Seperti yang dijanjikan, dia ikut sahaja kehendak Rafiq. Izaty sudah berada di dalam cafe yang dikatakan itu. Dia berpakaian sangat simple hanya mengenakan baju blause dan tudung berwarn biru muda. Seluar dan kasut pula berwarna hitam. Kaca mata bulat dikenakan di wajahnya sebagai penghias wajahnya. Comel macam anak patung!
Izaty tidak henti-henti melihat jam telefon pintarnya. Wajahnya berkerut seribu. Nasib baiklah dalam cafe ni ada pendingin hawa, taklah stress sangat menunggu mangkuk ini yang tak muncul-muncul lagi ni.
'Hmm... Mana dia ni? Janji macam-macam, nak jumpalah, nak apalah. Entah-entah aku kena prank dengan dia lagi tak? Ergh!!! Kenapalah aku boleh kenal orang spesis macam ni? Aku pun satu bodoh senang-senang je dengar cakap dia.' Kata Izaty dalam hati mula rasa bosan menunggu Rafiq yang masih tidak tiba-tiba.
Izaty merenung pada dinding kaca pula sambil menunggu kelibat Rafiq. Dah lama dia tunggu ni, tak datang-datang juga lagi.
"Hei..."
Tegur satu suara yang mengejutkan Izaty dari lamunan yang panjang, sepantas kilat Izaty memandang wajah orang yang menegurnya itu.
Izaty mengerut wajahnya. Ditenung lama wajah lelaki di hadapannya itu.
"Hm?" Izaty tidak mengenali siapa di hadapannya itu.
"Hey? Are you okay?" Tanya lelaki itu dengan senyuman berkerut.
"Excuse, who are you?" Tanya Izaty kembali dengan nada perlahan.
"It's me idiot! Rafiq!" Kata Rafiq sambil membuka cap berwarna pink yang dipakainya itu.
"Really its you?" Kata Izaty sambil mengerut dahi. Dia betul-betul tak perasan.
Yalah, Rafiq siap pakai hoodie dan cap warna pink susu. Rambutnya pula dikusutkan di hadapan macam mamat korea. Hari itu, jumpak Rafiq sangat formal dan... Kemas tapi kali ini macam gayanya dah macam budak baru lepas habis SPM seminggu. Nampak macam childish sangat! Kalau macam ni barulah Izaty percaya anak ikan. Hehe.
"Why you look so different?" Tanya Izaty sambil memegang bahunya.
"Different? What different?" Kini Rafiq pula mengerutkan dahi lalu dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk bertentangan dengan Izaty.
"Taklah, hari tu nampak maskulin sangat rambut sikat tepi, pegang blazer bagai, kemeja, kasut kulit tapi, why tonight you look like..."
"Like what?" Kata Rafiq sambil melihat ke arah tubuhnya.
"Macam orang tak mandi je? Hahaha..." Kata Izaty sambil ketawa terbahak-bahak.
"Excuse you, saya dah mandi okay. Tu masa saya drive dari KL sampai sini, baru balik kerja time tu. Ini saya tengah cuti sekejap. Takkan cuti pun nak pakai macam orang pergi pejabat? Kalau orang tak kenal saya orang cakap saya ni baru 19 tahun kot."
"Eleh, orang yang kata macam 19 tahun tu rabun memanglah." Kata Izaty sambil memusingkan bebola matanya.
"Hehe." Rafiq hanya ketawa sambil menggosok-gosok belakang kepalanya.
"Awak kerja apa?" Izaty buat muka serius. Kali ni dia takkan di tipu lagi oleh lelaki di hadapannya ini. Dia kena psiko balik lelaki ini seboleh mungkin.
Rafiq tersenyum. Air di hadapannya diambil lalu disedup selaju-lajunya.
"Hei! Air sayalah!" Marah Izaty perlahan. Tak sempat dia nak menghalang air jus orennya habis disebut hanya tinggal ketul ais sahaja. Dia punyalah nak berjimat dapat dekat laki ni sekejap je dah habis.
"Hehe, sorry saya dahaga sangat. Saya kerja dengan ayah sayalah. Kami ada syarikat sendiri tapi, syarikat tu bukan saya punya. No no no... Masih lagi under ayah saya. Hope dapatlah takeover syarikat tu nanti." Kata Rafiq tersenyum sambil menongkat dagu.
YOU ARE READING
KATAKAN SAYANG (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila...