Kedua-dua kereta itu memakir tepat di halaman rumah Izaty. Izaty mula keluar dari perut keretanya. Begitu juga dengan Rafiq. Dia melihat keseliling kawasan rumah itu. Banyak pokok kelapa dan sawah padi.
Segera Izaty masuk ke dalam rumah. Tiada langsung kata-kata pelawaan yang keluar dari mulutnya. Yalah, rumahnya rumah kampung. Malulah nak ajak anak orang kaya tu masuk.
Mak Ijah mengerut dahinya dari dalam rumah sambil melihat ada seseorang lelaki sedang berdiri di halaman rumahnya. Mak Ijah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Siapa tu?" Tanya Mak Ijah kepada Izaty.
Dum! Dum! Dum! - Bunyi tapak kaki Izaty melangkah dalam rumah papan itu sambil memegang sebuah buku.
Mak Ijah perhatikan sahaja langkah anak sulungnya itu. Pertanyaan dia tadi langsung tidak dijawab oleh Izaty.
Segera Izaty menyarungkan selipar ke kakinya lantas, dia berlari-lari anak menuju ke arah Rafiq yang leka melihat pemandangan kampung. Wajah Rafiq kelihtan teruja dari tadi. Cantik juga kampung Izaty ni.
Nafasnya semput.
"Fuh..."
"Nah!" Izaty menyerahkan buku itu kepada Rafiq.
Rafiq perhatikan buku itu dengan wajah kosong.
"Dah habis baca ke belum?" Tanya Rafiq sambil memandang kembali ke arah Izaty.
"Dah." Balas Izaty ringkas. Penatnya semakin berkurangan.
"So, sekarang... Awak dah nak balik kan?" Tanya Izaty ke arah Rafiq dengan senyuman teruja.
Rafiq tersenyum, lantas berkata.
"Hehe... Tak!"
"Apa!" Izaty terkejut beruk.
"Macam best je kampung awak ni. Hehe... Nak lepak sini kejap boleh?"
"No!" Balas Izaty dengan pantas.
"Alah, bolehlah. Saya dah ambil cuti tiga empat hari dah ni. Kalau seminggu pun okay je saya tak kisah. Haha."
"Papa awak tak marah ke? Yalah. Tahulah awak tu anak bos kan? Tapi takkan nak biarkan je..."
"Saya suruh adik saya tolong jaga kejap. Alah bukan lama mana pun. Nanti saya dah puas saya baliklah. Please? Saya jadi pelancong dekat kampung awak ni."
"Alah, kampung saya bukan langkawi pun awak nak datang melancong bagai. Sawah padi dengan pokok kelapa je pun. Dekat kedah pun ada kan."
"Lain tempat lain rasa." Kata Rafiq lagi. Masih tidak mahu menyerah sebab dia tahu mesti Izaty akan kalah lawan cakap dengan dia nanti.
"Alah, macam mana ni?" Kata Izaty perlahan sambil menggaru-garu kepalanya. Buntu. Bukan dia tidak sudi tapi, rumah dia tu kecil dan tidak selesa. Kalau rumahnya lawa macam banglo okaylah juga.
"Izaty siapa tu... Tak kenalkan dekat mak pun." Mak Ijah datang dengan senyuman. Kedua-dua belah tangannya di letakkan di belakang.
"Assalamualaikum, mak cik." Segera Rafiq menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Waalaikumsalam." Salamannya di sambut mesra oleh Mak Ijah.
Rafiq kembali berdiri terpacak sambil tersipu-sipu malu.
"Err... Kawan." Balas Izaty ragu-ragu. Dia pun tak tahu apa status dia ni dengan Rafiq. Yalah, Rafiq tak pernah cakap pun yang Izaty itu kawan dia. Tiba-tiba je jadi rapat semacam.
"Kalau kawan ajaklah masuk. Dari tadi duduk kat luar panas."
"Takpe, mak cik. Sini pun okey." Balas Rafiq dengan lembut.
Izaty biarkan sahaja, Rafiq berborak dengan maknya sementara dia memikirkan cara lain. Mesti ada cara lain. Izaty kasihan juga dengan Rafiq ni yalah datang jauh-jauh takkan terus nak balik? Izaty bukanlah kejam sangat sampai nak buat macam itu. Dia pun ada hati perut.
"Hah! Okey macam ni!" Izaty dapat idea sambil mengangkat satu jarinya ke atas. Seolah-olah ada satu mentol lampu tengah menyala tepi kepalanya.
Rafiq dan Mak Ijah memandang ke arah Izaty. Tiba-tiba sahaja mencelah tak bagi salam.
"Idea apa?" Tanya Mak Ijah sambil mengerutkan dahinya.
"Rafiq ni nak duduk kat kampung ni kejap mak. Izaty ingat nak sewa homestay aje dekat Syam. Tunggu jap eh. Nak telefon." Izaty sudah mengeluarkan telefonnya.
"Homestay apanya. Rumah kita ada. Tinggal rumah kita lah." Balas Mak Ijah selamba.
"Mak..." Izaty menghampiri maknya lalu berbisik.
"Mak, rumah kita ni kecik, buruk pulak tu. Takut dia tak selesalah nanti. Dia ni anak orang kaya tau. Mak nak suruh dia tidur dekat mana? Depan ruang tamu?" Bisik Izaty.
"Ouh, kalau macam tu ke? Tak apalah." Balas maknya.
"Eh, kalau mak cik nak saya tinggal rumah mak cik pun tak apa. Saya boleh aje kalau mak cik sudi." Balas Rafiq dengan senyuman manis. Dia dengar sahaja apa yang Izaty bisikkan tadi.
"Tak apa, Saya telefon sekejap kawan saya. Dia ada homestay. Boleh bincang dengan dia tu. Murah pun murah. Saya ni perempuan. Mana boleh duduk serumah dengan awak. Saya nak freehair nanti susah."
"Hmm, ikut awaklah." Balas Rafiq. Sejujurnya dia tak kisah pun nak tinggal kat mana. Dia suka sangat dengan suasana kampung ni. Sejuk dan tenang. Angin pun banyak.
"Kejap eh, hello... Syam..."
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...