

"Uih, cikgu. Baru nak pergi kerja ke?" Tanya Rafiq sambil melihat jam di tangannya. Sudah jam 7.30 pagi.

"Yalah, hari ni terlambat pulak. Awak buat apa ni jalan sorang-sorang dekat sini?" Tanya Izaty sambil mengerutkan dahinya.

"Saja je jogging. Saya bosanlah." Jawab Rafiq sambil menyandarkan tubuhnya di tepi pintu kereta kancil Izaty.

"Lah, rumah homestay tu takde TV ke?"

"Tv? ada tapi malaslah. Awak cepatlah balik, saya bosan nanti."

"Eh, banyaklah awak balik awal saya pergi kerja, bukan pergi beli barang. Saya pergi dulu, nanti tengah hari saya balik."

"Yalah, okay bye." Kata Rafiq.

"Ya, bye Rafiq."

~~~~~•~~~~~

Jam tepat 12.30 tengah hari.

Izaty singgah sebentar di tepi jalan, ada orang menjual pisang goreng dan sedikit kuih. Boleh dibawa pulang dan diberikan kepada Rafiq sedikit.

Selesai sahaja Izaty membeli pisang goreng, dia terus masuk kembali ke dalam keretanya. Seketul pisang goreng masuk ke dalam mulutnya. Sedap. Selebihnya di simpan ke dalam beg tangannya yang besar itu. 

Tengah sibuk matanya memandang ke arah jalan. Tiba-tiba telefonnya berdering.

'Hmm, Rafiq lah ni. Siapa lagi. Dia ni pun, aku dah nak dekat dengan rumah dah ni, baru nak telefon apa lagi.' Kata Izaty dalam hati.

Dia mula memperlahankan pemanduannya. Telefon bimbit digapai olehnya lalu segera melihat nama yang tertera.

"Eh, Tasha lah."

Tekaannya salah. Ingatkan Rafiq yang telefon, rupanya Tasha. Segera di angkat.

"Ya Tasha, ada apa?.... Hah!!!"

Izaty terjerit kuat! Terkejut dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut kawannya itu.

"Kau dah nak beranak!!!... Okey! Okey! Kau tunggu aku okey! Sabar sekejap! Tahan sikit. Aku tahu kau kuat, sabar ye sabar! Nanti aku sampai!!!"

Izaty bawa keretanya selaju mungkin. Dalam beberapa saat dia sudah nampak Rafiq lepak di luar sedang bersantai-santai. Segera dia keluar dari perut kereta dengan wajah cuak.

Senyuman Rafiq terus mati sebaik sahaja lihat wajah Izaty yang berubah seperti ada benda yang tidak kena.

Mereka mendekati antara satu sama lain.

"Izaty kenapa ni?!" Tanya Rafiq dengan nada cemas seakan-akan takut ada benda yang tidak baik berlaku kepada Izaty.

"Awak... Tolong saya awak. Kawan saya dah nak bersalin. Dia sorang-sorang je kat rumah tu. Please!"

"Ya Allah. Ya ke? Dah cepat kita pergi sekarnang! Tunggu saya ambik kunci kereta saya."

Rafiq masuk kembali ke dalam rumah, sepantas mungkin dia mengampai kunci keretanya yang diletakkan di atas peti sejuk. Segara mungkin juga dia menuju ke arah Izaty.

"Dah cepat naik kereta saya je. Cepat sikit sampai!"

Tanpa buang masa, Izaty terus masuk. Wajahnya cuak tidak terkata. Tidak berhenti berdoa agar semuanya selamat dan mereka sampai dengan cepat.

Dalam beberapa saat, kereta itu terus berlalu pergi. Kaki Izaty tidak henti bergetar kerana terlalu, takut nanti ada apa-apa yang buruk berlaku kepada Tasha.

"Ya Allah Tasha, tunggu aku." Kata Izaty sambil berdoa dalam hati.

"Rumah dia dekat mana awak?" Tanya Rafiq yang cuba mengawal penafasannya agar tenang.

"Jalan terus je, lepas tu belok kiri. Nanti lepas belok kiri saya bagitahu lain." Kata Izaty perlahan. Dia tidak mampu bersuara lagi. Mukanya digosok-gosok supaya perasaannya dapat ditenangkan.

"Okay!"

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now