Sesampainya mereka di hadapan rumah Tasha, segera Izaty keluar dari perut kereta Rafiq tanpa menunggu kereta itu berhenti sepenuhnya. Pintu pagar terbuka pintu rumah juga terbuka tidak dikunci.
"Tasha!!! Tasha!!! Mana kau Tasha!!!" Jerit Izaty sekuat hati setelah sudah melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Awak, kawan saya tak ada!" Jerit Izaty dengan nada cemas.
"Sabar, kita cari dulu okay. Buka setiap pintu bilik, mana tahu ada. Saya pergi cari dekat belakang rumah." Kata Rafiq dengan tenang. Dia sedar bahawa dia harus bertenang agar Izaty juga jadi tenang kalau kedua-dua mereka gelabah kerja tak akan jadi.
"A'ah." Kata Izaty sambil melangkah membuka satu per satu pintu.
Rafiq pula mencari di keseliling luar rumah, mana tahu ada di luar rumah.
Ke semua pintu Izaty membuka tetapi kosong. Tinggal lagi satu pintu sahaja lagi. Izaty cuba untuk membuka. Terkunci. Izaty cuba untuk merentap sekuat mungkin namun, gagal.
"Rafiq!!! Rafiq!!!" Laung Izaty sekuat hati.
"Hah! Jumpa dah ke?" Kata Rafiq sambil laju kakinya melangkah ke arah Izaty.
"Semua pintu saya buka tak ada. Tinggal yang ini je lagi tapi berkunci dari dalam."
Rafiq dengan wajah serius cuba merentap tombol pintu itu sekuat hati.
"A'ah, yalah. Berkunci." Kata Rafiq dengan nada serius.
"Habis? Macam mana ni?" Kata Izaty sambil menarik hujung baju kurungnya.
"Awak tepi sikit." Kata Rafiq dengan wajah semakin serius.
"Awak nak buat apa?" Tanya Izaty dengan dahi berkerut.
"Tepi je lah." Rafiq mula bernada dingin. Yalah, boleh pulak Izaty buang masa.
Izaty dengan bingung menjauhi pintu tersebut.
Rafiq mengundur tiga langkah ke belakang, dengan tak semena-mena Rafiq menendang pintu yang berkunci tersebut sekuat hati.
GEDEBANGGG!!! - Bunyi pintu ditendang kuat oleh Rafiq.
Dengan sekali tendangan sahaja pintu itu terus pecah berkecai oleh kerana sepakkan kuat Rafiq sebentar tadi.
Terlopong mulut Izaty melihat aksi Rafiq yang tidak di duga itu. Wah! Sekali tendang sahaja pintu yang berkunci tadi sudah rosak. Hebat! Izaty memang tidak menyangka Rafiq boleh lakukan perkara seperti itu.
"Awak tengok apa lagi! Cepatlah cari." Kata Rafiq dengan nada serius.
Izaty tersentak dari lamunan. Terus dia masuk untuk mencari tubuh Tasha.
Berpusing-pusing bola matanya mencari tubuh Tasha. Akhirnya matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sudah terlentang di atas lantai kamar tidur.
"Ya Allah! Tasha!!!"
"Kenapa Izaty?" Tanya Rafiq dengan nada cemas.
"Awak... Cepat awak, kita bawa dia ke hospital."
Rafiq mengangguk.
Segera Rafiq mengangkat tubuh Tasha. Kini, Tasha sudah berada dalam pelukan Rafiq. Sekuat hati Rafiq mencempung Tasha agar tidak jatuh, lantas mereka segera masuk ke dalam kereta.
Wajah Izaty sudah basah dengan air mata. Takut jadi apa-apa pada Tasha yang sedang pengsan dan kandungannya. Rafiq turut cemas walaupun dia tidak kenal siapa kawan Izaty ini. Dia tak boleh tengok orang dalam kesusahan nanti dia akan turut bersimpati. Memang itu sifat semula jadinya. Mudah simpati orangnya.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...