Di tangan Izaty sudah penuh dengan sekotak ayam KFC. Bau sedap itu tidak henti-henti menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya.
'Hmm, terliur aku.' Katanya dalam hati. Memang air liurnya tengah bertakung dalam mulut.
'Ni mesti dia orang suka ni tengok kakak dia orang bawak balik KFC, hehe..' Kata Izaty dalam hati lagi.Dia terus berjalan menuju ke arah kereta kancilnya.
"Hey, tunggu-tunggu! Tunggu yang pakai baju kurung merah tu."
Kaki Izaty berhenti melangkah, dia rasa suara itu macam memanggilnya. Lalu dia mengerutkan keningnya.
"Aik, aku ke? Aku pun tengah pakai baju kurung merah ni?" Kata izaty perlahan.
Dengan kening yang berkerut dia memandang ke arah belakang. Serta-merta matanya terbeliak.
"Hah! Kau?" Kata izaty perlahan.
Izaty masih lagi terkaku dia situ sambil menunggu lelaki berbaju kemeja hijau muda itu datang ke arahnya.
"Eh, eh tunggu!" Kata lelaki itu dengan sedikit semput.
"Fuhh..." Kata lelaki menghembuskan rasa penat. Ada sedikit senyuman di bibirnya.
"Err, kau buat apa kat sini? Follow aku eh?" Tanya izaty dengan keningnya masih berkerut.
"Eh, bukan. Tadi tengok macam awak, saya pun datanglah dekat. Tengok-tengok memang betul awak. Kita tak sempat lagi kenal-kenal semalam."
'Eww, awak? Saya? Masa bila mamat ni cakap macam ni? Selama ni bukan aku kau je ke?' Kata Izaty dalam hati.
"Err, haah... Tak sempat nak kenal-kenal. Err.." Izaty menjadi sedikit kekok."Nama i Raja Azreen. Kenal kot, rasa semalam dah bagitahu nama i?" Kata lelaki itu memperkenalkan diri.
'Eww! Ber- i , i pulak dengan aku? Tadi awak saya? Ni? Erk... Gila!' Kata Izaty dalam hati lagi.
"Err... Tak payahlah awak saya.. I, u bagai. Marah pulak awek kau nanti." Kata Izaty.
"Alah, tak apalah. Kita ber-awak , saya boleh kan?" Kata Raja Azreen.
'Haihh, tulah! Masa zaman sekolah dulu tak mau kat aku! Sekarang ni angau pulak?! Haih, stupid lah kau ni Raja.' Kata Izaty dalam hati.
"Hmm, apa apa ajelah." Balas izaty acuh tak acuh.
"Nama awak siapa?" Tanya Raja.
'Haih, nak jawab apa ni? Takkan nak bagi tahu nama aku kot? Err... Tak nak lah aku.. Takut kena maki lagi macam dulu. Haih... Baik aku tipu dia.'
"Nama saya nurul." Kata izaty. Namanya memang Nurul pun. (Nurul Izaty) tapi, orang tak pernah panggil dia Nurul. Jadi, sah lah dia takkan tahu di hadapannya ini ialah Izaty.
"Oh, Nurul. Okay."
"Haah, kalau tak ada apa. Saya nak balik dulu. Bye." Izaty terus mengoret langkah untuk pergi tidak sabar nak makan KFC.
"Eh, eh. Kejap. Jomlah lepak makan ke apa?"
Langkah izaty terhenti lantas wajah lelaki itu dilihat olehnya."Hah? Ajak makan? Tak naklah." Kata Izaty selamba dengan wajah berkerut.
"Alah, jomlah. Kafe depan tu je. Saya belanja."
Izaty berfikir sejenak. Sebolehnya dia nak balik awal, kasihan kat adik-adik dia mesti tengah lapar tapi, Raja Azreen ajak makan kot? Takkan nak tolak? Dengar dulu apa yang Raja Azreen nak cakap. Kalau benda tu menyakitkan hatinya, dia blah!
"Hmm, okay. Tapi sekejap je okay?"
Lelaki itu mengangguk setuju dengan senyuman riang.
"Okay! Jom."
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...