Jumaat, 4.30 petang.
Kata-kata Rafiq tempoh hari masih lagi tergiang-giang di telinganya. Gelisah memang gelisah. Makan pun tak selera. Tidur sahaja yang banyak kerana baginya tidur dapat melupakan sebentar masalah yang dihadapi olehnya sekarang ini.
Kedua-dua belah tangannya memegang kepalanya. Habis tudung di atas kepala renyuk tapi lebih renyuk hati dia.
"Ya Allah... Apa yang patut aku buat sekarang ni haa? Ahad ni dah nak dekat, esok je lagi lepas tu sabtu, ahad? Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ya Allah tolong aku! Arghh!"
Titis lagi air matanya. Cuba ditahan tapi tidak terdaya kerana hati sudah sayang tidak rela melepaskannya. Mulutnya sahaja yang kata tidak kisah tapi, dalam hati? Ya, dia sangat kisah!
Petang Jumaat menjadi sunyi cuma sedikit panas. Dia masih belum beritahu kepada sesiapa pun lagi tentang masalah ini termasuklah maknya.
Dia takut untuk bercakap. Dia fikir pendam lebih baik, kalau cerita kepada orang pun, orang takkan dan tak pernah akan faham apa yang dia rasa. Mungkin, persoalannya akan terjawab dengan sendiri? Mestilah tidak! Selagi dia tidak mencari jawapannya!
"Lebih baik aku solat Asar." Getus hati Izaty. Segera dia mengambil wuduk lalu dia terus solat Asar.
Semasa dalam solat air matanya tidak henti mengalir. Dia benar-benar berserah kepada Allah sahaja sekarang ini, tiada yang lain.
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Ringankanlah beban yang aku lalui di saat ini Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan aku Ya Allah, sesungguhnya, aku hanya berserah kepada-Mu Ya Allah. Berkatilah hidupku ini Ya Allah. Tunjukkanlah aku jalan yang benar Ya Allah. Sesungguhnya aku hanya manusia lemah lagi hina yang di hidupkan oleh izin-Mu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku kebenaran Ya Allah, agar aku tidak lagi bersedih di atas apa dugaan yang menimpa ke atas diriku ini Ya Allah. Sesungguhnya, engkau yang Maha berkuasa lagi Maha Penyanyang kau tunjukkanlah kepadaku jalan dan pertunjuk yang sebenar. Aku tahu engkau tidak akan menguji hambanya luar dari kemampuan mereka maka dari itu, aku berdoa padaMu. Perkenankanlah doaku ini, Amin.."
Kedua belah tangannya disapukan ke muka. Maka terhapuslah air mata dari pipinya. Jiwanya menjadi sedikit tenang. Dia tersenyum kembali setelah apa yang tersimpan dalam hati diluahkan kepada Allah, memang benar Allah itu mendengar segala doa-doa hambanya yang bertakhwa.
Tetapi wajah Rafiq masih lagi tidak dapat hilang daripada banyangan yang terpancar pada pancainderanya. Dia cuba untuk melupakkan tetapi masih tidak berdaya.
"Ya Allah kuatkanlah semangat aku." Katanya sambil memejamkan mata dengan rapat.
Tubuhnya di lemparkan di atas katil sambil kepalanya diurut-urut perlahan. Dalam seminggu ini, kepala asyik sakit sahaja mungkin kerana terlalu banyak berfikir.
"Fuhhh..." Izaty cuba menghela nafasnya agar menjadi lebih tenang.
~~~~~•~~~~~
"Why can't you hold me in the street? Why can't i kiss you on the dance floor? I wish that it could be like that, why can't be like that? Cause i'm yours..."
Izaty menyanyikkan lagu itu berulang kali. Lagu nyanyian Little Mix - Secret Love Song adalah lagu kegemaran mereka berdua.
Suasana malam itu sepi. Dia termenung dalam gelap sambil menunggu secerah harapan datang dalam hidupnya.
Lagu sebentar tadi adalah antara lagu kegemaran dia dan Rafiq. Mereka selalu nyanyikan lagu itu bersama jika lagu itu diputarkan di stesen radio.
Lagu itu juga seperti ada kena mengena dengan dirinya. Entah kenapa. Semua lagu mesti ada kena mengena dengan jalan cerita hidupnya.
Izaty terimbas kembali..."Awak, saya sukalah lagu ni." Katanya teruja.
"Eee.. Tak malu tiru kita. Ni lagi kesukaan saya. Awak ambik lah lagu dangdut ke hindustan ke apa ni lagu saya." Kata Rafiq sambil memandu kereta.
"Eleh, macam lah awak yang buat lagu ni."
"Ye, memang saya pun yang buat." Kata Rafiq sambil mengangkat keningnya. Tahulah kening lebat, sebab tulah suka angkat kening dia tu.
"Eleh, penipu!" Kata Izaty sambil ketawa.
Lalu, Rafiq nyanyi perlahan. Izaty melihat tepat sahaja pada wajah Rafiq sambil tersenyum.
"When you're with him, do you call his name like you do when you're with me? Does it feel the same? Would you leave if i was ready to settle down? Or would you play it safe and stay? Girl you know this, we got a love that is homeless."
Lalu, Izaty menyambung pula tanpa dipelawa. Rafiq pula tersenyum sambil memandang sekilas ke arah Izaty. Mereka menyanyi berduet bersama.
"Why can't you hold me in the street? Why can't i kiss you on the dance floor? I wish that it could be like that, why can't be like that? Cause i'm yours..."
Mereka ketawa bersama sambil memandang antara satu sama lain entah apa yang kelakar mungkin sebab terlalu 'sweet' pasangan kekasih ini?
Tidak pasti.
Ingatan Izaty kembali ke alam nyata.
Air matanya tidak henti mengalir sambil memeluk lutut sambil duduk di bucu katil.
Kepalanya dilentokkan ke lutut dengan suara serak-seraknya dia sambungkan sedikit lagu itu pada rangkap terakhir dengan pandangan mata yang kabur.
"Why we can't i say that i'm in love? I wanna shout it from the rooftops, i wish it could be like that, why we can't be like that? Cause i'm yours..."
"Rafiq, i'm yours..."
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...