24

6.1K 272 7
                                    

Aiman dan Syazwan duduk di kafe hipster sambil membelek-belek gambar mereka berdua yang diambil oleh mereka beberapa jam tadi. Masing-masing sibuk memandang gambar di telefon pintar sendiri.

"Weh, gambar ni kalau aku post okay tak?" Tanya Aiman kepada adiknya.

"Okay je. Aku ingat nak post gambar kita dua sekeping nanti aku tag lah kau." Kata Syazwan sambil menunjukkan gambar di telefonnya pula.

"Hmm, cantik jugak. Weh, aku dah hantar semua gambar yang dalam phone aku kat kau, kau hantarlah dekat aku balik yang mana elok tu." Kata Aiman sambil menyedut air minumannya.

"Kejap lagilah, bagi aku post dulu. Aku dah lama tak post OOTD dengan selfie ni nanti followers aku ingat aku dah mati pulak. Aku nak post tiga keping hari ni hehe."

"Haish." Aiman mengeluh. Tahulah followers Instagram adiknya itu lagi banyak dari dia tetapi mereka berdua tak boleh lawan kakaknya, 200k followers di Instagram.

"Weh, best jugak kedah ni kan? Boleh tahan lah tempat dia. So far not bad." Kata Syazwan yang sudah selesai post sekeping gambar di Instagram. Lagi dua keping malam nantilah mana tahu malam ni pun dia dapat gambar-gambar yang menarik.

"Haah, kan. Bestlah jugak. Kalau tak best takkan semua gambar kita cun cun kan tadi. Hehe." Kata Aiman sambil sambung selfie.

Mereka berdua ni memang rajin berswafoto dan OOTD. Kalau datang mood Instafamous mereka itu boleh cecah 200 keping gambar dalam masa satu jam.

"Ehem." Tegur satu suara perempuan dari belakang.

Tiba-tiba Aiman dan Syazwan tersentak.

"Err, ya?" Aiman bersuara sambil memandang seorang gadis sebaya mereka itu.

"Err, malulah hihi." Kata perempuan itu sambil menggigit hujung tudungnya.

Syazwan dan Aiman hanya tersenyum.

"Err, ni Syazwan dengan Aiman yang Instafamous tu kan?" Kata gadis itu perlahan.

"Hmm, yalah kot. Err... Hehe..." Kata Aiman malu-malu takkan nak mengaku Instafamous depan orang ramai.

"Nama saya Hanim. Saya peminat abang berdua. Nak minta selfie boleh?" Kata gadis itu sambil sudah mengeluarkan telefon pintar jenama Sony nya dari poket seluarnya.

"Boleh je, kenapa tak boleh pulak." Kata Aiman yang banyak bersuara. Syazwan ni biasalah pemalu orangnya walaupun dia lagi famous sedikit je dari abangnya.

Chick! Chick!

Mereka sudah mengambil gambar bersama. Aiman buat muka comel sambil memuncungkan bibirnya manakala Syazwan hanya buat lambang peace.

"Terima kasih Abang Aiman terima kasih Abang Syazwan. Saya suka sangat rasa macam tak percaya je boleh jumpa abang berdua dekat sini. Dapat jumpa idola."

"Sama-sama." Kata Aiman dan Syazwan serentak.

"Nanti saya tag abang dekat Instagram. Like okay."

"In Shaa Allah kami like ya kalau Hanim tag atau mention kami." Kata Syazwan yang terdiam lama tadi.

"Nanti saya nak PT3 doakan saya lulus ya."

"Okay, good luck okay!" Kata Aiman sambil buat lambang peace.

"Terima kasih. Sorry ganggu. Saya pergi dulu bye." Kata gadis itu sambil berlalu pergi.

"Takpe, bye." Kata Aiman dan Syazwan serentak lagi.

Aiman dan Syazwan memandang sesama sendiri sambil tersenyum baru kali ini ada peminat jauh dari kedah mahu berswafoto dengan mereka selalunya budak junior sekolah mereka atau budak sekolah daerah mereka. Tiba-tiba mereka rasa seperti dihargai.

"Dah ah, kau Syazwan jangan suka sangat cepat minum kakak marah nanti kita balik lambat." Kata Aiman sambil marah adiknya.

"Apa aku pulak? Kau je yang suka sangat. Hergh!"

Mereka segera mengambiskan minuman mereka kerana mereka mahu pergi ke tempat lain pula yalah buka selalu mereka berjalan ke sini.

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now